'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'

'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'

KOTA TINGGI - "Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan. Dua lagi anak kami masih di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."Demikian luah Muhammad Asyraf Yatim,34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24 yang yang maut bersama anak Mohd Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi.Dalam kejadian pada jam 7 malam Selasa, kereta Perodua Bezza dipandu Nor Balqis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.Muhammad Asyraf berkata, dia dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai nahas yang menimpa isteri dan anaknya itu pada jam 7 malam."Ketika itu saya berada di rumah di Felda Air Tawar 2. Saya terus gerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer. Sebaik tiba, saya tidak mampu menahan sebak."Saya keluar dari kereta dan cuba mendekati isteri namun tidak sempat memangku kerana dia tersepit di dalam kenderaan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi pada Rabu.Jelasnya, ketika itu dua anak perempuan berusia lapan dan empat tahun dan Mohd Bilal berusia tiga bulan sudah dibawa ke hospital."Saya kemudian bergegas ke hospital. Mohd Bilal ketika itu masih bernyawa dan terpaksa dibantu dengan oksigen, namun akhirnya menghembuskan nafas terakhir."Dua lagi masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, kerana mengalami kecederaan."Mereka kini ditempatkan di zon merah di mana yang sulung mengalami pendarahan di kepala, manakala anak kedua pula mengalami pendarahan di bahagian perut," katanya lagi.Muhammad Asyraf memberitahu arwah isteri sempat berpesan suoaya saya menyusul untuk turut makan malam bersama di luar."Mereka keluar ke bank di bandar Kota Tinggi dulu dan singgah makan. Isteri sempat berpesan supaya datang makan bersama sekitar jam 8 malam."Saya cukup sedih apabila mengenangkan hasrat isteri yang mahu mengenakan pakaian sedondon berwarna perang pada pagi Raya," katanya.Dalam pada itu, Mohd Jakim Sufian, 16, rakan kepada arwah Nor Balqis berkata, dia tidak menyangka ajakan arwah bersama seorang lagi rakan mereka untuk keluar makan bersama-sama petang Selasa berakhir dengan insiden itu."Kawan sekerja kami yang bersama arwah dalam kereta itu ada menghubungi saya kira-kira jam 5.30 petang untuk mengajak keluar makan bersama."Tapi masa itu saya menolak sebab baru bangun tidur. Kami memang kerap keluar makan bersama-sama lebih lebih lagi pada waktu cuti."Namun tidak sampai satu jam, sepupu menghubungi memaklumkan arwah dan rakan terlibat dalam kemalangan dan arwah meninggal dunia," katanya yang menyifatkan arwah seorang kakak yang sangat peramah dan baik.

[VIDEO] 'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'

[VIDEO] 'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'

KOTA TINGGI - "Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan. Dua lagi anak kami masih di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."Demikian luah Muhammad Asyraf Yatim,34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24, yang maut bersama anak Mohd Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi.Dalam kejadian pada jam 7 malam Selasa, kereta Perodua Bezza dipandu Nor Balqis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.Muhammad Asyraf berkata, dia dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai nahas yang menimpa isteri dan anaknya itu pada jam 7 malam."Ketika itu saya berada di rumah di Felda Air Tawar 2. Saya terus gerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer. Sebaik tiba, saya tidak mampu menahan sebak."Saya keluar dari kereta dan cuba mendekati isteri namun tidak sempat memangku kerana dia tersepit di dalam kenderaan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi pada Rabu.Jelasnya, ketika itu dua anak perempuan berusia lapan dan empat tahun dan Mohd Bilal berusia tiga bulan sudah dibawa ke hospital."Saya kemudian bergegas ke hospital. Mohd Bilal ketika itu masih bernyawa dan terpaksa dibantu dengan oksigen, namun akhirnya menghembuskan nafas terakhir."Dua lagi masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, kerana mengalami kecederaan."Mereka kini ditempatkan di zon merah di mana yang sulung mengalami pendarahan di kepala, manakala anak kedua pula mengalami pendarahan di bahagian perut," katanya lagi.Muhammad Asyraf memberitahu arwah isteri sempat berpesan supaya saya menyusul untuk turut makan malam bersama di luar."Mereka keluar ke bank di bandar Kota Tinggi dulu dan singgah makan. Isteri sempat berpesan supaya datang makan bersama sekitar jam 8 malam."Saya cukup sedih apabila mengenangkan hasrat isteri yang mahu mengenakan pakaian sedondon berwarna perang pada pagi Raya," katanya.Dalam pada itu, Mohd Jakim Sufian, 16, rakan kepada arwah Nor Balqis berkata, dia tidak menyangka ajakan arwah bersama seorang lagi rakan mereka untuk keluar makan bersama-sama petang Selasa berakhir dengan insiden itu."Kawan sekerja kami yang bersama arwah dalam kereta itu ada menghubungi saya kira-kira jam 5.30 petang untuk mengajak keluar makan bersama."Tapi masa itu saya menolak sebab baru bangun tidur. Kami memang kerap keluar makan bersama-sama lebih lebih lagi pada waktu cuti."Namun tidak sampai satu jam, sepupu menghubungi memaklumkan arwah dan rakan terlibat dalam kemalangan dan arwah meninggal dunia," katanya yang menyifatkan arwah seorang kakak yang sangat peramah dan baik.

