Ratu berbasikal buru ledakan baharu

Ratu berbasikal buru ledakan baharu

PELUMBA berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri enggan sekadar berpuas hati dengan reputasi antara pelumba pecut terbaik Asia apabila memasang tekad memperbaharui catatan masa peribadi menjelang siri kejohanan antarabangsa musim ini. Ditemui selepas Majlis Anugerah Sukan MASUM 2023 & 2024 di Putrajaya semalam, Izzah menjelaskan fokusnya terarah kepada Piala Dunia Trek di Perth ... Read more The post Ratu berbasikal buru ledakan baharu appeared first on Kosmo Digital .

Bank Islam rai 32 pemenang

Bank Islam rai 32 pemenang

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank) meraikan 32 pelanggan terpilih produk pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i, Kenderaan-i dan deposit sebagai penghargaan atas kepercayaan berterusan melalui penganjuran Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Pembiayaan Mega dan Al-Awfar 2025.Majlis itu merupakan satu inisiatif strategik yang menzahirkan komitmen bank meraikan kesetiaan mereka.Dengan lebih 8,800 pemenang setahun, kempen Al-Awfar terus menarik perhatian pasaran menerusi minat berterusan dan bilangan penyertaan yang memberangsangkan.Trend itu turut mencerminkan keberkesanan kempen dalam menggalakkan aktiviti transaksi serta memupuk kesetiaan jangka panjang pelanggan terhadap Bank Islam.Antara hadiah utama yang disampaikan termasuk wang tunai RM1 juta, sebuah BMW 320i M Sport, Honda HR-V, wang tunai RM150,000 dan RM100,000, jongkong emas seberat satu kilogram serta motosikal Harley-Davidson Road Glide Special.Sementara itu, Kempen Pembiayaan Mega 2025 menawarkan dua unit kenderaan elektrik PROTON e.MAS 7 sebagai hadiah utama, dengan seorang pemenang dipilih melalui cabutan setiap setengah tahun.Bank Islam turut menyediakan pelbagai hadiah sampingan untuk pelanggan terpilih, secara keseluruhan, kempen itu menampilkan 102 pemenang merentasi dua fasa, dengan 51 pemenang bagi setiap fasa.Memasuki edisi kedua penganjuran, Kempen Pembiayaan Mega 2025 menunjukkan pertumbuhan sebanyak 13.08% dalam permohonan pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i dan Kenderaan-i Bank Islam.Pemenang utama wang tunai RM1 juta kempen Al-Awfar, Amti Samad dari Sabah, 58, berkata, beliau tidak menyangka dirinya bertuah untuk bergelar jutawan sekelip mata dan menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki tidak diduga."Saya telah lama menyimpan di Bank Islam dan hanya mengetahui mengenai kemenangan tersebut selepas dimaklumkan oleh anak-anak saudara. Buat masa ini, saya merancang untuk menyimpan wang tersebut bagi kegunaan persaraan kerana saya dijangka bersara pada tahun hadapan," katanya yang merupakan eksekutif mekanikal di sebuah syarikat pelabuhan di Sabah.Sementara itu, pemenang jongkong emas seberat satu kilogram, Mohd Rizam Shamsudin, 48, berkata, beliau terkejut dan tidak menyangka akan memenangi hadiah berkenaan namun menganggap kemenangan tersebut sebagai durian runtuh."Saya juga telah lama menjadi pelanggan dan menyimpan wang dalam akaun berkenaan sejak bertahun-tahun. Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka," kata guru dari Pulau Pinang itu.Bagi pemenang Kempen Pembiayaan Mega 2025 yang memenangi sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, Azliya Ghazali, 52, berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi hadiah tersebut kerana baru sahaja mengambil Pembiayaan Peribadi-i pada penghujung Disember lalu."Sebelum ini, saya memohon pembiayaan dengan beberapa bank lain namun tidak berjaya mendapatkan jumlah yang diperlukan. Pembiayaan itu akhirnya diluluskan oleh Bank Islam dan saya berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu sepanjang proses berkenaan," katanya.Pegawai Bertanggungjawab dan Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam – Perbankan Runcit, Mizan Masram berkata, kempen Pembiayaan Mega dan Al-Awfar 2025 adalah salah satu cara Bank Islam menghargai pelanggan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada kami selama ini."Bermula 9 Februari 2026, Al-Awfar telah dijenamakan semula sebagai AWFAR dan menjadi satu-satunya akaun transaksi di Malaysia yang menawarkan kemudahan urus niaga harian yang lebih mudah dan pantas. Dengan nilai hadiah tahunan melebihi RM15 juta, pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih RM1 juta setiap bulan. Selain itu, Bank Islam turut menganjurkan pelbagai kempen lain sepanjang tahun 2026."Pengenalan AWFAR mencerminkan komitmen berterusan Bank Islam untuk meningkatkan pengalaman perbankan serta memenuhi kehendak kewangan pelanggan yang menginginkan produk-produk pembiayaan patuh Syariah yang inovatif dan bersesuaian dengan keperluan semasa," ujar beliau.

UM siasat dakwaan libatkan pensyarah kanan sebagai pengikut Freemason

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason.Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara berkenaan, selain memastikan penelitian dibuat secara adil, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi ruang sepenuhnya kepada pihak universiti untuk melaksanakan proses siasatan tanpa sebarang gangguan."Orang ramai juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat," menurut kenyataan berkenaan.UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap isu ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. - Bernama

Tune Talk Launches Employee Share Trust Scheme Ahead Of Planned IPO

Tune Talk has established an Employee Share Trust Scheme (ESTS), marking a significant shift in how it compensates and retains its workforce. By positioning staff as equity participants, the telco aims to link individual performance directly to corporate value, particularly as it accelerates its trajectory toward a potential Initial Public Offering (IPO). A first for […] The post Tune Talk Launches Employee Share Trust Scheme Ahead Of Planned IPO appeared first on Lowyat.NET .