BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei

BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) kini menanti keputusan pemain profesional, Lee Zii Jia serta beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sama ada bersetuju menyertai skuad kebangsaan pada kempen Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark. Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan pihaknya sudah menghantar jemputan rasmi kepada pemain-pemain itu bagi menyertai kem latihan ... Read more The post BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei appeared first on Kosmo Digital .

Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham

Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham

PETALING JAYA – Para pemegang saham Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) sebulat suara meluluskan semua resolusi yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 yang diadakan semalam. Para pemegang saham  menerima Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, berserta penyata kewangan yang telah diaudit dan Laporan Pengarah dan Juruaudit mengenainya. Antara ... Read more The post Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham appeared first on Kosmo Digital .

‘Tegur sebagai lelaki, jangan cakap kasar dengan perempuan’

‘Tegur sebagai lelaki, jangan cakap kasar dengan perempuan’

KUALA LUMPUR – Selepas dihentam bertalu-talu, pelakon Daler Yusuf mengakui sudah memohon maaf secara peribadi kepada aktres Puteri Balqis susulan salah faham berhubung kenyataannya dalam media sosial, namun sehingga kini tidak menerima sebarang respons. Menurut Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, dia menghantar mesej secara langsung (DM) kepada Balqis bagi menjelaskan keadaan ... Read more The post ‘Tegur sebagai lelaki, jangan cakap kasar dengan perempuan’ appeared first on Kosmo Digital .

Panel Penilai Operasi SPRM nilai, semak semula kes diklasifikasi NFA

Panel Penilai Operasi SPRM nilai, semak semula kes diklasifikasi NFA

GENTING HIGHLANDS: Kes yang telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) akan dinilai dan disemak semula oleh Panel Penilai Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara telus, profesional dan berlandaskan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Pengerusi PPO SPRM, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham berkata, secara umumnya semua kertas ... Read more The post Panel Penilai Operasi SPRM nilai, semak semula kes diklasifikasi NFA appeared first on Utusan Malaysia .

Enjin Boeing meletup di udara, penumpang ingat akan mati

Enjin Boeing meletup di udara, penumpang ingat akan mati

ABUJA – Penumpang sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila salah satu enjinnya tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di Nigeria, lapor akhbar New York Post.  Kemalangan itu melibatkan pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Arik Air semasa dalam perjalanan dari Lagos ke Port Harcourt baru-baru ini.  Rakaman video kejadian menunjukkan ... Read more The post Enjin Boeing meletup di udara, penumpang ingat akan mati appeared first on Kosmo Digital .

‘Ramai pandang rendah, kata saya ramai ‘pembantu’ di dapur’

‘Ramai pandang rendah, kata saya ramai ‘pembantu’ di dapur’

PETALING JAYA – Hanya kerana mempunyai ramai pembantu, pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak seolah-olah mempertikaikan usahanya menyediakan hidangan buat keluarga. Tegas Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, keberadaan pembantu di dapur tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memandang rendah terhadap kesungguhan seorang wanita dalam menguruskan rumah tangga. “Baca ... Read more The post ‘Ramai pandang rendah, kata saya ramai ‘pembantu’ di dapur’ appeared first on Kosmo Digital .

Trafik WCE dijangka naik 35 peratus sempena Tahun Baharu Cina

Trafik WCE dijangka naik 35 peratus sempena Tahun Baharu Cina

TELUK INTAN - Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjangkakan trafik melonjak 160,000 kenderaan sehari sempena Tahun Baharu Cina, pada Selasa ini.Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan hampir 35 peratus berbanding purata 120,000 kenderaan sehari yang direkodkan sepanjang musim perayaan sama tahun lalu.Beliau berkata, peningkatan itu didorong faktor cuti persekolahan serta jangkaan pertama Ramadan pada minggu sama dengan sambutan perayaan berkenaan."Lonjakan berkenaan turut mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin memilih WCE sebagai laluan alternatif utama di pesisir Pantai Barat."WCE kini bukan lagi sekadar jalan pilihan, sebaliknya sudah menjadi nadi penghubung penting yang membantu menyuraikan kesesakan kritikal dari laluan sedia ada," katanya ketika berucap semasa Kempen Op Selamat Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Negeri Perak di sini pada Jumaat.Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya melakukan persediaan rapi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap optimum.Beliau memberitahu, antara pembaharuan diperkenalkan tahun ini ialah penyediaan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) berkapasiti tinggi dengan kerjasama rakan strategik, DC Handal.Katanya, Kemudahan pengecasan itu disediakan di Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Taiping Selatan di jajaran Perak, serta Plaza Tol SAE dan Plaza Tol Assam Jawa di jajaran Selangor, sekali gus membolehkan pengguna EV menikmati pengecasan pantas tanpa perlu menunggu lama."Dalam aspek keselamatan penunggang motosikal pula, WCE menyediakan 52 Zon Berteduh lengkap dengan pencahayaan solar yang terpisah daripada laluan utama sebagai lokasi selamat untuk berehat."Selain itu, enam Hentian Rehat dan Rawat (RSA) iaitu di Sungai Nyior arah utara dan selatan termasuk RSA baharu di Bukit Kapar arah utara dan selatan, Sijangkang serta Johan Setia kini beroperasi sepenuhnya bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengguna," tambah beliau.Mengulas mengenai dari segi operasi, Lyndon Alfred berkata, WCE turut mengaktifkan lorong simpanan di plaza tol laluan utama seperti Hutan Melintang, Teluk Intan, Lekir dan Taiping Selatan bagi melancarkan transaksi tol pada waktu puncak."Pusat Kawalan Trafik akan beroperasi 24 jam dengan kekuatan 20 pegawai trafik serta 60 anggota peronda WCE Patrol bagi memantau aliran trafik dan memberi tindak balas kecemasan pantas terhadap sebarang insiden," jelas beliau.Katanya, seramai 230 petugas tol akan ditempatkan setiap hari di kesemua 14 plaza tol yang beroperasi dengan pertambahan kakitangan sekitar 25 peratus berbanding kapasiti sedia ada bagi memastikan kelancaran transaksi dan mengurangkan risiko kesesakan.Lyndon turut merakamkan penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kakitangan barisan hadapan WCE yang akan bertugas sepanjang musim perayaan.Beliau turut menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal, menggunakan aplikasi WCE untuk mendapatkan maklumat trafik semasa dan memandu secara berhemah demi memastikan setiap perjalanan berakhir dengan selamat."Marilah kita pastikan setiap perjalanan yang bermula di lebuh raya ini berakhir dengan kepulangan yang selamat ke pangkuan keluarga," jelas beliau.