Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor

Haslinda Jemput Warga DUN Tenang Meriahkan Jualan Kasih Johor

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Saleh menjemput seluruh rakyat khususnya warga DUN Tenang untuk hadir memeriahkan Majlis Jualan Kasih Johor sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diadakan di Dataran Labis, pada 13 Februari ini bermula jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi. Katanya, program tersebut merupakan inisiatif prihatin Kerajaan Negeri Johor dalam membantu [...]

12 ahli kumpulan jenayah terancang didakwa di mahkamah

12 ahli kumpulan jenayah terancang didakwa di mahkamah

JOHOR BAHRU: Seramai 12 individu termasuk seorang wanita dan remaja lelaki, didakwa di beberapa mahkamah berasingan hari ini, atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang, dua tahun lalu. Tertuduh, I. Richi, 22; J. Jivaneswaran, 25; Mohamad Hazwan Sazali, 38; L. Navindran, 26; Lim Kah Weng, 26 dan R. Kesava Raj, 20, yang menganggotai ‘Geng Richi’ ... Read more The post 12 ahli kumpulan jenayah terancang didakwa di mahkamah appeared first on Utusan Malaysia .

Integriti SPRM perlu dinilai berdasarkan fakta, bukan dakwaan tidak berasas - Pengerusi LPPR

Integriti SPRM perlu dinilai berdasarkan fakta, bukan dakwaan tidak berasas - Pengerusi LPPR

KUALA LUMPUR - Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dinilai berdasarkan fakta dan tadbir urus yang kukuh, bukannya melalui tohmahan atau naratif mengelirukan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.Beliau berkata, LPPR memandang serius laporan media antarabangsa Bloomberg melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki serta implikasi laporan itu terhadap kredibiliti institusi penguatkuasaan tersebut."Berdasarkan semakan dan penjelasan yang telah dikemukakan (kepada lembaga ini), pengisytiharan harta (Azam Baki) dengan jelas telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, menepati arahan Pekeliling Perkhidmatan Awam, selaras dengan kerangka tadbir urus perkhidmatan awam yang berkuat kuasa dan melalui saluran rasmi yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Justeru, Mohamad Salim menggesa semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang menggambarkan seolah-olah wujud kegagalan pematuhan terhadap pekeliling perkhidmatan awam dan saluran rasmi yang ditetapkan.Beliau menegaskan bahawa integriti SPRM sebagai sebuah institusi penguatkuasaan tidak boleh dihakimi melalui tohmahan atau naratif mengelirukan dan tidak berpandukan fakta, apatah lagi apabila ia mengabaikan mekanisme semak dan imbang serta peranan badan pemantau bebas yang diwujudkan oleh undang-undang.Beliau berkata, sebagai satu daripada lima badan pemantau bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694), LPPR mempunyai peranan jelas untuk menasihati, meneliti dan menilai perjalanan SPRM dari sudut dasar, strategi, tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaannya.Mohamad Salim berkata, ketelusan dan profesionalisme SPRM kekal tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh lembaga itu, termasuk melalui penelitian laporan tahunan serta memberi ulasan dan pandangan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), sebagaimana diperuntukkan oleh Akta."LPPR akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara bebas, objektif dan beramanah, tanpa dipengaruhi oleh tekanan luar, demi memastikan SPRM kekal berfungsi dengan cekap, berintegriti dan diyakini rakyat," katanya.Pada Selasa lepas, Bloomberg mengeluarkan laporan berhubung pemilikan saham oleh Azam yang didakwa mencecah jutaan unit dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan. - Bernama

Isu saham Azam Baki: Beban ke atas pihak buat tuduhan untuk kemuka bukti - Saifuddin

Isu saham Azam Baki: Beban ke atas pihak buat tuduhan untuk kemuka bukti - Saifuddin

PUTRAJAYA - "Pihak yang membuat tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu".Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengulas gesaan supaya kerajaan menjalankan siasatan bebas berhubung dakwaan Azam Baki memiliki saham dalam beberapa syarikat."Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita biarkan proses undang-undang berjalan. Sekarang ini, beban ke atas pihak yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti."Ketika ini, saya belum dimaklumkan lagi tentang sebarang laporan polis dibuat berkait Azam Baki," ujar Saifuddin dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Khamis.Sebelum ini, media antarabangsa, Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia.Ia berdasarkan pemfailan tahunan oleh syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin lalu.Azam dalam satu sidang media pada Rabu menegaskan beliau sudah melupuskan semua sahamnya dan kini tidak mempunyai sebarang pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.Menurut Azam, beliau membeli saham Velocity tersebut pada awal 2025, dan kemudian melupuskan keseluruhan pegangan itu pada Julai 2025 tanpa mendapat sebarang keuntungan daripada urus niaga tersebut. - Awani

Kebakaran kenderaan: Pemilik pusat tuisyen antara tiga ditahan

Kebakaran kenderaan: Pemilik pusat tuisyen antara tiga ditahan

GEORGE TOWN : Polis menahan tiga individu termasuk pemilik sebuah pusat tuisyen bagi membantu siasatan kejadian kebakaran yang memusnahkan sembilan buah kenderaan di parkir Kondominium Tunas Residensi, Bayan Lepas, pada 27 Januari lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mereka yang ditahan termasuk sepasang suami isteri yang mengendalikan pusat pembelajaran berkenaan dan pemandu ... Read more The post Kebakaran kenderaan: Pemilik pusat tuisyen antara tiga ditahan appeared first on Utusan Malaysia .

800 anggota bomba KL bertugas sepanjang musim perayaan

800 anggota bomba KL bertugas sepanjang musim perayaan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuala Lumpur akan bertugas sepanjang musim perayaan bagi menghadapi tragedi luar jangka seperti letupan gas di Putra Heights tahun lalu. Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Penolong Ketua Pesuruhjaya Bomba, Hassan ‘As’ari Omar berkata, langkah itu selaras dengan ketetapan diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ... Read more The post 800 anggota bomba KL bertugas sepanjang musim perayaan appeared first on Utusan Malaysia .

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak yang terus mengkritik dan mendesak tindakan dikenakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, susulan laporan mengenai pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat.

Berita penuh:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak yang terus mengkritik dan mendesak tindakan dikenakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, susulan laporan mengenai pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat. Berita penuh:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak yang terus mengkritik dan mendesak tindakan dikenakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, susulan laporan mengenai pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat. Berita penuh:

KDNK suku keempat 2025 dijangka melepasi sasaran – Amir Hamzah

KDNK suku keempat 2025 dijangka melepasi sasaran – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia masih berada pada landasan yang kukuh dan dijangka memberi manfaat kepada pertumbuhan masa depan, sekali gus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 dijangka lebih baik daripada sasaran.  Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semasa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan anggaran awal pada hujung tahun lalu, ... Read more The post KDNK suku keempat 2025 dijangka melepasi sasaran – Amir Hamzah appeared first on Utusan Malaysia .