Lekas aktif laluan Smart Lane bermula hari ini

Lekas aktif laluan Smart Lane bermula hari ini

PETALING JAYA – Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) melaksanakan pengaktifan Smart Lane di beberapa seksyen terpilih di antara Persimpangan Kajang Selatan dan Persimpangan Kajang Perdana, bermula hari ini. Menurut Lekas, pelaksanaan itu telah mendapat kelulusan Lembaga Lebuhraya (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, laluan berkenaan akan dibuka bermula dari pukul 6 pagi hingga ... Read more The post Lekas aktif laluan Smart Lane bermula hari ini appeared first on Kosmo Digital .

Tragedi tertembak anak AR Badul: Sesi soal balas saksi ditangguh, eksibit bendera tidak dibawa ke mahkamah

Tragedi tertembak anak AR Badul: Sesi soal balas saksi ditangguh, eksibit bendera tidak dibawa ke mahkamah

KOTA KINABALU - Sesi pemeriksaan balas saksi ketiga pihak pembelaan terpaksa ditangguhkan susulan bahan eksibit iaitu bendera yang sepatutnya dikemukakan tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi semasa prosiding berlangsung.Dalam pemeriksaan balas yang dikendalikan peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi Koperal Muhammad Idzham Ramalan, 31, ditanya mengenai gimik disertai enam tahun lalu oleh defendan pertama, Kolonel Mohd Razahar Rashid, yang membawa eksibit berupa beg dan bendera.Bagaimanapun, semasa eksibit D13 iaitu bendera mahu dikemukakan, ia tidak berada di mahkamah semasa prosiding berlangsung.Peguam Persekutuan Wan Nur Muhammad Ehsan Alauddin memaklumkan bahawa bendera berkenaan tidak dapat dibawa ke mahkamah kerana sedang digunakan dalam upacara rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menjawab perkara itu, Ansari menyatakan perkara itu amat mengejutkan kerana Hakim telah mengarahkan bahawa eksibit fizikal yang berada di dalam jagaan defendan, perlu dibawa ke mahkamah untuk sambungan perbicaraan.Wan Nur Muhammad Ehsan kemudian menjelaskan bahawa pihak mereka mempunyai gambar eksibit tersebut yang boleh digunakan untuk ditunjukkan kepada saksi."Kenapa ATM perlu menggunakan exhibit mahkamah? Tiada bendera lain yang boleh digunakan di seluruh Malaysia," kata Ansari yang mempersoalkan ketiadaan eksibit tersebut di mahkamah.Bagaimapun, pihak pembelaan mempertahankan perkara itu dengan mengatakan pihak defendan memaklumkan bahawa di Kota Kinabalu hanya ada satu bendera yang tersedia.Susulan itu, mahkamah bersetuju untuk menangguhkan soal balas saksi dan diteruskan dengan saksi baharu pada Khamis.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Prosiding tersebut didengar oleh Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Ansari bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan.Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019.

Tahap keselamatan kebakaran di bangunan bertingkat, berstatus strata di ibu kota perlu ditambah baik

Tahap keselamatan kebakaran di bangunan bertingkat, berstatus strata di ibu kota perlu ditambah baik

KUALA LUMPUR – Tahap keselamatan di bangunan bertingkat dan berstatus strata di ibu kota perlu penambahbaikan dengan sistem pemasangan kebakaran yang sedia ada demi kesejahteraan penghuni terbabit.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Hassan As’ari Omar berkata, pihaknya memberi penekanan serius terhadap keperluan Fire Certificate atau Sijil Perakuan Bomba, khususnya bagi bangunan berstatus strata seperti kondominium dan pangsapuri bertingkat tinggi."Kita perlu memastikan semua sistem keselamatan kebakaran seperti sistem penggera, sprinkler, lampu kecemasan, laluan keluar dan peralatan pemadaman berada dalam keadaan baik dan mematuhi keperluan undang-undang."Pemilikan dan pembaharuan sijil ini adalah tanggungjawab pihak pengurusan bangunan dan pemilik strata, kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh membahayakan keselamatan penghuni serta menyukarkan operasi penyelamatan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perbarisan Tahunan JBPM Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah di sini pada Khamis.Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.Hassan berkata, kebanyakan kematian dalam kebakaran berpunca daripada haba melampau dan asap beracun, bukan api semata-mata."Justeru, orang awam dinasihatkan supaya tidak berlindung di ruang tertutup seperti tandas atau bilik mandi semasa kebakaran, sebaliknya segera keluar melalui laluan kecemasan yang selamat," katanya.Mengulas lanjut, Hassan berkata, JBPM Kuala Lumpur turut membekukan cuti 80 peratus daripada kira-kira 900 pegawai dan anggotanya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026."Langkah itu bertujuan memastikan kesiapsiagaan tahap tertinggi, mengurangkan risiko kebakaran, dan meningkatkan keselamatan awam semasa musim perayaan," katanya.Beliau berkata, bagi memastikan kesiapsiagaan sempena musim perayaan, JBPM telah melaksanakan Ops Siaga Raya 2026 melibatkan pengoperasian penuh semua balai bomba di Kuala Lumpur."Penugasan anggota secara strategik serta kerjasama erat bersama agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan,"Pendekatan proaktif ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada respons, tetapi juga pencegahan awal melalui pemeriksaan keselamatan untuk mengurangkan insiden kebakaran dan kecemasan lain," ujarnya.

