Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan kes rasuah 3 juta

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan kes rasuah 3 juta

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha politik (SETPOL) kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta.Perintah tahanan reman yang bermula Khamis itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Terdahulu pasangan suami isteri itu ditahan jam 2 petang Rabu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.Difahamkan SETPOL yang bergelar datuk dan isterinya disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.Perbuatan itu dikatakan berlaku bagi tempoh Februari hingga November 2021.Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Rais Yatim cadang pertemuan empat mata Muhyiddin-Hamzah

Rais Yatim cadang pertemuan empat mata Muhyiddin-Hamzah

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya boleh diselesaikan melalui pertemuan empat mata antara Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pengerusi Jawatankuasa Pengukuhan dan Penyatuan Bersatu, Tan Sri Rais Yatim berkata, sebarang permasalahan boleh diselesaikan jika kedua-dua pemimpin itu berlapang dada memilih jalan perundingan. Katanya, pertelagahan dua ... Read more The post Rais Yatim cadang pertemuan empat mata Muhyiddin-Hamzah appeared first on Utusan Malaysia .

Tak sempat hantar babi ke Pulau Pinang

Tak sempat hantar babi ke Pulau Pinang

BUKIT KAYU HITAM – Dua lelaki tidak sempat menghantar 40 karkas babi yang disyaki diseludup dari Thailand ke Pulau Pinang apabila mereka ditahan dalam Op Taring Chiller di Jalan Ulu Pauh, Chuping dekat Padang Besar, Perlis kelmarin. Operasi khas itu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Risik Batalion 1 Briged Utara Pasukan Gerakan Am ... Read more The post Tak sempat hantar babi ke Pulau Pinang appeared first on Kosmo Digital .