Tun Faisal persoal alasan Hamzah tidak hadir prosiding Lembaga Disiplin

Tun Faisal persoal alasan Hamzah tidak hadir prosiding Lembaga Disiplin

SHAH ALAM – Tidak bolehkah urusan pendaftaran anak diuruskan oleh pihak lain selain dirinya?Persoalan itu dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berhubung ketidakhadiran Timbalan Presiden ke prosiding Lembaga Disiplin parti yang berlangsung pada Khamis.Menurut beliau, sekiranya urusan tersebut boleh diwakilkan kepada pihak lain, maka tiada halangan untuk Datuk Seri Hamzah Zainudin menghadiri prosiding yang disifatkannya sebagai penting."Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (penganalisis politik) menyebut kehadiran prosiding Lembaga Disiplin sangat Penting."Zaharuddin juga menyebut ini bukan kali pertama Timbalan Presiden tidak hadir dan menekankan bahawa ketidak hadiran menunjukkan tiada penghormatan kepada Lembaga Disiplin," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Ahli Parlimen Larut itu tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.Hamzah kini berada di Sydney, Australia, bagi mengurusan pendaftaran anak perempuannya ke universiti.Dalam pada itu Tun Faisal turut membangkitkan persoalan sama ada prosiding tersebut boleh dihadiri secara sidang video yang menurutnya mungkin boleh diatur oleh pegawai Hamzah.Beliau turut membuat perbandingan berdasarkan pengalamannya ketika bersama UMNO."Dalam UMNO dahulu kaedahnya cukup mudah, saya dan 42 orang lagi dipecat dan lima lagi digantung hanya melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT)."Semasa dipanggil kali pertama untuk hadir prosiding sebelum digantung enam tahun, panggilan Lembaga Disiplin dalam surat menyatakan 'adakah bersetuju dengan dakwaan atau jika tidak bersetuju diminta hadir untuk membela diri'."Jika gagal hadir pada tarikh dan masa ditetapkan disebut 'Lembaga Disiplin tetap akan membuat keputusan," jelasnya.

Pemandu peribadi, pelajar tahfiz pertama di Pahang didakwa buang sampah di tempat awam

Pemandu peribadi, pelajar tahfiz pertama di Pahang didakwa buang sampah di tempat awam

TEMERLOH - Seorang pemandu peribadi dan pelajar tahfiz menjadi antara individu pertama di Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam.Ahmad Marzuki Shafie, 45, dan Muhammad Adli Ramadhan Anwar, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.Mahkamah menjatuhi Ahmad Marzuki hukuman denda RM600, manakala Muhammad Adli Ramadhan didenda RM300, dengan kedua-duanya diperintahkan dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) menjalani Perintah Khidmat Masyarakat selama enam jam dalam tempoh enam bulan, iaitu satu jam sehari selaras dengan Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Marzuki dan Muhammad Adli Ramadhan didakwa membuang puntung rokok di tempat atau jalan awam dan tidak membuangnya di dalam bekas yang diperuntukkan di Jalan Esplanade Temerloh, Jalan Semantan 1 di sini, masing-masing pada 4.20 petang dan 4.45 petang, 1 Januari lepas.Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 77A(1) Akta 672 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 77A(2), serta sebagai tambahan boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat di bawah Seksyen 77B(1) akta sama.Ahmad Marzuki yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan berpendapatan RM1,900 sebulan dan mengalami kecederaan kaki akibat kemalangan pada 2007 dan 2015.Sementara itu, Muhammad Adli Ramadhan yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) memohon agar denda dikurangkan kerana masih dalam status belajar dan berkhidmat di sebuah maahad tahfiz di Setia Alam, Selangor.Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Nur Idayu Syazwani Mohd Arif dan Muhammad Fadli Syam Ramli.Kedua-dua OKS membayar denda berkenaan dan difahamkan akan melaksanakan perintah khidmat masyarakat di sekitar Temerloh, esok. - Bernama

UFO ubur-ubur dikesan di Russia

UFO ubur-ubur dikesan di Russia

MOSCOW – Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) menyerupai ubur-ubur yang mempunyai cahaya berubah warna, berlegar-legar di langit sebuah bandar di Russia selama sejam sebelum hilang pada tahun 1980-an, lapor akhbar Daily Mirror semalam. Kes itu adalah antara himpunan dokumen era Kesatuan Soviet (USSR) yang baru dikongsikan dan mendedahkan bagaimana pegawai USSR secara senyap-senyap merekodkan ... Read more The post UFO ubur-ubur dikesan di Russia appeared first on Kosmo Digital .

2,004 mohon tukar MyKad OKU, warga emas di Kelantan sepanjang 2025

2,004 mohon tukar MyKad OKU, warga emas di Kelantan sepanjang 2025

GUA MUSANG – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan menerima sebanyak 2,004 permohonan MyKad menerusi lima inisiatif Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar), sepanjang tahun lalu. Pengarah JPN Kelantan, Halimatusaadiah Ramli @ Mohd. Shah berkata, program berkenaan bertujuan membantu golongan sasaran termasuk penduduk luar bandar, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan komuniti yang layak bagi permohonan ... Read more The post 2,004 mohon tukar MyKad OKU, warga emas di Kelantan sepanjang 2025 appeared first on Kosmo Digital .