Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.30 mata kepada 1,755.09 pada pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,756,39 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,755.09. Jumlah dagangan sebanyak 41.85 bilion unit bernilai RM22.86 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 72 berbanding 53 dengan 220 kaunter tidak berubah dan ... Read more The post Bursa Malaysia dibuka rendah appeared first on Utusan Malaysia .

KP, Pengarah jabatan kerajaan disyaki seleweng RM900,000 direman 5 hari

KP, Pengarah jabatan kerajaan disyaki seleweng RM900,000 direman 5 hari

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah (KP) sebuah jabatan kerajaan serta pengarahnya direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berjumlah RM900,000. Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah bermula hari ini sehingga 16 Februari terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan reman dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini. Menurut SPRM, kedua-dua suspek lelaki ... Read more The post KP, Pengarah jabatan kerajaan disyaki seleweng RM900,000 direman 5 hari appeared first on Utusan Malaysia .

Polis mohon bantu kesan Nadia Farhana, dilapor hilang di tapak karnival

Polis mohon bantu kesan Nadia Farhana, dilapor hilang di tapak karnival

JEMPOL - Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan hilang di Tapak Expo Funfair, Bandar IOI Bahau di sini sejak Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada jam 9.30 pagi, hari sama daripada bapanya."Mangsa dikenali sebagai Nadia Farhana Abdullah dan disedari hilang dari tempat kerjanya di tapak expo terbabit."Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg) dan berambut berwarna hitam," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, usaha mengesannya masih sedang dilakukan dan orang ramai yang melihatnya diminta segera menghubungi Balai Polis Bahau di talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196

Kesesakan luar biasa di Lembah Klang menjelang Tahun Baharu Cina

Kesesakan luar biasa di Lembah Klang menjelang Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas di sekitar pusat bandar khususnya di kawasan tumpuan orang ramai berikutan berlakunya peningkatan jumlah kenderaan.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, antara punca keadaan tersebut adalah peningkatan pergerakan orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina."Orang ramai mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah terutama di kawasan Bukit Bintang yang menjadi antara lokasi tumpuan utama warga kota dan pelancong," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, kesesakan lalu lintas juga berlaku berikutan Majlis Raja-Raja yang masih berlangsung di Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Februari ini."Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu sama ada panas atau hujan turut menyebabkan peningkatan penggunaan kenderaan empat roda berbanding motosikal, sekali gus menambah jumlah kenderaan di jalan raya," katanya.Sehubungan itu, Mohd Zamzuri menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi peraturan lalu lintas serta menggunakan pengangkutan awam.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan tular hantaran dimuat naik di media sosial memaparkan kesesakan lalu lintas luar biasa di beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur dan kawasan bandar berhampiran.Perkongsian seorang pengguna media sosial itu memaparkan peta trafik yang menunjukkan kebanyakan laluan utama di ibu negara berada pada tahap sesak dengan aliran trafik berwarna merah.Berdasarkan paparan peta yang dikongsikan, kesesakan jelas dilihat di kebanyakan laluan dalam pusat bandar Kuala Lumpur termasuk rangkaian jalan utama yang menghubungkan kawasan perniagaan dan kediaman di ibu negara.

Semak semula mana-mana pekeliling lebih 20 tahun termasuk pemilikan saham pegawai awam

Semak semula mana-mana pekeliling lebih 20 tahun termasuk pemilikan saham pegawai awam

PUTRAJAYA: Entiti Kerajaan diwajibkan untuk menyemak semula semua instrumen kawal selia termasuk pekeliling, peraturan, dan garis panduan di bawah bidang kuasa masing-masing dalam tempoh setiap tiga tahun. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, oleh itu, mana-mana pekeliling, peraturan dan garis panduan yang telah melebihi 20 tahun atau tidak lagi ... Read more The post Semak semula mana-mana pekeliling lebih 20 tahun termasuk pemilikan saham pegawai awam appeared first on Utusan Malaysia .

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

PUTRAJAYA - Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.Perintah reman hingga 16 Februari ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.Siasatan akan dijalankan membabitkan dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.Media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditahan pada 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.Siasatan awal SPRM mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit antara Februari hingga November 2021.Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli seunit kondominium di sekitar Lembah Klang.Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009. - Bernama

Dulu banduan, kini Malik bergelar doktor falsafah

Dulu banduan, kini Malik bergelar doktor falsafah

HIDUP jarang sekali menawarkan laluan yang lurus dan mudah. Bagi Dr. Malik Yatam, realiti itu sudah difahami sejak usia masih mentah, ketika rakan sebaya lain masih bebas bermimpi tanpa batas. Pada usia 13 tahun, dia sedar pilihan hidup sering ditentukan oleh keadaan, bukan keinginan. Dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan di kawasan pedalaman, pendidikan bukan keutamaan ... Read more The post Dulu banduan, kini Malik bergelar doktor falsafah appeared first on Utusan Malaysia .

Honda tak sambung kontrak Damok

Honda tak sambung kontrak Damok

TEKA-TEKI mengenai masa depan pelumba negara, Syarifuddin Azman terjawab apabila mengesahkan tidak lagi bersama pasukan Honda Racing Malaysia bagi saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2026. Pelumba berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa kontraknya yang tamat pada Disember 2025 tidak disambung susulan keputusan pihak pengurusan tertinggi Honda untuk mengecilkan operasi pasukan dalam kategori SuperSports 600cc. ... Read more The post Honda tak sambung kontrak Damok appeared first on Kosmo Digital .

Insiden penggambaran: Amir Nafis gementar, sukar lena imbas detik kemalangan

Insiden penggambaran: Amir Nafis gementar, sukar lena imbas detik kemalangan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amir Nafis menyifatkan insiden kemalangan yang menimpanya ketika menjalani penggambaran di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini sebagai kecederaan paling serius dialaminya sepanjang bergelar anak seni. Menurut Amir atau Amir Nafis Ma’arof, 33, walaupun tidak mengalami patah tulang seperti rakan pelakon, Datuk Remy Ishak, namun impak kemalangan tersebut membuat tubuhnya sakit seolah-olah dibelasah. ... Read more The post Insiden penggambaran: Amir Nafis gementar, sukar lena imbas detik kemalangan appeared first on Utusan Malaysia .