89 tikaman pada tubuh wanita maut dibunuh suami - Polis

89 tikaman pada tubuh wanita maut dibunuh suami - Polis

KUALA LUMPUR - Sebanyak 89 kesan tikaman serta luka ditemukan pada badan seorang wanita yang maut dibunuh suaminya dalam kejadian di SPK Damansara, Kepong di sini pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat 89 kecederaan di seluruh badan."Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian leher yang menyebabkan kecederaan parah sehingga mengakibatkan kematian."Terdapat juga luka mempertahankan diri pada kedua-dua belah tangan mangsa wanita," katanya selepas ditemui ketika pelancaran Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di pusat beli-belah Pavilion di sini pada Jumaat.Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki iaitu suami mangsa mengalami 10 kecederaan luaran selain tiga luka dalaman pada bahagian leher."Mayat kedua-dua individu akan dituntut oleh waris untuk proses pengebumian."Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Isnin untuk tindakan selanjutnya," katanya.Terdahulu, seorang individu bertindak menikam isterinya sehingga mati sebelum menikam dirinya dalam kejadian di SPK Damansara.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan seorang lelaki berusia 54 tahun dan wanita berusia 52 tahun terbaring berlumuran darah di atas lantai.Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan suami isteri itu.

Wan Ahmad Fayhsal dipecat Bersatu

Wan Ahmad Fayhsal dipecat Bersatu

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan pemecatan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkuat kuasa serta-merta. Berdasarkan Notis Pemecatan Keahlian Bersatu bertarikh 13 Februari 2026, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selepas bersidang semalam. Menurut notis berkenaan, Wan Ahmad Fayhsal didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu sekali ... Read more The post Wan Ahmad Fayhsal dipecat Bersatu appeared first on Kosmo Digital .

Perompak tak ada ‘taste’, lari tunggang keldai

Perompak tak ada ‘taste’, lari tunggang keldai

ANKARA – Seorang pencuri yang memandu  forklift merempuh sebuah kedai barang kemas dan melarikan dengan menunggang seekor keldai, lapor akhbar The Sun semalam. Sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  kedai barang kemas Kayseri, Turkiye merekodkan kejadian tersebut, baru-baru ini. Rakaman CCTV menunjukkan sebuah forklift yang dipercayai dicuri, merobohkan pintu kedai tersebut. Setelah berada di dalam, suspek ... Read more The post Perompak tak ada ‘taste’, lari tunggang keldai appeared first on Kosmo Digital .

Who would win a Ukraine election?

Who would win a Ukraine election?

Ukrainian President Volodymyr Zelensky is under intense pressure from the US to take his country to the polls as early as this spring. Donald Trump is demanding elections as a condition for American security guarantees for Ukraine against any future Russian invasion. Zelensky has faced persistent calls from Russian president, Vladimir Putin, and at times […] The post Who would win a Ukraine election? appeared first on Asia Times .

MAHKAMAH | Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner daripada sebahagian pertuduhan rasuah berjumlah jutaan ringgit, namun memerintahkannya membela diri bagi

MAHKAMAH | Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner daripada sebahagian pertuduhan rasuah berjumlah jutaan ringgit, namun memerintahkannya membela diri bagi

MAHKAMAH | Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner daripada sebahagian pertuduhan rasuah berjumlah jutaan ringgit, namun memerintahkannya membela diri bagi

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 7 malam ini

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) serta Selangor (Sabak Bernam).Amaran itu turut membabitkan Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.Ia juga melibatkan Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Remaja 18 tahun ditahan disyaki buang bayi

Remaja 18 tahun ditahan disyaki buang bayi

MELAKA – Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dipercayai ibu kepada mayat bayi yang ditinggalkan di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit pada pagi Jumaat.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berstatus bujang ditahan di wad Hospital Melaka ketika sedang menerima rawatan selepas dipercayai mengalami pendarahan akibat bersalin.Menurutnya, remaja berkenaan dipercayai melahirkan bayi perempuan itu sekitar jam 8.30 malam di rumah keluarganya."Siasatan awal mendapati ahli keluarganya tidak menyedari suspek mengandung dan keterangan awal mendapati suspek mengaku melahirkan bayi berkenaan yang didakwa sudah tidak bernyawa di rumahnya."Remaja itu kemudian menaiki motosikal dan meninggalkan mayat bayi berkenaan di tandas awam yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya," katanya pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan beg kain yang disangka berisi pakaian rupa-rupanya mengandungi mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat, ditinggalkan di dalam tandas awam berkenaan.Pekerja pembersihan, Baharudin Bachik, 57, memaklumkan beg tersebut diletakkan di tempat persalinan bayi sekitar jam 9.40 pagi ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan.Terdahulu, berita penemuan mayat bayi berkenaan dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Facebook yang meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian tersebut.Dzulkhairi berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara sulit membuang mayat bayi.Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.