Pindaan SOSMA: Kerajaan cadang pengkelasan kesalahan bagi kelayan ikat jamin

Pindaan SOSMA: Kerajaan cadang pengkelasan kesalahan bagi kelayan ikat jamin

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas menerima kelulusan secara dasar daripada Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pindaan itu antara lain mencadangkan pengenalan sistem pengkelasan berdasarkan tahap keseriusan kesalahan bagi menentukan kelayakan ikat jamin.Beliau berkata, bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara antara 20 hingga 30 tahun tidak dicadangkan dibenarkan ikat jamin, namun bagi kesalahan lebih ringan, budi bicara akan diberikan kepada mahkamah atau atas cadangan Timbalan Pendakwa Raya."KDN akan melakukan sesi libat urus, kajian dan perbincangan dengan harapan pindaan itu boleh dibawa ke Dewan ini pada persidangan Julai atau Ogos nanti," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Rakyat pada Isnin.Menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan akan melaksanakan moratorium ketika proses pindaan akta berkenaan, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu tidak dibincangkan.Mengenai isu kewarganegaraan, beliau berkata sejak Disember 2022, KDN berjaya menyelesaikan 52,444 kes permohonan kewarganegaraan, sekali gus mengurangkan baki kes tertunggak kepada 3,738 kes setakat 31 Disember tahun lepas."KDN mengikat diri dengan komitmen selama setahun untuk memaklumkan keputusan permohonan, berbanding sebelum ini yang mengambil masa lima hingga 33 tahun," katanya.Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, polis sedang menunggu laporan teknikal termasuk laporan patologi, balistik dan sisa tembakan berhubung kes tembak mati tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.Pada 24 November tahun lepas, tiga lelaki berumur 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang dan mencederakan seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.Bagaimanapun, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan tersebut dan susulan itu, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.Jabatan Peguam Negara kemudian mengarahkan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.Persidangan bersambung esok. - Bernama

Pindaan SOSMA: Kerajaan cadang pengkelasan kesalahan bagi kelayakan ikat jamin

Reman lelaki tikam ibu disambung seminggu

Reman lelaki tikam ibu disambung seminggu

ALOR SETAR: Polis memperoleh kebenaran untuk menyambung reman lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ibunya yang berlaku di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara, awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 29 tahun kini direman seminggu lagi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 ... Read more The post Reman lelaki tikam ibu disambung seminggu appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Kerja awalan bukan punca projek hospital lewat

PARLIMEN: Kerja awalan bukan punca projek hospital lewat

KUALA LUMPUR: Kerja awalan yang dilaksanakan sebelum bermulanya sesuatu projek pembinaan bukanlah punca kelewatan pelaksanaannya. Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah berkenaan bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih teratur tanpa berdepan risiko kelewatan serta peningkatan kos. Katanya, pendekatan kerja awalan telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebagai ... Read more The post PARLIMEN: Kerja awalan bukan punca projek hospital lewat appeared first on Utusan Malaysia .

Soft authoritarianism coming for Bank Indonesia’s independence

Soft authoritarianism coming for Bank Indonesia’s independence

Peter Conti-Brown, a historian of the Federal Reserve at the Wharton School, recently issued a clear warning: the politicization of monetary institutions poses a serious threat to modern democracies. Such unease is emerging in today’s Indonesia. In a Financial Times interview, Conti-Brown stressed that central banks lose credibility when they are staffed by figures acting […] The post Soft authoritarianism coming for Bank Indonesia’s independence appeared first on Asia Times .

Lelaki ditahan disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh ketika seminar SPM

Lelaki ditahan disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh ketika seminar SPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu."Suspek berusia pertengahan 20-an itu telah ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sri Petaling di sini hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan."Suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

Suami isteri maut motosikal bertembung Hilux

Suami isteri maut motosikal bertembung Hilux

GERIK – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kilometer 96.4 Jalan Kuala Kangsar–Gerik–Pengkalan Hulu di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, penunggang motosikal jenis Yamaha XMAX, Ahmad Mir Hakim Abdul Haziman, 38, dan isterinya, Nurul Alia Razak, 33, masing-masing bekerja di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.Difahamkan terdapat seorang lagi penunggang dan pembonceng motosikal lain yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan tetapi hanya mengalami kecederaan.Rakaman dan gambar kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial, memaparkan keadaan motosikal mangsa serta kenderaan pacuan empat roda terbabit yang mengalami kerosakan teruk.AKAN MENYUSUL

Lelaki buka seluar, berkelakuan tidak senonoh ketika seminar SPM ditahan

Lelaki buka seluar, berkelakuan tidak senonoh ketika seminar SPM ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membuka seluar ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu."Suspek berusia pertengahan 20-an itu telah ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sri Petaling di sini hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan."Suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.Terdahulu beberapa klip video tular di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki dihalau keluar daripada sebuah dewan selepas dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh.Dalam hantaran itu lelaki terbabit dikatakan menanggalkan seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah pelajar perempuan yang mengikuti seminar terbabit.

DBKL lancar portal pusat sehenti, tingkat ketelusan pembangunan bandar

DBKL lancar portal pusat sehenti, tingkat ketelusan pembangunan bandar

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkasakan ketelusan pembangunan bandar melalui pelancaran sistem portal One Stop Centre (OSC). Melalui pusat tersebut, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan pembangunan di kawasan mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, OSC merupakan inisiatif DBKL bagi menjamin ketelusan dan tanggungjawab dalam proses perancangan ... Read more The post DBKL lancar portal pusat sehenti, tingkat ketelusan pembangunan bandar appeared first on Utusan Malaysia .