Op Bugil: Sindiket jenayah terancang 'online sextortion' tumpas

Op Bugil: Sindiket jenayah terancang 'online sextortion' tumpas

KUALA LUMPUR - Sindiket jenayah terancang yang terlibat dengan kegiatan pemerasan seksual secara dalam talian atau ‘online sextortion' berjaya ditumpaskan dalam Op Bugil, pada 15 Januari lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor."Sindiket tersebut diketuai seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan dianggotai seramai 11 individu berumur antara 18 hingga 37 tahun."Sindiket ini mula aktif sejak tahun 2024 dan berdasarkan laporan polis yang diterima di seluruh negara, kerugian mangsa dianggarkan melebihi RM3 juta," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Selasa.Mohd Khalid berkata, modus operandi sindiket adalah dengan mencipta akaun media sosial palsu dan menyamar sebagai wanita menarik bagi memperdaya mangsa supaya melakukan panggilan video lucah."Dalam masa yang sama mangsa turut dihantar pautan phishing bagi tujuan menggodam data telefon bimbit mereka," katanya.Beliau berkata, rakaman video lucah mangsa kemudiannya digunakan sebagai bahan ugutan untuk memeras wang secara berperingkat."Mangsa yang berada dalam keadaan takut dan tertekan akan memindahkan wang ke akaun sindiket sebagaimana diarahkan," katanya.Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, sindiket berkenaan turut terlibat dalam aktiviti eksploitasi dan pemerdagangan orang dengan merekrut pekerja tempatan termasuk individu bawah umur melalui tawaran gaji antara RM2,200 hingga RM4,000 sebulan."Selepas dilatih, mangsa ditawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji sehingga mencecah AS$2,500."Mangsa dipaksa bekerja sehingga 12 jam sehari, dikawal pergerakan, dirampas dokumen pengenalan serta didera secara fizikal dan seksual sekiranya enggan menurut arahan," katanya.Tambah beliau, mangsa juga diugut dengan bayaran RM30,000 sekiranya ingin berhenti kerja dan kebanyakan mereka enggan membuat laporan polis kerana takut dengan ugutan sindiket.Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid berkata, enam suspek berumur antara 18 hingga 33 tahun telah ditahan dalam operasi bersepadu pada 15 Januari lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)."Semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pemerdagangan orang dan kanak-kanak, memiliki serta menghasilkan pornografi kanak-kanak, rompakan berkumpulan dan bersenjata, khianat dengan membinasakan kabel, mencuri, merusuh serta aktiviti pengedaran dadah," katanya.Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara pada 5 Februari lalu dan pihak pendakwaan bersetuju menuduh semua suspek di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan."Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis ini," katanya.

Tiada kompromi pegawai JAS terlibat rasuah

Tiada kompromi pegawai JAS terlibat rasuah

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kementerian berpegang kepada prinsip integriti, tadbir urus yang baik serta ... Read more The post Tiada kompromi pegawai JAS terlibat rasuah appeared first on Utusan Malaysia .

Sindiket pecah rumah aktif Johor, ketua 22 tahun diberkas

Sindiket pecah rumah aktif Johor, ketua 22 tahun diberkas

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah dan premis perniagaan yang aktif di Johor selepas menahan dua lelaki pada 24 Januari lalu, membabitkan kerugian melebihi RM1 juta. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya melancarkan Op Shutter dan berjaya menahan dua suspek masing-masing berusia 22 dan ... Read more The post Sindiket pecah rumah aktif Johor, ketua 22 tahun diberkas appeared first on Kosmo Digital .

‘Mahalnya baju raya perempuan, bukan puasa penuh pun’

‘Mahalnya baju raya perempuan, bukan puasa penuh pun’

PETALING JAYA – “Mahalnya baju raya perempuan”. Itu kenyataan seorang lelaki yang mempertikaikan harga baju raya wanita yang disifatkan tinggi dijual di pasaran. Lebih berani, individu berkenaan turut ‘berani mati’ mempersoalkan harganya tidak sepadan sedangkan wanita tidak ‘berpuasa penuh’ di bulan Ramadan. “Bukannya puasa penuh pun,” tambahnya di media sosial menerusi profil @Farismhdzr. Walaupun hantarannya ... Read more The post ‘Mahalnya baju raya perempuan, bukan puasa penuh pun’ appeared first on Kosmo Digital .