Dewan Rakyat lulus RUU RTS Link Johor Bahru-Singapura 2026

Dewan Rakyat lulus RUU RTS Link Johor Bahru-Singapura 2026

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026 bagi memperkukuh asas perundangan operasi pengangkutan rentas sempadan antara kedua-dua negara.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, RUU tersebut berdiri di atas tiga tunjang utama iaitu memperkasakan asas perundangan, melengkapi undang-undang sedia ada serta melindungi kedaulatan dan keselamatan negara."Sistem ini akan menggunakan konsep pemeriksaan dan pelepasan tunggal di satu lokasi sahaja bagi menjimatkan masa perjalanan rakyat secara drastik kepada hanya lima minit," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan yang telah dibahaskan 12 Ahli Parlimen sebelum diluluskan dengan lebih suara bersetuju.Shamsul Anuar berkata, kerajaan turut memperuntukkan 100 unit pintu pagar automatik (e-gate) berteknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan tempoh pelepasan penumpang di stesen terlibat tidak melebihi tujuh saat.Beliau turut memberi jaminan mengenai kedaulatan data dengan semua maklumat sulit termasuk biometrik disimpan di pusat data yang dikawal selia sepenuhnya kerajaan Malaysia tanpa akses pihak berkuasa Singapura.Selain itu, beliau berkata, pelaksanaan RUU tersebut menjamin kekebalan undang-undang kepada pegawai penguat kuasa Malaysia yang bertugas di Singapura daripada didakwa di mahkamah negara jiran atas tindakan tugas rasmi.Katanya, prinsip timbal balik itu juga mewajibkan Singapura meminda undang-undang domestik mereka bagi memberikan perlindungan setara kepada pegawai Malaysia sebelum RUU itu dikuatkuasakan sepenuhnya pada 30 Sept tahun ini.Persidangan Dewan Rakyat bersambung 23 Februari ini, bagi memberi laluan kepada sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan minggu hadapan. - Bernama

Untung bersih Maxis naik kepada RM380j pada suku keempat 2025

Untung bersih Maxis naik kepada RM380j pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak RM380 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM321 juta bagi suku sama tahun sebelumnya. Dalam makluman di Bursa Malaysia, pengendali rangkaian mudah alih kedua terbesar negara itu merekodkan pendapatan sebanyak RM2.87 bilion bagi tempoh yang sama, daripada RM2.77 bilion pada ... Read more The post Untung bersih Maxis naik kepada RM380j pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur

RUU RTS Link Johor-Singapura Sebagai Model … Sabah Jangan Dipinggirkan Dalam Agenda Infrastruktur

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berharap agar Rang Undang-Undang (RUU) Rapid Transit System (RTS) dijadikan sebagai model untuk membangunkan Sabah dalam agenda infrastruktur. Ujarnya, projek RTS yang terletak di Johor itu banyak memberi manfaat langsung kepada rakyat di selatan tanah air dan juga seluruh negara. “Walaupun projek RTS ini terletak di Johor dan [...]

Yang dicadang UMNO dan Pas, yang menggelupur parti lain - Dr Akmal

Yang dicadang UMNO dan Pas, yang menggelupur parti lain - Dr Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan beliau mengenai penyatuan UMNO dan Pas di Melaka.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, lebih menghairankan lagi kritikan tersebut dibuat oleh parti lain bukan UMNO dan Pas."Yang dicadang untuk UMNO dan Pas. Tapi yang menggelupur orang parti lain pula. Kesian," katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Khamis.Dr Muhamad Akmal dalam satu sesi temu bual audio siar pada Rabu mencadangkan penyatuan UMNO dan Pas bermula di Melaka.Kenyataan beliau itu bagaimanapun dikritik Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin dengan mendakwa pandangan peribadi yang disuarakan Dr Muhamad Akmal memperlihatkan kegelisahan politik yang sedang melanda parti berkenaan.Beliau menegaskan, cadangan tersebut tidak mendatangkan sebarang ketakutan kepada AMK, sebaliknya yakin ia membuka ruang lebih luas kepada Pakatan Harapan (PH).Menurutnya, meskipun rekod semasa di negari berkenaan menyaksikan Pas tidak memenangi sebarang kerusi pada PRN lalu dan UMNO menang 21 daripada 28 kerusi, namun beliau menekankan bahawa isu penyatuan Melayu tidak boleh dilihat semata-mata daripada sudut pembahagian kerusi atau kekuatan parti.