Edar dadah guna tong helium, belon di kelab malam

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur diberkas polis menerusi serbuan di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak, semalam. Operasi bermula pukul 5.30 petang itu dijalankan oleh KL Strike Force susulan maklumat dan risikan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ... Read more The post Edar dadah guna tong helium, belon di kelab malam appeared first on Kosmo Digital .

Ladang babi Tanjung Sepat dijangka kosong pada September

SHAH ALAM: Pengosongan penuh ladang babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat secara berperingkat dijangka selesai pada September tahun ini. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim berkata, proses pengosongan itu kini sedang berjalan dengan tiada permit baharu dikeluarkan sejak tahun lepas. “Pengosongan sepenuhnya berjalan berperingkat hingga suku ketiga tahun ini habis, kita beri masa ... Read more The post Ladang babi Tanjung Sepat dijangka kosong pada September appeared first on Utusan Malaysia .

Vokalis 3 Doors Down meninggal dunia

Vokalis 3 Doors Down meninggal dunia

LOS ANGELES: Vokalis dan pengasas kumpulan 3 Doors Down, Brad Arnold disahkan meninggal dunia Sabtu lepas. Mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan mendedahkan kepada peminat mengenai penyakit kanser buah pinggang yang dihadapinya. Pemergian Brad dirasai keluarga, peminat dan anggota band itu yang baru-baru berkongsi kesedihan mereka di Instagram. “Mendiang adalah suami yang baik, kebaikan ... Read more The post Vokalis 3 Doors Down meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia .

Jangan bina kandang babi di kawasan cetus kegelisahan penduduk

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak pernah menentang aktiviti penternakan babi, namun menegaskan ia tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu ternakan babi tidak harus dilihat daripada sudut perkauman atau agama, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan ... Read more The post Jangan bina kandang babi di kawasan cetus kegelisahan penduduk appeared first on Kosmo Digital .

Penternakan babi tidak wajar dibangunkan di kawasan dibantah penduduk - PM

PUTRAJAYA - Penternakan babi tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat.Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak menghalang ternakan babi, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan keharmonian komuniti."Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi dan tidak melarang orang bukan Islam makan babi. Tetapi kita juga tidak boleh memaksa masyarakat yang tidak menghendakinya untuk menerima ternakan itu di persekitaran tempat tinggal mereka," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini pada Isnin.Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mengulas lanjut Anwar berkata, ternakan babi tidak seharusnya diteruskan di kawasan yang berpotensi mencetuskan kontroversi dan pertikaian awam, sebaliknya perlu mencari lokasi yang tidak menimbulkan masalah kepada komuniti setempat."Kalau di Kuala Lumpur tidak sesuai, maka tidak perlu. Kalau di Selangor sukar, maka sukarlah. Jangan cari masalah kerana isu bau, kesihatan dan najis itu masalah yang nyata."Saya sendiri tidak bersetuju jika ada ternakan babi di sekitar rumah saya di Sungai Long. Bukan kerana saya anti orang Cina makan babi, tetapi kerana masalah bau dan pengurusan najis yang menimbulkan ketidakselesaan," katanya.Tambah beliau, isu ternakan babi sama seperti isu rumah ibadat haram yang perlu diselesaikan melalui ketetapan, peraturan dan undang-undang, bukannya tindakan melulu atau bersifat emosi."Kalau betul haram, janganlah pergi ambil kapak. Kena bagi masa, tapi kalau dibiar setahun pun tak selesai, itu pun masalah. Jadi mesti ada ketetapan dan peraturan dan hukum," katanya.Justeru Anwar menegaskan pendekatan rundingan secara berhemah dan saling menghormati adalah kunci dalam menangani isu sensitif melibatkan kepentingan pelbagai pihak."Jawapannya bukan dengan bengis, bukan mencerca dan bukan menghina. Kita hormati hak orang yang makan babi, dan mereka juga perlu hormati hak kita untuk menjaga kawasan yang sesuai. Dengan cara itu, negara akan kekal aman," ujar beliau.

[VIDEO] Penternakan babi tidak wajar dibangunkan di kawasan dibantah penduduk - PM