‘Orang buat kerja, hendak pecat pasal apa?

‘Orang buat kerja, hendak pecat pasal apa?

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya mendengar penjelasan Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham dalam sebuah syarikat yang dihadapi oleh  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu. “Orang buat kerja, hendak pecat pasal apa? Baca penjelasan dia. Ini suatu penyakit, orang buat kerja you maki buat ... Read more The post ‘Orang buat kerja, hendak pecat pasal apa? appeared first on Utusan Malaysia .

Gagal seludup hasil ikan, haiwan RM1.85 juta

Gagal seludup hasil ikan, haiwan RM1.85 juta

KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang, berjaya mematahkan cubaan menyeludup lima kontena mengandungi hasilan ikan dan haiwan bernilai RM1.85 juta di Pelabuhan Barat di sini semalam. Kejayaan itu hasil dua operasi berasingan hampir enam jam bermula 11.30 pagi di Pusat Pemeriksaan Kontena CFS 4. Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, ... Read more The post Gagal seludup hasil ikan, haiwan RM1.85 juta appeared first on Kosmo Digital .

‘Arwah sempat titip surat buat kawan’ – Bapa saudara

‘Arwah sempat titip surat buat kawan’ – Bapa saudara

PETALING JAYA – Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat keracunan ubat dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, semalam, dilaporkan sempat menulis sepucuk surat penghargaan kepada rakan-rakannya sehari sebelum tragedi berlaku. Perkara itu didedahkan oleh bapa saudaranya menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok, yang memaklumkan arwah menulis surat berkenaan ketika bermain bersama rakan-rakan. ... Read more The post ‘Arwah sempat titip surat buat kawan’ – Bapa saudara appeared first on Kosmo Digital .

Bekas CEO GISBH mahu tunai haji, mahkamah benarkan pasport dipulangkan

Bekas CEO GISBH mahu tunai haji, mahkamah benarkan pasport dipulangkan

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan pasport bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dipulangkan sementara, bagi menunaikan haji Mei depan.Peguam, Muhammad Zaim Rosli yang mewakili Nasiruddin, 67, berkata, Hakim, Datin Fatimah Zahari membenarkan permohonan tersebut selepas tidak mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan.Menurutnya, anak guam dijangka bertolak dari tanah air ke Mekah menerusi sebuah agensi umrah dan haji, pada 13 Mei hingga 12 Jun."Dokumen perjalanan itu telah diperoleh hari ini dan kita akan teruskan dengan permohonan untuk mendapatkan visa bermula 12 Februari hingga 30 Mac."Selepas permohonan visa berjaya, kita akan serahkan kembali pasport itu kepada mahkamah pada atau sebelum 30 Mac."Mahkamah akan mengembalikan pasport sama, sebelum anak guam meneruskan perjalanan ke tanah suci, pada 4 Mei depan," katanya.Peguam itu berkata, anak guam perlu mengembalikan pasport untuk disimpan oleh mahkamah selesai pada atau sebelum 15 Jun, iaitu tiga hari selepas selesai menunaikan rukun Islam kelima tersebut.Serahan pasport kepada mahkamah merupakan salah satu syarat tambahan ikat jamin, yang perlu dipatuhi, bagi mana-mana tertuduh yang berdepan pertuduhan kes serius.Pada 10 September 2025, Nasiruddin dan tiga bekas akauntan syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kedah, atas 331 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) lebih RM38.1 juta.Dari jumlah itu Nasiruddin berdepan 77 pertuduhan berjumlah RM10,084,323.70.Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan bank sekitar Selangor antara 2020 hingga 2024, melibatkan transaksi kepada beberapa pihak antaranya akaun bank milik GISBH Sdn Bhd, GISB Mart Sdn Bhd, GISB Travel and Tours Sdn Bhd serta syarikat pusat jagaan kanak-kanak.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Kebebasan bersuara dijamin, jangan atasi undang-undang - Anwar

Kebebasan bersuara dijamin, jangan atasi undang-undang - Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia sebagai sebuah negara majmuk tetap berpegang teguh kepada prinsip menjunjung keharmonian, menghormati setiap sensitiviti dan sentiasa bergerak dalam jalur hukum.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan berbeza pandangan di negara ini sememangnya dijamin, namun tidak boleh mengatasi kepentingan perpaduan serta kedaulatan undang-undang.Malaysia hanya akan terus aman dan makmur apabila semua pihak berpegang teguh kepada nilai saling menghormati, mematuhi peraturan dan menolak sebarang tindakan yang menggugat keharmonian nasional," kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.Anwar turut berkongsi klip video ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026, di sini malam tadi. - Bernama

Op Taring Delta: PGA tumpas sindiket seludup migran, 41 ditahan

Op Taring Delta: PGA tumpas sindiket seludup migran, 41 ditahan

KUALA LUMPUR – Pasukan Task Force Delta Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran yang aktif beroperasi di kawasan Sabak Bernam, Selangor menerusi Op Taring Delta, kelmarin. Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 5 pagi itu membawa kepada penahanan 39 migran ... Read more The post Op Taring Delta: PGA tumpas sindiket seludup migran, 41 ditahan appeared first on Kosmo Digital .