Kedudukan PKR pada tahap terbaik - Anwar

Kedudukan PKR pada tahap terbaik - Anwar

ALOR SETAR – Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berada pada tahap terbaik dan ia perlu dimanfaatkan untuk terus memperkukuh kekuatan di peringkat cabang serta negeri.Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu berikutan parti-parti lain di negara ini, khususnya pembangkang, dilihat dalam keadaan tidak stabil.Menurutnya, keadaan semasa ini penting bagi mengekalkan dan mengukuhkan cabang parti sebagai asas kekuatan parti tersebut."PKR berada pada tahap terbaik sekarang, jadi bagaimana hendak kukuhkan parti dan cabang. Latihan untuk ahli baharu perlu diterima dan mereka perlu mengikuti beberapa program parti."Bagi ahli lama pula, kepimpinan khas akan memastikan mereka diberi panduan bagi memperkukuh organisasi parti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Keadilan Kedah di sini pada Jumaat.Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, kekuatan parti tidak boleh bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama berpasukan dan disiplin dalam organisasi.Beliau turut menekankan kepentingan latihan kepada ahli baharu bagi memastikan mereka memahami dasar serta perjuangan parti.Jelasnya, ahli baharu mesti mengikuti beberapa program latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab."Jangan anggap bila sudah menyertai parti, semuanya sudah diketahui," ujarnya.Mengulas kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, wakil PKR bersama parti lain termasuk UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja sebagai satu pasukan."Kita mesti bekerja seolah-olah satu suara dan satu pasukan. Soal dalaman jangan sampai melemahkan parti," tegasnya.Beliau turut menekankan kepentingan parti menyantuni golongan wanita dan veteran sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan akar umbi.Anwar yakin dengan rekod pentadbiran serta tadbir urus yang ditunjukkan, PKR berpotensi bangkit sebagai kekuatan politik yang lebih kukuh pada masa akan datang.

Pelajar kolej bungkus mayat bayi dengan telekung

Pelajar kolej bungkus mayat bayi dengan telekung

MELAKA – Dalam keadaan lemah selepas bersalin, seorang pelajar kolej berusia 18 tahun dipercayai nekad menunggang motosikal bagi membuang mayat bayinya di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, malam tadi. Menurut sumber, suspek yang mengalami pendarahan telah ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya pada pukul 8.30 malam. Katanya, tindakan itu ... Read more The post Pelajar kolej bungkus mayat bayi dengan telekung appeared first on Kosmo Digital .

Kedah kubu awal, potensi besar PKR perkukuh pengaruh – Anwar

Kedah kubu awal, potensi besar PKR perkukuh pengaruh – Anwar

ALOR SETAR – Kedah merupakan antara kubu awal yang memperlihatkan potensi besar bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kembali memperkukuh pengaruhnya, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, negeri itu pernah menjadi antara kawasan penting yang menyumbang kepada perkembangan awal parti dan kejayaan menawan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen.Menurutnya, momentum tersebut perlu dipertahankan dengan memperkukuh jentera parti, khususnya di peringkat cabang."Kedah ialah negeri yang telah menunjukkan keupayaan dan potensi yang baik. Kawasan negeri dan Parlimen yang pernah kita tawan dengan jayanya perlu dipertahankan, terutamanya di selatan Kedah," katanya.Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah di sini pada Jumaat.Anwar mengingatkan bahawa perjuangan reformasi yang dibawa PKR bukan sesuatu yang mudah dan menuntut pengorbanan besar.Menurutnya, tiada yang sempurna dalam setiap perkara yang diusahakan dan ahli diingatkan agar bersyukur dengan pencapaian hari ini."Kita melalui pelbagai cabaran, tekanan dan kesukaran sebelum berada pada tahap hari ini. Jadi apabila sudah diberi peluang mentadbir, buatlah kerja sebaiknya," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, ahli lama turut diberi perhatian menerusi bimbingan kepimpinan khas bagi memastikan pengalaman mereka dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh struktur parti.

Chegubard gesa KPT siasat UTEM, dakwa wujud keraguan tadbir urus

Chegubard gesa KPT siasat UTEM, dakwa wujud keraguan tadbir urus

KUALA LUMPUR: Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melakukan siasatan menyeluruh terhadap kepimpinan Universiti Teknikal Melaka Malaysia  (UTEM) ekoran wujud keraguan dalam tadbir urus institusi berkenaan termasuk berkemungkinan salah laku. Beliau mendakwa, antara persoalan yang timbul berhubung pembayaran beberapa kali kepada individu sama untuk pelbagai tujuan ... Read more The post Chegubard gesa KPT siasat UTEM, dakwa wujud keraguan tadbir urus appeared first on Utusan Malaysia .

Kedah kubu awal PKR, Anwar yakin mampu tawan semula

Kedah kubu awal PKR, Anwar yakin mampu tawan semula

ALOR SETAR: Kedah berpotensi untuk ditawan semula oleh PKR di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pernah menjadi kubu awal parti berkenaan, sebelum ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kawasan yang pernah dimenangi sebelum ini wajar dikembalikan, khususnya yang terletak di bahagian selatan Kedah. Beliau justeru meminta pimpinan dan ahli ... Read more The post Kedah kubu awal PKR, Anwar yakin mampu tawan semula appeared first on Utusan Malaysia .