Hamzah dipecat daripada Bersatu

Hamzah dipecat daripada Bersatu

PETALING JAYA: Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat sebagai Timbalan Presiden dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hamzah Zainudin dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai 13 Februari 2026 kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. The post Hamzah dipecat daripada Bersatu appeared first on Utusan Malaysia .

Pensyarah noda pelajar dalam kereta, rumah

Pensyarah noda pelajar dalam kereta, rumah

MUAR – Seorang pensyarah yang pernah bertugas di instsitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pagoh, dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan seksual terhadap penuntut perempuan dua tahun lalu. Tertuduh, R. Karthigeyen, 33, yang sudah bertukar ke sebuah IPTA di Perak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa ... Read more The post Pensyarah noda pelajar dalam kereta, rumah appeared first on Kosmo Digital .

Lari dari Seremban, PATI bersesak di Kuala Pilah

Lari dari Seremban, PATI bersesak di Kuala Pilah

SEREMBAN – Pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini dikesan ‘lari’ ke daerah Kuala Pilah yang dijadikan lokasi penempatan sementara bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil risikan mendapati berlaku tren perpindahan PATI yang lari dari Seremban menuju ke Kuala Pilah menerusi Ops ... Read more The post Lari dari Seremban, PATI bersesak di Kuala Pilah appeared first on Kosmo Digital .

Beri ruang jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Anwar

Beri ruang jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Anwar

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap dakwaan serta perkara berbangkit dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan dijalankan secara telus dan terbuka tanpa melindungi mana-mana individu.Beliau berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan perlu diberi ruang untuk meneliti perkara berkenaan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil."Sekarang biar dikaji dulu, kes kena tahu dulu, apakah serius, apakah ada asas, baru kita (ambil tindakan). Jangan oleh kerana kita menjadi mangsa ataupun tertekan, terus nak guna peluang ini nak tekan. Tak boleh jadi, biar ia diteliti dahulu," kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Beliau menjawab soalan berhubung kewajaran untuk Azam direhatkan daripada jawatan berkenaan.Pada masa sama, Anwar menasihati warga SPRM supaya kekal berani dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras gejala korupsi dalam negara.Perdana Menteri berkata, sebarang perkara berbangkit tidak seharusnya mengganggu peranan SPRM secara keseluruhan kerana tindakan tegas terhadap kesalahan integriti lazimnya akan menimbulkan reaksi daripada pihak terlibat.Beliau berkata, tekanan terhadap usaha membanteras rasuah dalam negara masih rendah, sama ada di Parlimen, luar Parlimen atau dalam kalangan ahli politik dan sesetengah badan bukan kerajaan, malah kes berprofil tinggi juga kurang mendapat sokongan.Sehubungan itu, Anwar berkata, SPRM perlu terus menjalankan tugas dengan berani dan tegas tanpa mempedulikan pandangan luar demi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit dikaitkan dengan Azam.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar.Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur. - Bernama

Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor

Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor

MUAR – Seorang bekas pelatih tinju yang mendakwa mengalami halusinasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menceroboh tiga rumah serta mencederakan kontraktor di Pagoh, Ahad lalu. Asokdass Jayacevanagendra, 34, yang juga penganggur itu mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kartini Kasran. Mengikut pertuduhan pertama ... Read more The post Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor appeared first on Kosmo Digital .

'Iya ke?' - Soal Azam Baki kepada Rafizi berkait dakwaan serbuan SPRM

'Iya ke?' - Soal Azam Baki kepada Rafizi berkait dakwaan serbuan SPRM

SHAH ALAM - "Iya ke?".Itu reaksi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa suruhanjaya itu akan melakukan satu serbuan terhadapnya susulan laporan berhubung penyelewengan melibatkan pelaburan berjumlah RM1.11 bilion.Menurut Azam, beliau berpegang kepada kenyataan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti dokumen berkaitan kes itu."SPRM sedang meneliti dokumen yang dikemukakan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) semalam (Khamis)."Kertas siasatan belum dibuka lagi, jadi kenapa Rafizi maklum beliau bakal diserbu? SPRM hanya melakukan tugas dengan telus dan mengikut undang-undang," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Sebelum itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa maklumat mengenai serbuan berkenaan dimaklumkan oleh satu sumber dalaman SPRM kepadanya pada pagi Jumaat.Rafizi bagaimanapun menegaskan beliau bersedia untuk sekali lagi melalui pengalaman intimidasi daripada pihak berkuasa ekoran tindakannya membangkitkan isu penyelewengan melibatkan SPRM seperti dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg.Pada Khamis, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang bekas menteri di sebuah kementerian.Ia membabitkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat luar negara yang didakwa melibatkan nilai hampir RM1.1 bilion dan dimeterai pada awal tahun lalu.Laporan itu dibuat secara bersama oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) di Ibu Pejabat SPRM.