Suspek utama kes Suri dituduh esok

Suspek utama kes Suri dituduh esok

SEREMBAN - Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Disember lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa. "Seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan," katanya dalam kenyataan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata, mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: 'Jenazah Suri bersih, cantik dan berseri' - Sukarelawan Skuad Amal Rembau kongsi pengalaman urus jenazah'Keluarga tahu hubungan arwah Suri dengan suspek hanyalah kekasih, bukan suami isteri''Saya dah jangka mayat dalam beg itu Mak Su, itulah beg yang selalu Mak Su guna pergi bercuti'Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang

‘Isytihar keluar PH, kita bincang wujudkan Muafakat Nasional’

‘Isytihar keluar PH, kita bincang wujudkan Muafakat Nasional’

PETALING JAYA: Pas menyambut baik cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh untuk mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) jika UMNO mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau sangat setuju dengan cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional yang dilontarkan Dr. Akmal hari ini. Katanya, Muafakat Nasional adalah kunci ... Read more The post ‘Isytihar keluar PH, kita bincang wujudkan Muafakat Nasional’ appeared first on Utusan Malaysia .

‘Saya sudah beri nasihat tapi mereka tetap berkeras’

‘Saya sudah beri nasihat tapi mereka tetap berkeras’

KANGAR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sebelum ini telah menasihatkan wakil daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak meneruskan hasrat untuk menarik sokongan terhadap Menteri Besar (MB). Bagaimanapun, Rus’sele Eizan berkata, dua individu terbabit masih berkeras untuk bertindak sedemikian. “Sebagai Speaker, saya sudah memanggil dua orang daripada dua parti untuk ... Read more The post ‘Saya sudah beri nasihat tapi mereka tetap berkeras’ appeared first on Kosmo Digital .

Tempuh perjalanan 230km, sertai program khatan beramai-ramai

Tempuh perjalanan 230km, sertai program khatan beramai-ramai

TAMPIN – Demi mengurangkan rasa takut serta memberi pengalaman manis buat anak, sepasang suami isteri sanggup pulang ke kampung sejauh lebih 230 kilometer (km) bagi membolehkan dua anak mereka dikhatankan beramai-ramai di Masjid Kariah Sungai Dua, di sini, hari ini. Amanina Zainudin, 33, berkata, mereka bertolak dari Ulu Tiram, Johor lewat petang semalam dan mengambil ... Read more The post Tempuh perjalanan 230km, sertai program khatan beramai-ramai appeared first on Kosmo Digital .