Harga RON97, RON95 dan diesel naik 5 sen bermula esok

Harga RON97, RON95 dan diesel naik 5 sen bermula esok

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula esok. Menerusi satu kenyataan MOF berkata, harga baharu RON97 adalah RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi pada RM 2.65 seliter manakala diesel di Semenanjung Malaysia RM3.07 seliter. Jelas MOF, kenaikan tersebut bagi tempoh bermula esok sehingga 19 ... Read more The post Harga RON97, RON95 dan diesel naik 5 sen bermula esok appeared first on Kosmo Digital .

Demi Rakyat, Demi Sabah: Suhaimi Tegaskan Komitmen BN Di Sungai Sibuga

Demi Rakyat, Demi Sabah: Suhaimi Tegaskan Komitmen BN Di Sungai Sibuga

LIBARAN, 12 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Suhaimi Nasir menyeru rakyat Sabah, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, agar bersatu dan meneruskan perjuangan demi kestabilan negeri. Beliau yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN berkenaan berkata, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah kali ini merupakan masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan demi masa [...]

Kelas Fardu Ain YADIM wujud suasana pembelajaran inklusif OKU

Kelas Fardu Ain YADIM wujud suasana pembelajaran inklusif OKU

PETALING JAYA: Lebih 100 peserta daripada Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) menyertai Kelas Bimbingan Fardu Ain yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama rakan strategik bagi mewujudkan suasana pembelajaran inklusif. Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom berkata, lebih 100 peserta dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur setiap kali ia dianjurkan iaitu ... Read more The post Kelas Fardu Ain YADIM wujud suasana pembelajaran inklusif OKU appeared first on Utusan Malaysia .

Pindaan Akta 652, 640 perkukuh pembangunan kemahiran negara

Pindaan Akta 652, 640 perkukuh pembangunan kemahiran negara

SHAH ALAM - Pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) disifatkan sebagai satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan sistem pembangunan kemahiran negara.Ahlli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How berkata, pindaan itu jelas membawa isyarat bahawa Malaysia Madani mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pembangunan sistem kemahiran yang berpaksikan industri dalam mendepani cabaran ekonomi terkini."Teras untuk menambah keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan menjadikan industri sebagai rakan strategik utama dalam pelaksanaan latihan yang relevan, di samping menonjolkan kehendak sebenar pasaran kerja."Hasilnya, kita bakal melihat tenaga kerja Malaysia Madani kekal kompeten dan mudah diserap ke pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Beliau yang juga Ahli Majlis TVET Negara berkata, pindaan itu juga dapat melonjakkan negara menjadi rakan strategik global dan hab serantau berasaskan teknologi serta bakat sekali gus membuka peluang untuk sebarang kerjasama dengan institusi latihan luar bagi perkongsian teknologi dan inovasi kemahiran."Teras memperkenalkan Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) adalah sesuatu yang amat segar, bertujuan memperkukuh konsep pembelajaran fleksibel yang memberi ruang kepada rakyat meningkatkan kemahiran mengikut keperluan sendiri."Malah, ia juga boleh dijalani secara berperingkat tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada, sesuai dengan kehendak pasaran masa kini yang menuntut keluwesan kerjaya." ujarnya.Tambah Howard, mewujudkan kategori pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan dan perunding kemahiran akan mengiktiraf kepakaran sebenar tenaga kerja tempatan yang telah lama menyumbang sebagai tulang belakang industri."Langkah ini memperkukuh ekosistem kemahiran negara dan memastikan kepakaran tempatan terus dimanfaatkan dalam agenda pembangunan ekonomi Malaysia."Secara keseluruhan, pindaan Akta 652 dan Akta 640 ini menandakan satu langkah proaktif dan strategik Kementerian Sumber Manusia (Kesuma). Tahniah kepada Menteri, Steven Sim Chee Keong atas kebijaksanaan beliau membentangkan pindaan berkenaan untuk bacaan pertama di Parlimen," katanya.Howard berkata, dengan penekanan kepada industri, fleksibiliti pembelajaran, pengiktirafan kepakaran tempatan dan keterangkuman global, negara diyakini bakal memiliki tenaga kerja mahir yang berdaya saing, relevan serta mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan.

Kematian pempengaruh Taiwan: Kertas siasatan dirujuk TPR

Kematian pempengaruh Taiwan: Kertas siasatan dirujuk TPR

KUALA LUMPUR – Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, melibatkan pengarah dan penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya kini menunggu arahan lanjut untuk tindakan seterusnya. “Kertas siasatan kes ini telah dirujuk ke ... Read more The post Kematian pempengaruh Taiwan: Kertas siasatan dirujuk TPR appeared first on Kosmo Digital .

Pengantin terima hantaran 2 buah kereta

Pengantin terima hantaran 2 buah kereta

JAKARTA – Sebuah majlis pernikahan di Pati, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila pengantin lelaki menyerahkan beberapa barang berharga termasuk dua buah kereta sebagai hantaran kepada isterinya, lapor portal berita Lambe Turah.  Majlis itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Tambakromo baru-baru ini. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lazalailazaskia menunjukkan ... Read more The post Pengantin terima hantaran 2 buah kereta appeared first on Kosmo Digital .

Dari Parlimen: Simpang Renggam Harap Peruntukan JMG Ditambah

Dari Parlimen: Simpang Renggam Harap Peruntukan JMG Ditambah

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Ir Hasni Mohamad berharap agar kerajaan menambah peruntukan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk membolehkan kajian mengenai sumber bekalan air dapat dilaksanakan sebaiknya. Ujarnya, teknologi yang terkini diperlukan untuk mendapatkan sumber bekalan air bawah tanah dan kajian terperinci perlu dilaksanakan. “Akhirnya, kajian sumber air tanah negara merupakan satu perkara [...]