Proses cerai Beego, Linda Hashim dilanjutkan 9 April ini

Proses cerai Beego, Linda Hashim dilanjutkan 9 April ini

KUALA LUMPUR: Kes perceraian pasangan Beego dan Linda Hashim memasuki fasa baharu apabila mahkamah menetapkan 9 April ini sebagai tarikh perbicaraan bagi pengesahan lafaz taklik yang difailkan Linda. Peguam Syarie Muhamad Akmal Amzan memaklumkan perkara itu selepas prosiding mahkamah berhubung perceraian pasangan itu petang tadi. “Hari ini berlaku lantikan peguam bagi kes saman lafaz taklik ... Read more The post Proses cerai Beego, Linda Hashim dilanjutkan 9 April ini appeared first on Utusan Malaysia .

ABIM cadang langkah penyelesaian, elak penguatkuasaan terpilih

ABIM cadang langkah penyelesaian, elak penguatkuasaan terpilih

SHAH ALAM - Beberapa langkah dicadangkan bagi memastikan penyelesaian isu rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah dapat dilaksanakan secara harmoni selaras dengan prinsip negara hukum.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya menyambut baik pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara hukum dan semua pihak wajib menghormati undang-undang termasuk dalam isu rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.Menurutnya, ABIM berpandangan ketegasan tersebut penting bagi memulihkan disiplin pentadbiran, mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi serta menutup ruang manipulasi sentimen kaum dan agama yang semakin membimbangkan."Bagaimanapun, sebarang tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mestilah dilaksanakan secara adil, konsisten, berintegriti dan berhemah tanpa penguatkuasaan terpilih yang boleh mencetuskan ketegangan baharu."Justeru, ABIM mengusulkan beberapa langkah bagi memastikan penyelesaian yang sah serta harmoni, antaranya penguatkuasaan tegas terhadap binaan baharu yang jelas melanggar undang-undang dan dilaksanakan secara berperingkat serta berhemah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Selain itu, ABIM turut mencadangkan pemutihan bersyarat bagi rumah ibadat lama yang terbina akibat kecuaian sistem, termasuk pendaftaran rasmi, pematuhan aspek keselamatan serta penyelesaian status tanah melalui proses yang telus dan sah.Tambahnya, cadangan lain termasuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Ibadat di setiap negeri yang melibatkan PBT, pejabat tanah, agensi agama negeri serta wakil badan agama bukan Islam yang sah bagi memantau dan menyelesaikan isu sebelum ia menjadi krisis."Selain itu, keperluan rizab rumah ibadat pelbagai agama juga perlu diambil kira dalam pembangunan baharu supaya isu sama tidak berulang dan keharmonian masyarakat majmuk terus terpelihara," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata, ABIM menyeru semua pihak supaya menghentikan ucapan kebencian, penghinaan perkauman serta provokasi agama yang hanya meninggalkan parut mendalam dalam masyarakat.Jelasnya, isu pematuhan undang-undang tidak wajar dijadikan medan untuk mengaibkan mana-mana komuniti."ABIM percaya Malaysia kekal kuat kerana kepelbagaian yang diurus secara adil, berperaturan dan beradab, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta semangat perpaduan nasional," katanya.

Tahun Baharu Cina: PLUS sedia hadapi lonjakan trafik, jangka 2.2 juta kenderaan

Tahun Baharu Cina: PLUS sedia hadapi lonjakan trafik, jangka 2.2 juta kenderaan

TAPAH: Peningkatan lonjakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka bermula seawal 12 Februari ini sempena cuti sekolah, sambutan Tahun Baharu Cina (17 dan 18 Februari) serta awal Ramadan pada 19 Februari. Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd. Yusuf Abdul Aziz berkata, kelancaran trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang disusuli dengan awal ... Read more The post Tahun Baharu Cina: PLUS sedia hadapi lonjakan trafik, jangka 2.2 juta kenderaan appeared first on Utusan Malaysia .

Lesen Motosikal B2 Percuma Untuk Belia & B40: Inisiatif DUN Parit Yaani 2026

Lesen Motosikal B2 Percuma Untuk Belia & B40: Inisiatif DUN Parit Yaani 2026

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Dalam usaha membantu golongan muda dan B40 meningkatkan kebolehgerakan serta peluang pekerjaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri melancarkan Program Lesen Motosikal B2 Percuma DUN Parit Yaani 2026. Program khas ini dibuka kepada warga Parit Yaani khususnya belia, pelajar dan golongan B40 yang belum mempunyai lesen memandu. Ia merupakan inisiatif tanggungjawab [...]

Pemotong rumput maut, dilanggar pemandu lalok dadah

Pemotong rumput maut, dilanggar pemandu lalok dadah

KOTA TINGGI – Seorang pemotong rumput hilang nyawa selepas terlibat kemalangan membabitkan motosikal ditunggang dengan sebuah lori yang dipandu lelaki positif dadah di Kilometer 34.5 Jalan Kota Tinggi-Kulai pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan mangsa, Mohd Yasin Abdul Hashim, 27, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut ... Read more The post Pemotong rumput maut, dilanggar pemandu lalok dadah appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Pelantikan Naib Canselor ikut proses, bukan kuasa mutlak menteri

PARLIMEN: Pelantikan Naib Canselor ikut proses, bukan kuasa mutlak menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan, beliau tidak pernah menggunakan kuasa menteri untuk melantik Naib Canselor sepanjang menerajui Kementerian itu walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memperuntukkan kuasa berkenaan. Beliau berkata, kuasa itu tidak pernah digunakan untuk melantik calon ‘pilihan’ menteri kerana pelantikan Naib Canselor perlu melalui proses ... Read more The post PARLIMEN: Pelantikan Naib Canselor ikut proses, bukan kuasa mutlak menteri appeared first on Utusan Malaysia .