Pemuda dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

PEKAN - Seorang pemuda berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran sangkar ikan patin di Kampung Tebat Paloh Hinai di sini pada Isnin.Mangsa, Mohamad Yusof Abdullah, yang bekerja sendiri hilang dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang nelayan yang berada di lokasi kejadian."Hasil temu bual bersama keluarga mengesahkan mangsa mempunyai sejarah sawan."Dia dipercayai diserang sawan ketika berada di tebing sungai sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras," katanya pada Selasa.Beliau berkata, susulan kejadian itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) diaktifkan pada jam 4 petang di kawasan Pam Pasir Kampung Tebat bagi menyelaraskan misi pencarian.Jelasnya, operasi itu melibatkan 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan dua buah bot."Pasukan penyelamat menjalankan pencarian awal merangkumi kawasan mangsa terjatuh, tebing sungai dan sekitar sangkar ikan."Namun mangsa masih belum ditemui dan pencarian akan disambung hari ini dengan radius sehingga 2 kilometer dari lokasi terakhir dilihat," jelasnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hisham Mohd Yusoff di talian 013-9390079 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

KPK Galak Pekebun Fokus Penghasilan Lada Premium – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan kementerian sentiasa prihatin terhadap cabaran dihadapi oleh para pekebun kecil lada, terutama kenaikan kos input pertanian yang menjejaskan pendapatan dan daya saing dalam pasaran. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata rentetan itu KPK melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah melaksanakan beberapa inisiatif [...]

PARLIMEN: Malaysia bantah dua undang-undang baharu maritim Filipina

KUALA LUMPUR: Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap dua undang-undang maritim iaitu Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina kerana melibatkan zon serta fitur maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara selaras prinsip undang-undang antarabangsa termasuk ... Read more The post PARLIMEN: Malaysia bantah dua undang-undang baharu maritim Filipina appeared first on Utusan Malaysia .

Rasuah RM3 juta: Isa Samad dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad disabitkan bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian hotel di Sarawak oleh Mahkamah Persekutuan. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Nordin Hassan yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Lee Swee Seng dan Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan ... Read more The post Rasuah RM3 juta: Isa Samad dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta appeared first on Utusan Malaysia .

Kalau kerap sangat tunjuk, mana mahalnya? – Zehra Zambri

KUALA LUMPUR: Zehra Zambri, 38, mengakui dia bukan penyanyi yang gemar mengikut trend dengan menghasilkan video tarian atau melakukan siaran langsung dalam TikTok. Kata Zehra yang juga anak jati Kuala Lumpur, perkara itu disebabkan oleh sikapnya yang sejak dulu, pemalu. “Anda tidak akan jumpa video saya menari saja-saja melainkan komitmen kerja di pentas. “Sebab itulah ... Read more The post Kalau kerap sangat tunjuk, mana mahalnya? – Zehra Zambri appeared first on Utusan Malaysia .