Tak mengaku pukul polis guna kayu golf

Tak mengaku pukul polis guna kayu golf

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan memukul dua lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menggunakan kayu golf, 31 Januari lalu. Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Mengikut pertuduhan, ... Read more The post Tak mengaku pukul polis guna kayu golf appeared first on Kosmo Digital .

Magma Group lulus lupus 20 peratus ekuiti HLSB bernilai RM63 juta

Magma Group lulus lupus 20 peratus ekuiti HLSB bernilai RM63 juta

PETALING JAYA: Magma Group Berhad (Magma) memperoleh kelulusan pemegang saham untuk melupuskan 20 peratus kepentingan ekuitinya dalam Heritage Lane Sdn Bhd (HLSB) pada nilai RM63 juta, sekali gus membuka laluan kepada pengukuhan struktur modal dan kecairan kewangan kumpulan. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Magma, sebuah kumpulan pegangan pelaburan pelbagai dengan kepentingan dalam sektor perhotelan, pembangunan ... Read more The post Magma Group lulus lupus 20 peratus ekuiti HLSB bernilai RM63 juta appeared first on Utusan Malaysia .

ZDATA Technologies Responds To Protests Of AI Datacentre In Johor

ZDATA Technologies Responds To Protests Of AI Datacentre In Johor

ZDATA, the China-based datacentre firm, officially released a statement, addressing the recent protests and claims of pollution generated by the construction of its hyperscale datacentre in the state of Johor. As a quick primer, more than 50 demonstrators protested outside the site for the planned datacentre, located in the Gelang Patah district. The facility is […] The post ZDATA Technologies Responds To Protests Of AI Datacentre In Johor appeared first on Lowyat.NET .

Remaja lelaki mengaku noda rakan perempuan bawah umur

Remaja lelaki mengaku noda rakan perempuan bawah umur

BATU GAJAH – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khas Kanak-kanak atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun, Disember tahun lalu. Tertuduh berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin. Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa merogol mangsa di Taman Tuntung, ... Read more The post Remaja lelaki mengaku noda rakan perempuan bawah umur appeared first on Kosmo Digital .

KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum persekolahan baharu secara berperingkat bermula tahun hadapan bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal dinamik dan memenuhi keperluan masa hadapan.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, fasa pengenalan kurikulum baharu itu melibatkan murid Tahun dan Tingkatan Satu pada 2027 sebelum diperluas kepada Tahun dan Tingkatan Dua pada 2028."Sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu."Semakan kurikulum akan diadakan jika ada keperluan. Maka untuk subjek atau mata pelajaran tertentu, semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.Kah Woh berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai formula kementerian dalam melaksanakan semakan kurikulum serta tempoh masa penggunaan sesebuah buku teks sekolah.Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Kah Woh berkata, kementerian telah mengintegrasikan elemen pendidikan kenegaraan dan politik dalam mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik bagi memberi pendedahan awal konsep demokrasi.Beliau berkata, pengukuhan literasi politik turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Akademi Pilihan Raya (APR) bagi memberi pengalaman pembelajaran autentik kepada murid mengenai proses pengundian dan tanggungjawab sebagai pemilih.Selain itu, Kah Woh berkata, bermula tahun ini, KPM turut melaksanakan Program Pembentukan Karakter Generasi Madani yang menumpukan empat komponen utama termasuk pengukuhan nilai patriotisme dan pembinaan jati diri positif dalam kalangan murid.Mohd Sany ingin tahu dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi pendidikan kenegaraan dan politik pada peringkat sekolah menengah sebagai pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep politik sebenar sebelum dipengaruhi dengan idea politik kepartian. - Bernama

[VIDEO] KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun

Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun

PANTAI REMIS – Manjung menjadi daerah pertama di Perak bagi pelaksanaan projek perintis yang membenarkan pajakan sehingga 30 tahun bagi pelantar ikan di atas tanah rizab kerajaan. Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Wong May Ing; ADUN Pengkalan Baharu, Azman Noh dan ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yong dalam satu sidang ... Read more The post Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun appeared first on Kosmo Digital .