MyKiosk: KPKT wajibkan PBT laksana kajian lokasi

MyKiosk: KPKT wajibkan PBT laksana kajian lokasi

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan kajian menyeluruh sebelum sebarang pemasangan kiosk di bawah inisiatif MyKiosk bagi memastikan lokasi dipilih benar-benar mempunyai permintaan pasaran tinggi.Langkah itu diperkenalkan menerusi garis panduan baharu yang dikeluarkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta menjamin kelangsungan perniagaan penjaja kecil.KPKT dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kewajipan tersebut dilaksanakan susulan laporan dan syor penambahbaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan projek berkenaan.Menurut kementerian itu, hasil siasatan SPRM mengesahkan tiada sebarang elemen jenayah, rasuah atau salah guna kuasa dikesan sepanjang pelaksanaan MyKiosk.Bagaimanapun, laporan sama turut mengenal pasti kelemahan di peringkat pelaksanaan khususnya berkaitan mekanisme pemantauan yang tidak seragam sehingga menjejaskan penilaian impak projek.Sehubungan itu, KPKT menegaskan bahawa pendekatan baharu berasaskan kajian keperluan pasaran kini menjadi syarat utama sebelum sebarang kelulusan pemasangan diberikan."KPKT telah mewajibkan PBT melaksanakan kajian menyeluruh sebelum pemasangan kiosk untuk memastikan lokasi mempunyai permintaan pasaran yang tinggi," menurut kenyataan tersebut.Tambah kementerian itu, langkah berkenaan sekaligus dapat menjamin kelangsungan perniagaan melalui garis panduan baharu yang dikeluarkan JKT.Dalam konteks pelaksanaan, KPKT menjelaskan bahawa walaupun dasar serta peruntukan disalurkan di peringkat Persekutuan, PBT bertindak sebagai agensi pelaksana utama di lapangan."PBT bertanggungjawab menentukan lokasi strategik, melantik peniaga layak serta menyelenggara fasiliti yang disediakan," jelas KPKT.Dengan kewajipan kajian pasaran tersebut, setiap cadangan lokasi perlu disokong data jelas termasuk potensi pelanggan, aliran pengunjung dan kesesuaian persekitaran setempat.Pendekatan itu dilihat sebagai mekanisme mencegah pemasangan di kawasan kurang tumpuan yang boleh menjejaskan daya maju perniagaan penjaja.Selain kewajipan kajian awal, prestasi PBT turut akan dinilai melalui sistem ‘Lampu Isyarat’ bagi memantau tahap pengisian serta pengoperasian kiosk."PBT yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan berada pada status merah berdepan tindakan pembatalan peruntukan, manakala pihak yang mencapai status hijau akan menerima insentif tambahan," jelasnya.Pemantauan tersebut dilaksanakan JKT dengan laporan dikemukakan kepada KPKT setiap suku tahunan bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil secara berterusan.Dalam pada itu, PBT turut disaran memindahkan unit kurang sambutan ke lokasi lebih berpotensi sebagai langkah mengoptimumkan penggunaan aset."KPKT menegaskan dakwaan bahawa MyKiosk merupakan projek ‘gajah putih’ adalah tidak tepat memandangkan kadar pengisian setakat Julai 2025 menunjukkan MyKiosk 1.0 mencapai 91.75 peratus manakala MyKiosk 2.0 merekodkan 86.78 peratus," katanya.Menurut kementerian berkenaan, inisiatif itu telah membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara termasuk terdapat peniaga meraih sehingga RM30,000 sebulan."KPKT komited memastikan setiap sen dana awam dibelanjakan secara berintegriti dan memberi impak optimum kepada ekonomi rakyat selaras aspirasi Malaysia Madani," katanya.Dengan penetapan syarat kajian menyeluruh sebelum pemasangan, pelaksanaan MyKiosk kini memasuki fasa penambahbaikan yang memberi penekanan kepada perancangan berasaskan data serta kebertanggungjawaban pelaksana di peringkat tempatan.Selasa lalu, SPRM membentangkan lima syor penambahbaikan tatakelola kepada KPKT berhubung pengurusan serta pelaksanaan projek MyKiosk.SPRM memaklumkan, syor berkenaan dikemukakan susulan beberapa isu berkaitan pelaksanaan projek itu, termasuk dakwaan tidak mencapai objektif kerajaan serta menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat akibat penempatan kiosk yang tidak sesuai.

AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026

AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026

In the latest step of the budget airline’s global expansion efforts, AirAsia X (AAX) has officially announced a new international route connecting Kuala Lumpur to Bahrain and London’s Gatwick Airport. Per the official statement, Bahrain will be the company’s strategic aviation hub, allowing it “to connect Asia with the Middle East and Europe more effectively.” […] The post AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026 appeared first on Lowyat.NET .

Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone

Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, manakala dua adiknya masih menerima rawatan selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone oleh ibu mereka dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, di sini hari ini. Difahamkan, kejadian terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dalam keadaan tidak sedarkan diri ... Read more The post Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone appeared first on Kosmo Digital .

LEKAS aktifkan Smart Lane, kurangkan kesesakan waktu puncak

LEKAS aktifkan Smart Lane, kurangkan kesesakan waktu puncak

KAJANG: Lebuhraya Kajang–Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS) akan mengaktifkan sistem Smart Lane di beberapa seksyen terpilih Lebuhraya LEKAS sebagai langkah mitigasi proaktif bagi mengurangkan kesesakan trafik, khususnya pada waktu puncak pagi dan petang bermula esok. Pelaksanaan sistem itu melibatkan laluan antara Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS) dan Persimpangan Kajang Perdana (SILK) yang dikenal pasti sering mengalami kesesakan. ... Read more The post LEKAS aktifkan Smart Lane, kurangkan kesesakan waktu puncak appeared first on Utusan Malaysia .

Sajian Lima Rasa jadi pilihan warga kota berbuka puasa di MiCasa Hotel

Sajian Lima Rasa jadi pilihan warga kota berbuka puasa di MiCasa Hotel

KUALA LUMPUR – Menjelang tibanya bulan Ramadan tidak beberapa hari lagi, hotel-hotel di sekitar ibu kota sentiasa memikirkan konsep yang bersesuaian untuk diketengahkan bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan juga cita rasa pelanggan. Bagi MiCasa All Suite Hotel (MiCasa Hotel) yang terletak dalam jajaran Jalan Tun Razak dan juga KLCC membolehkan ia menjadi salah satu ... Read more The post Sajian Lima Rasa jadi pilihan warga kota berbuka puasa di MiCasa Hotel appeared first on Kosmo Digital .

Japan hands Philippines radars to keep closer eye on China

Japan hands Philippines radars to keep closer eye on China

MANILA – The government of Japan on Wednesday officially turned over  five coastal radar systems to the Philippines in what is seen as a milestone in defense ties amid China’s rising aggression in the South China Sea. The defense articles are under Tokyo’s Official Security Assistance (OSA) for fiscal year 2023, and are envisioned to […] The post Japan hands Philippines radars to keep closer eye on China appeared first on Asia Times .

SPRM serah kertas siasatan rasuah e-waste kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat

SPRM serah kertas siasatan rasuah e-waste kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat

PUTRAJAYA -  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kertas siasatan rasuah pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) melibatkan dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap dua pegawai itu kini berada pada peringkat akhir."Saya (telah) memberi tempoh dua minggu kepada pegawai penyiasat dan saya jamin menjelang Jumaat kertas siasatan akan diserahkan dengan cadangan pertuduhan terhadap dua individu itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.Dua pegawai tertinggi itu ditahan SPRM pada 29 Januari bagi membantu siasatan kes tersebut.Dalam perkembangan lain, Azam memaklumkan SPRM menambah empat lagi pegawai di Kementerian Pertahanan bagi membantu menangani isu ketirisan dan tadbir urus, khususnya yang melibatkan perolehan di kementerian itu.Azam berkata, setakat ini, masih terlalu awal untuk menyatakan kementerian itu berjaya dibersihkan.Pada Januari lepas, empat pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia didakwa di mahkamah membabitkan salah guna kuasa dalam perolehan ketenteraan dan pengurusan dana kebajikan, termasuk kes berkaitan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) serta pembekalan di bawah Kementerian Pertahanan.Isu itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan rasuah harus diperangi secara besar-besaran tanpa perlindungan undang-undang termasuk terhadap pegawai berpangkat tinggi. - Bernama

NASIONAL | Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kes dadah.

#BuletinTV3 #BeritaTerkini #SPRM #rasuah

NASIONAL | Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kes dadah. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #SPRM #rasuah

NASIONAL | Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kes dadah. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #SPRM #rasuah