Srikandi Muda Bersatu pertahan Muhyiddin

PETALING JAYA: Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan pendirian bagi terus menyokong kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebalik tekanan dan desakan meletak jawatan. Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Ezzati Azmi berkata, kestabilan kepimpinan perlu diberi keutamaan bagi memastikan hala tuju perjuangan parti tidak terpesong ketika berdepan pelbagai tekanan dan ujian. “Muhyiddin ... Read more The post Srikandi Muda Bersatu pertahan Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia .

Titah Sultan Selangor selari pendekatan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, titah tersebut sejajar dengan pendirian serta pendekatan proaktif kerajaan negeri sedia ada melalui mekanisme kawalan serta pemantauan di bawah Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS). “Keprihatinan ... Read more The post Titah Sultan Selangor selari pendekatan negeri – Amirudin appeared first on Kosmo Digital .

Juruteknik maut, Perouda Axia terbakar dirempuh Hilux

DUNGUN – Seorang juruteknik sebuah syarikat minyak dan gas maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 13, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran Ketengah Jaya di sini, hari ini. Dalam kemalangan pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd. Junaidi Mamat, 43, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di ... Read more The post Juruteknik maut, Perouda Axia terbakar dirempuh Hilux appeared first on Kosmo Digital .

Kirim ‘salam’ Mohd. Isa ada makna tersirat

PUTRAJAYA: Perkataan kirim ‘salam’ oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menerusi ‘orang tengah’ kepada bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) didapati membawa maksud tersirat. Elemen itu antara yang dihuraikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan ketika membaca keputusan penghakiman selama lebih sejam yang turut bersidang bersama ... Read more The post Kirim ‘salam’ Mohd. Isa ada makna tersirat appeared first on Utusan Malaysia .

'Kerajaan dan Azam Baki kena jawab segera' - Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Pihak kerajaan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digesa untuk segera memberi maklum balas berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, penjelasan itu tidak boleh ditangguhkan."Yang ini kerajaan dan Azam Baki kena jawab segera. Jangan tangguh-tangguh."Semoga ia dibangkitkan dalam parlimen. Ia isu kepentingan awam, jangan sapu bawah karpet," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Azam dilapor memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Ia sekali gus pendedahan awam pertama mengenai pegangan saham besar atas namanya sejak kontroversi beberapa tahun lalu berhubung pegangan sahamnya yang mencetuskan protes menuntut beliau meletakkan jawatan.Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, dikatakan memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.Puad turut mempersoalkan kesahihan laporan berkenaan sama ada pemilikan tersebut mematuhi peraturan penjawat awam."Apakah benar? Apakah ia memang dibenarkan di bawah peraturan penjawat awam? Ini bukan kali pertama Azam Baki terlibat dalam kontroversi pemilikan saham," katanya.

Hasrat timang anak sulung tak kesampaian, isteri hamil maut dalam kebakaran

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang terkilan hasratnya untuk untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila isterinya maut dalam kejadian kebakaran rumah di  Taman Damai Jaya, Skudai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, turut meninggal dunia adalah rakan pasangan itu, dikenali sebagai Mohd Shahrizal Yap, 22, yang menumpang di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.Irfan Ibrahim berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah, Iskandar Puteri."Isteri Wan Norhairani Wan Norzaini, 21, sedang mengandung tiga bulan selepas kami mendirikan rumah tangga dua tahun lalu."Saya kerja syif malam, dalam jam 6 saya terima panggilan daripada keluarga cakap rumah kami terbakar."Saya bergegas balik, sampai rumah dalam jam 7 pagi, tengok api dah padam dan bomba serta polis dah sampai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Selasa.Irfan memberitahu dia dan isteri sudah setahun tinggal di rumah berkenaan yang juga rumah milik keluarga isterinya itu."Isteri saya asal dari Kuantan, Pahang. Ini kira rumah ibu mentua saya, kami tinggal di sini."Bila jadi kejadian seperti ini, perasaan saya bercampur-baur. Perasaan asal saya gembira nak timang anak tetapi ini yang berlaku. Sedih memang sedih tetapi sudah takdir, saya reda."Shahrul asal Sarawak, baru duduk sini baru dua bulan selepas berhenti kerja, dia menumpang sebab sebab tiada rumah dan tiada siapa di sini."Kami bertiga dulu kerja satu tempat kerja tapi sekarang Shahrul dan isteri dah tak kerja," katanya.Sementara itu, jiran mangsa, Taminah Bakir, 61, berkata, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar barang jatuh dari rumah mangsa pada kira-kira jam 5.20 petang."Saya terus bergegas keluar rumah buat pemeriksaan dan tengok api sudah marak sebelum memanggil jiran-jiran yang lain untuk membantu memadam kebakaran."Kami cuba padamkan api dengan menggunakan paip getah dari air pili tetapi kami tak boleh berbuat apa-apa sebab api menyala terlalu cepat," katanya.Sebelum itu, media melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat itu, awal pagi tadi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.Beliau berkata, kebakaran itu mengorbankan dua individu iaitu seorang wanita berusia 21 tahun dan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penyewa bilik di rumah berkenaan.

Hasrat timang anak sulung tak kesampaian, isteri hamil maut rumah terbakar