Lelaki Singapura buang puntung rokok tempat awam didenda RM1,500

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Singapura didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuang puntung rokok di tempat awam. Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu kepada Mohamed Nuh Qursaini Kayat, 25, selaku orang kena saman (OKS) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. OKS juga ditetapkan untuk menjalani perintah ... Read more The post Lelaki Singapura buang puntung rokok tempat awam didenda RM1,500 appeared first on Kosmo Digital .

Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli

KUALA LUMPUR - Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40."Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.Adam Adli berkata, pada masa ini, kira-kira 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas disenaraikan untuk tindakan sekatan berkenaan.Sementara itu, beliau berkata bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.Selain itu, katanya peminjam yang tidak berkemampuan dibenarkan melakukan penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.Adam Adli berkata, setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara. - Bernama

'Tauke' dicekup, 180 ekor murai batu tidak sempat diseludup ke Batam

KLUANG - Cubaan menyeludup 180 ekor burung spesies murai batu dianggarkan bernilai RM800,000 ke Batam, Indonesia, berjaya dipatahkan selepas seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai peraih ditahan di sebuah rumah di Taman Matahari di sini pada Ahad.Operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh sepasukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 2.20 pagi menemui kesemua burung terbabit yang disyaki hidupan liar dilindungi dan tersenarai di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta 716].Menurut beliau, lelaki berusia lingkungan 50-an itu gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen pemilikan sah bagi hidupan liar berkenaan."Sebanyak 180 ekor burung disyaki murai batu telah dirampas selain sitaan satu unit telefon bimbit."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai peraih atau 'tauke' yang akan mengumpul spesies burung berkenaan daripada pemburu haram selepas mendapat tempahan daripada individu di Batam," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, suspek akan menyimpan burung berkenaan sehingga mencapai jumlah yang dikehendaki sebelum menyerahkannya kepada individu lain atau runner untuk diseludup melalui jalan laut ke Batam.Menurut Abdul Kadir, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak dua bulan lalu."Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut, manakala semua barang yang disita dibawa  ke Pejabat Perhilitan Daerah Kluang."Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya,

[VIDEO] Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli