Sektor pembinaan berkembang 12.5%, nilai kerja cecah RM178.6 bilion

Sektor pembinaan berkembang 12.5%, nilai kerja cecah RM178.6 bilion

PETALING JAYA: Sektor pembinaan Malaysia berkembang 12.5 peratus pada 2025 dengan nilai kerja pembinaan mencecah RM178.6 bilion, sekali gus mengekalkan momentum positif pada suku keempat tahun lalu. Prestasi itu disokong pertumbuhan dua digit 10.3 peratus pada suku keempat. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tahunan sektor tersebut didorong terutamanya oleh prestasi ... Read more The post Sektor pembinaan berkembang 12.5%, nilai kerja cecah RM178.6 bilion appeared first on Utusan Malaysia .

55,458 rakyat Malaysia bukan Islam kahwin warga asing

55,458 rakyat Malaysia bukan Islam kahwin warga asing

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55,458 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia bukan Islam dengan pasangan warga asing direkodkan antara 2019 hingga 2025. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, China dan Vietnam merupakan antara lima negara yang mencatatkan jumlah tertinggi bagi pasangan bukan warganegara dengan tiga lagi membabitkan Singapura, Thailand dan Indonesia. “Warga China merekodkan 9,195 ... Read more The post 55,458 rakyat Malaysia bukan Islam kahwin warga asing appeared first on Utusan Malaysia .

Petaling, Klang, Hulu Langat penerima Agihan Ramadan, Syawal tertinggi

Petaling, Klang, Hulu Langat penerima Agihan Ramadan, Syawal tertinggi

KLANG: Petaling merupakan daerah penerima bantuan bagi keluarga asnaf, fakir dan mualaf yang tertinggi melibatkan agihan zakat sebanyak RM6.79 juta kepada 14,778 keluarga. Turut berada dalam tiga kedudukan tertinggi adalah, Klang dan Hulu Langat apabila masing-masing terdapat 13,167 dan 12,212 keluarga dalam golongan itu yang akan menerima agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM6.04 ... Read more The post Petaling, Klang, Hulu Langat penerima Agihan Ramadan, Syawal tertinggi appeared first on Utusan Malaysia .

Honda Malaysia perkenal enam model baharu tahun ini

Honda Malaysia perkenal enam model baharu tahun ini

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia mengukuhkan kedudukan pada 2026 dengan pelancaran enam model baharu, disokong sasaran jualan sebanyak 60,000 unit dalam persekitaran pilihan pengguna yang semakin berubah serta permintaan pasaran yang kian berkembang. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, syarikat komited mengekalkan semangat “fun to drive” dengan memberi keutamaan kepada prestasi ... Read more The post Honda Malaysia perkenal enam model baharu tahun ini appeared first on Utusan Malaysia .

Konvensyen Keadilan Kedah platform susun hala tuju, perkukuh gerak kerja parti peringkat negeri

Konvensyen Keadilan Kedah platform susun hala tuju, perkukuh gerak kerja parti peringkat negeri

SHAH ALAM - Konvensyen Keadilan Kedah akan menjadi platform perancangan strategik untuk menetapkan keutamaan perjuangan, menyusun hala tuju politik negeri dan menyelaras gerak kerja parti secara lebih sistematik serta berfokus.Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, konvensyen berlangsung di sebuah hotel di Alor Setar pada Jumaat ini bakal menghimpunkan pimpinan serta anggota dari seluruh negeri.Menurutnya, ia sebagai manifestasi usaha memperbaharui iltizam parti dalam memperjuangkan agenda reformasi, keadilan sosial dan pentadbiran adil, telus serta berintegriti."Konvensyen turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan amanat sebagai panduan dan pengukuh semangat perjuangan kepada seluruh pimpinan serta anggota parti di negeri Kedah."Kehadiran beliau juga mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi untuk terus memperkukuh PKR di Kedah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menambah, kehadiran Anwar itu menegaskan keperluan politik berprinsip, kepimpinan berintegriti dan pembelaan berterusan terhadap kepentingan serta kesejahteraan rakyat.Dalam perkembangan sama, Tunku Nashrul menyifatkan, konvensyen terbabit dijangka menjadi pemacu penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan parti dan organisasi.Selain itu, beliau memberitahu, konvensyen akan meningkatkan keyakinan anggota dalam mendepani cabaran politik semasa dan mendatang, khususnya dalam mengukuhkan sokongan rakyat, sekali gus memperjuangkan tadbir urus adil serta wibawa.