Dua suspek ragut rantai bersenjata parang diburu polis

Dua suspek ragut rantai bersenjata parang diburu polis

NILAI – Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin.Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek dilihat masuk ke dalam premis dengan memakai topi keledar sebelum meragut rantai leher seorang wanita dan menyerang seorang lagi wanita.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.49 petang."Hasil siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.10 petang itu melibatkan dua lelaki yang disyaki warga tempatan."Suspek datang ke premis dengan memakai topi keledar dan bersenjatakan parang, sebelum bertindak mengugut serta meragut rantai emas milik mangsa dan melarikan diri menggunakan sebuah motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai atau mana-mana balai polis berhampiran."Kerjasama orang awam amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara," katanya.

Saifuddin hadir perjumpaan Lembaga Rayuan Bersatu

Saifuddin hadir perjumpaan Lembaga Rayuan Bersatu

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan telah menghadiri sesi perjumpaan dengan Lembaga Rayuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membincangkan rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu.Saifuddin berkata, pertemuan yang berlangsung selama 85 minit itu dipengerusikan oleh Tan Sri Azhar Harun bersama empat anggota Lembaga Rayuan.Ujarnya, dalam sesi tersebut, beliau diberikan ruang untuk menerangkan perkara yang berlaku semasa sesi perjumpaan bersama Lembaga Disiplin pada 6 Disember tahun lalu."Dalam hal ini, saya turut membentangkan hujahan berdasarkan surat setebal 12 halaman yang telah saya kemukakan kepada Lembaga Rayuan pada 16 Januari."Saya menjelaskan bahawa dalam sesi dengan Lembaga Disiplin tersebut, saya telah mengemukakan tiga tuntutan berkaitan prinsip keadilan semula jadi."Saya memohon satu tarikh baharu bagi sesi perjumpaan Lembaga Disiplin yang mematuhi prinsip tersebut," katanya kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan bahawa Bersatu memecat Saifuddin, berkuat kuasa pada 6 Januari.Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid, yang menjelaskan pemecatan tersebut susulan pelanggaran Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh ahli Majlis Pimpinan Tertingginya itu.Menurut Saifuddin, bagaimanapun beliau tidak pernah dipanggil untuk menghadiri sesi perjumpaan Lembaga Disiplin yang baharu sebelum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatan."Pada 6 Januari, saya menerima pemberitahuan daripada Lembaga Disiplin bahawa keputusan telah dibuat untuk memecat saya."Dalam perjumpaan hari ini, Lembaga Rayuan memberi tumpuan khusus kepada aspek prosedur yang telah digunakan oleh Lembaga Disiplin terhadap saya."Selain itu, saya turut menyerahkan kepada Lembaga Rayuan, sebuah warkah terbuka setebal 40 halaman bertajuk ‘Muhyiddin Hilang Arah, Wajar Berundur’," ujarnya.

Liga Fantasi: Arsenal, Man. United dijangka ‘mengamuk’

Liga Fantasi: Arsenal, Man. United dijangka ‘mengamuk’

AKSI perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit terutama perebutan kedudukan kelompok lima terbaik liga setakat ini.  Tekanan semakin dirasai setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) menjelang aksi minggu ke-26 awal pagi esok. Para pengurus FPL perlu merencanakan percaturan terbaik terutama tanpa menolak banyak mata minggu ini selepas tanpa perlawanan berganda. Tumpuan bagi saingan minggu ... Read more The post Liga Fantasi: Arsenal, Man. United dijangka ‘mengamuk’ appeared first on Kosmo Digital .

Mohd. Isa tinggalkan mahkamah ke penjara Sungai Buloh

Mohd. Isa tinggalkan mahkamah ke penjara Sungai Buloh

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meninggalkan Istana Kehakiman di sini bagi menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh. Mohd. Isa, 77, yang kelihatan tenang meninggalkan mahkamah pukul 3.25 petang dengan menaiki kenderaan polis selain diiringi beberapa anggota. Sebelum itu, isteri bekas pemimpin veteran UMNO itu, Puan Sri Bibi Sharliza ... Read more The post Mohd. Isa tinggalkan mahkamah ke penjara Sungai Buloh appeared first on Kosmo Digital .

‘Karier politik saya belum berakhir’

‘Karier politik saya belum berakhir’

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan karier politiknya masih belum berakhir sebaliknya masih bergiat aktif sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Bera. Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan berhubung masa depan politiknya akan dibuat apabila tiba masanya kelak. “Saya masih aktif sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian. Tetapi saya sedar ... Read more The post ‘Karier politik saya belum berakhir’ appeared first on Utusan Malaysia .

Sara 2.0 dinilai berdasarkan realiti hidup rakyat, bukan angka politik – Chang Lih Kang

Sara 2.0 dinilai berdasarkan realiti hidup rakyat, bukan angka politik – Chang Lih Kang

PETALING JAYA – Kerajaan menegaskan bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) tidak wajar dinilai dari sudut angka semata-mata, sebaliknya perlu dilihat berdasarkan realiti kehidupan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang dalam satu hantaran di laman TikTok berkata, meskipun ada pihak menganggap bantuan RM100 sebagai kecil dari sudut ... Read more The post Sara 2.0 dinilai berdasarkan realiti hidup rakyat, bukan angka politik – Chang Lih Kang appeared first on Kosmo Digital .