Lembu laut tersangkut dalam longkang

Lembu laut tersangkut dalam longkang

WASHINGTON: Seekor lembu laut jantan seberat kira-kira 186 kilogram diselamatkan selepas terperangkap dalam longkang di negeri Florida ketika mencari perairan lebih panas. Haiwan laut itu kini sedang menjalani pemulihan di Taman Tema SeaWorld Orlando selepas operasi menyelamat yang melibatkan pelbagai agensi. Beberapa unit penyelamat kebakaran bersama pegawai dari Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, ... Read more The post Lembu laut tersangkut dalam longkang appeared first on Utusan Malaysia .

'Muhyiddin takut dengan pengaruh Hamzah' - Saifuddin

'Muhyiddin takut dengan pengaruh Hamzah' - Saifuddin

SHAH ALAM – Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin takut dengan pengaruh Timbalan Presiden yang semakin kuat dalam parti.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah tersebut memperlihatkan Muhyiddin yang juga Presiden parti sebagai pemimpin yang lemah."Jika benar Muhyiddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak seperti ini."Parti politik yang matang tidak harus dipimpin oleh ketakutan atau ketaksuban untuk mengekalkan kedudukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Selain Hamzah, Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat 16 lagi pemimpin parti itu selepas didapati melanggar Perlembagaan parti.Mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Tujuh lagi melibatkan Ketua Bahagian Bersatu iaitu Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin yang juga Setiausaha Bersatu Sabah (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail; Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Telok Intan) dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah).Selain itu, turut dipecat ialah Nabila Norsahar (Sepanggar); Mohamad Syafiq Abdul Halim (Hulu Langat); Ramlan Meon (Tangga Batu); Yunus Nurdin (Libaran); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru) dan Datuk Mohd Yadzil Yaakub (Jasin).Dalam pada itu, Saifuddin berkata, tindakan pemecatan Ahli Parlimen Larut itu berlaku selepas beberapa jam 16 Ahli Parlimen menggesa Muhyiddin berundur sebagai Presiden dan menyerahkan jawatan kepada Hamzah.Justeru katanya, ia menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar keputusan berkenaan.

Saya sudah jangka akan dipecat  – Zainol Fadzi

Saya sudah jangka akan dipecat – Zainol Fadzi

IPOH: Ahli MPT Bersatu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang dipecat daripada Bersatu hari ini berkata beliau sudah menjangkakan keputusan tersebut. Menurutnya, tindakan itu membuktikan Lembaga Disiplin sudah mempunyai keputusan walaupun memanggil beliau untuk prosiding kelmarin atas dakwaan melanggar peraturan parti. “Kami semua dari Perak tidak hadir ... Read more The post Saya sudah jangka akan dipecat – Zainol Fadzi appeared first on Utusan Malaysia .

Pimpinan Bersatu Perak paling ramai dipecat

Pimpinan Bersatu Perak paling ramai dipecat

IPOH - Sekurang-kurangnya lapan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perak menerima surat pemecatan daripada parti berkenaan sehingga jam 6 petang pada Jumaat.Daripada 17 pemimpin yang disenarai telah dipecat itu menyaksikan pimpinan dari Perak paling ramai setakat ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu.Empat wakil rakyat terdiri daripada tiga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara yang menerima surat pemecatan tersebut bersama empat lagi ketua Bersatu bahagian.Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan ADUN Sungai Manik, merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop.Sementara itu Zainol Fadzi yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai pemecatan beliau bersama pimpinan Bersatu dari Perak yang lain.Menurutnya, berdasarkan penjelasan di dalam surat yang dihantar pada Jumaat memaklumkan alasan pemecatan keahlian tersebut kerana tindakan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembangaan Bersatu.Beliau turut mengakui kesemua pemimpin Bersatu dari Perak itu tidak menghadiri sesi pendengaran ditetapkan Lembaga Disiplin parti."Kami semua dari Perak tidak hadir panggilan Lembaga Disiplin semalam kerana kita dah jangka keputusan telah ada."Lembaga Displin buat syarat sahaja," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak," katanya.Terdahulu media melaporkan selain lapan pemimpin dari Perak terdapat enam lagi yang turut dipecat termasuklah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.