Berbuka puasa di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City boleh menang hadiah penginapan eksklusif bertuah

Berbuka puasa di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City boleh menang hadiah penginapan eksklusif bertuah

SHAH ALAM – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City tampil dengan kelainan berbeza dalam mempromosikan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjungnya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui setiap perbelanjaan yang layak, tetamu berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menampilkan hadiah penginapan eksklusif. Bagi mereka yang membuat tempahan ... Read more The post Berbuka puasa di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City boleh menang hadiah penginapan eksklusif bertuah appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan Madani terus pastikan setiap negeri diberi perhatian sewajarnya - Anwar

Kerajaan Madani terus pastikan setiap negeri diberi perhatian sewajarnya - Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberi perhatian sewajarnya melalui dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat.Beliau berkata demikian susulan kunjungan hormat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di pejabat beliau, semalam.Anwar berkata, antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu ialah usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam mempergiat ikhtiar membantu rakyat Kelantan."Penekanan diberikan kepada peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang."Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan lebih terjamin untuk semua," kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dalam majlis minum petang di Seri Perdana, petang semalam.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata. pertemuan itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi silaturahim yang telah lama terjalin, selain menjadi platform bertukar pandangan mengenai hala tuju pembangunan Pulau Pinang.Beliau berkata. perbincangan turut memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta potensi negeri itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - Bernama

Dari Rusia ke tanah air, kumpulan Yarmuk lancar Thariq

Dari Rusia ke tanah air, kumpulan Yarmuk lancar Thariq

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock berat yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Yarmuk, membuktikan bahawa kualiti muzik rock tempatan mampu menembusi sempadan dunia. Selepas melakar kejayaan luar biasa menerusi mini album Perjuangan Yarmuk yang mendapat sambutan hangat di Russia dan Turkiye, kumpulan asal Johor ini secara rasminya melancarkan album penuh kedua mereka berjudul Thariq. Yarmuk ... Read more The post Dari Rusia ke tanah air, kumpulan Yarmuk lancar Thariq appeared first on Utusan Malaysia .

Bayern tamat penantian enam tahun

Bayern tamat penantian enam tahun

MUNICH – Sentuhan tajam Harry Kane sekali lagi menjadi pemisah apabila Bayern Munich menewaskan RB Leipzig 2-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Jerman buat kali pertama sejak 2020. Bayern yang sebelum ini bergelut melepasi suku akhir akhirnya menamatkan penantian tersebut hasil dua gol dalam tempoh tiga minit pada babak kedua yang mematahkan tentangan sengit ... Read more The post Bayern tamat penantian enam tahun appeared first on Kosmo Digital .

China’s SDV sub exporting gray-zone warfare to the Gulf

China’s SDV sub exporting gray-zone warfare to the Gulf

China’s low-key rollout of an underwater commando craft in Saudi Arabia highlights how it is linking special operations warfare with a global arms-sales push. This month, the South China Morning Post (SCMP) reported that China’s state-owned shipbuilder China State Shipbuilding Corporation (CSSC) unveiled a rare overseas glimpse of a secretive underwater combat vehicle at a […] The post China’s SDV sub exporting gray-zone warfare to the Gulf appeared first on Asia Times .

Pemerkasaan Digital Seiring Pemeliharaan Adat Negeri Sembilan – Mohd Faizal

Pemerkasaan Digital Seiring Pemeliharaan Adat Negeri Sembilan – Mohd Faizal

SEREMBAN, 13 Feb – Kerajaan Negeri Negeri Sembilan terus komited memperkasa agenda digital dan teknologi tanpa mengetepikan pemeliharaan Adat Perpatih sebagai teras jati diri rakyat negeri itu. Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli, berkata usaha mengimbangi kemajuan teknologi dengan pemeliharaan adat bukan sekadar dasar, sebaliknya satu keperluan strategik bagi memastikan negeri ini kekal relevan [...]