Ops Gegar: 66 warga asing termasuk GRO ditahan

Ops Gegar: 66 warga asing termasuk GRO ditahan

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 66 warga asing termasuk 56 wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, di sini pada Selasa.Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, dalam Ops Gegar pada jam 10 malam itu, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 51 tahun.Menurutnya, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 47 warga Thailand, lima warga Laos, dua wanita Indonesia dan masing-masing seorang warga Vietnam dan China.Lelaki warga asing yang ditahan pula terdiri daripada lima warga India, masing-masing dua warga Vietnam dan Indonesia serta satu warga Filipina."Ketika serbuan dijalankan ada antara warga asing ini cuba melarikan diri, namun mereka semua berjaya ditahan."Siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohd Rusdi berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan dua keping Borang 29 (saman kepada saksi) bagi membantu siasatan.Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika di sini bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

PARLIMEN: Lantik Ahli Lembaga tidak profesional punca koperasi gagal

PARLIMEN: Lantik Ahli Lembaga tidak profesional punca koperasi gagal

KUALA LUMPUR: Pemilihan Ahli Lembaga kurang profesional dikenal pasti antara punca utama kegagalan sesebuah koperasi sehingga menjejaskan prestasi kewangan dan keupayaan daya saing entiti berkenaan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, faktor berkenaan menyebabkan sesetengah koperasi kekal beroperasi secara konvensional dan kurang berdaya saing. Katanya, terdapat juga koperasi yang terlalu bergantung ... Read more The post PARLIMEN: Lantik Ahli Lembaga tidak profesional punca koperasi gagal appeared first on Utusan Malaysia .

‘Dah tentu benda baik, saya akan kongsikan kepada semua’

‘Dah tentu benda baik, saya akan kongsikan kepada semua’

PETALING JAYA – Dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini, penyanyi Dayang Nurfaizah memakluman spekulasi sebegitu adalah lumrah bagi seorang selebriti dan sukar untuk dielakkan. Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Dayang atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, berjanji akan berkongsi berita gembira tidak lama lagi. “Bagi saya sebagai selebriti memang gosip-gosip seperti ... Read more The post ‘Dah tentu benda baik, saya akan kongsikan kepada semua’ appeared first on Kosmo Digital .