PARLIMEN: Graduan perubatan universiti tidak diiktiraf boleh ambil peperiksaan

PARLIMEN: Graduan perubatan universiti tidak diiktiraf boleh ambil peperiksaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberi peluang kepada graduan perubatan daripada universiti yang tidak diiktiraf untuk mengambil Peperiksaan Kelayakan Pra-Pendaftaran bagi membolehkan mereka berkhidmat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, masih terdapat sebahagian graduan yang enggan mengambil peperiksaan tersebut. “Anak-anak ini berdepan satu kedudukan, di mana mereka perlu mengambil ... Read more The post PARLIMEN: Graduan perubatan universiti tidak diiktiraf boleh ambil peperiksaan appeared first on Utusan Malaysia .

Lelaki ditahan simpan, jual mercun sehingga kondominium terbakar

Lelaki ditahan simpan, jual mercun sehingga kondominium terbakar

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah unit kondominium di Bangi yang berpunca daripada penyimpanan mercun tanpa lesen. Lelaki berusia 33 tahun itu yang juga seorang peniaga ditahan kira-kira pukul 12.17 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kebakaran yang ... Read more The post Lelaki ditahan simpan, jual mercun sehingga kondominium terbakar appeared first on Utusan Malaysia .

'Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan' - Zamri Vinoth

'Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan' - Zamri Vinoth

SHAH ALAM – "Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan," demikian tegas penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth susulan isu berkaitan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.Dalam status ringkas di Facebook pada Isnin, beliau turut menulis: "Membujur lalu, melintang patah. Reformasi! Garah!"Terdahulu, Zamri bersama seorang lagi aktivis, Tamim Dahari Abdul Razak, direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan GARAH yang berlangsung pada Sabtu lalu.Zamri sebelum ini memaklumkan perhimpunan aman berkenaan bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh, tanpa kaitan dengan mana-mana kaum atau agama.Media melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang direman, bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan berkenaan.Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, tangkapan dibuat susulan perhimpunan 'ad hoc' yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Peniaga didakwa bersubahat rasuah pegawai JPN urus sijil kelahiran palsu

Peniaga didakwa bersubahat rasuah pegawai JPN urus sijil kelahiran palsu

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan memberi suapan berjumlah RM32,000 kepada seorang penjawat awam bagi membantu urusan permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Yap Foo Siong, 58, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan ... Read more The post Peniaga didakwa bersubahat rasuah pegawai JPN urus sijil kelahiran palsu appeared first on Kosmo Digital .

Kadar zakat fitrah Pahang RM8 hingga RM21

Kadar zakat fitrah Pahang RM8 hingga RM21

PEKAN: Kadar zakat fitrah 2026 di negeri ini ditetapkan pada kadar minimum RM8 seorang, meningkat berbanding RM7 pada tahun lalu, selaras dengan perkembangan semasa dan kos sara hidup rakyat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memaklumkan, penetapan kadar baharu itu dibuat hasil kajian terperinci yang dijalankan di pasar raya terpilih di seluruh ... Read more The post Kadar zakat fitrah Pahang RM8 hingga RM21 appeared first on Utusan Malaysia .

Pindaan SOSMA 2012 dijangka dibentangkan Jun atau Julai ini - Menteri

#BHNasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kertas Kabinet bagi membolehkan kementeriannya memulakan gerak kerja pindaan akta itu termasuk kajian dan libat urus, sudah dibentangkannya pada Jumaat

Pindaan SOSMA 2012 dijangka dibentangkan Jun atau Julai ini - Menteri #BHNasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kertas Kabinet bagi membolehkan kementeriannya memulakan gerak kerja pindaan akta itu termasuk kajian dan libat urus, sudah dibentangkannya pada Jumaat

Pindaan SOSMA 2012 dijangka dibentangkan Jun atau Julai ini - Menteri #BHNasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kertas Kabinet bagi membolehkan kementeriannya memulakan gerak kerja pindaan akta itu termasuk kajian dan libat urus, sudah dibentangkannya pada Jumaat

Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini

Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini

BENTONG, 9 Feb – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas terpenting dalam membentuk masa depan generasi muda serta memacu kemajuan negara. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Kemansul yang berlangsung pada Ahad. Menurutnya, ibu bapa, guru serta masyarakat perlu berganding bahu [...]

PARLIMEN: Tiada kelulusan perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal

PARLIMEN: Tiada kelulusan perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan memberikan sebarang kelulusan Surat Skim Pengendalian Melombong bagi aktiviti perlombongan di kawasan pemeliharaan termasuk Hutan Simpan Kekal (HSK). Timbalan Menterinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, dasar sedia ada itu turut merangkumi larangan perlombongan di kawasan rizab perlindungan, kawasan tadahan air serta kawasan sensitif alam ... Read more The post PARLIMEN: Tiada kelulusan perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal appeared first on Utusan Malaysia .

Budak diikat, disembur dengan api: Empat remaja lelaki direman

Budak diikat, disembur dengan api: Empat remaja lelaki direman

JOHOR BAHRU - Empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini, ditahan bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua mereka direman selama empat hari bermula Ahad sehingga Rabu ini.Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat."Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan reman terhadap empat orang suspek dibenarkan selama empat hari."Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Pada Ahad, Raub dalam satu kenyataan media meminta mangsa serta saksi yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang tular itu supaya tampil membuat laporan.Terdahulu, tular satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa buli.Rakaman CCTV berdurasi 23 saat itu memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.39 tengah malam, melibatkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa, yang juga dipercayai seorang kanak-kanak lelaki.Menerusi rakaman tersebut, kelihatan pantulan cahaya api dipercayai disembur ke arah mangsa yang berada dalam keadaan terbaring dengan tangan seolah-olah terikat.Tidak lama kemudian, tiga daripada kanak-kanak berkenaan dilihat menghampiri mangsa sebelum mengangkatnya, manakala seorang lagi individu dipercayai bertindak sebagai pemantau ketika kejadian.