Tibi: 2,571 kes, 10 kluster baharu direkod setakat 7 Februari lalu

Tibi: 2,571 kes, 10 kluster baharu direkod setakat 7 Februari lalu

PETALING JAYA: Sebanyak 2,571 kes jangkitan tuberkulosis (tibi) dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 7 Februari 2026, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 229 kes atau 9.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 2,342 kes, sekali gus mencerminkan trend peningkatan kes penyakit berjangkit tersebut pada awal tahun ... Read more The post Tibi: 2,571 kes, 10 kluster baharu direkod setakat 7 Februari lalu appeared first on Utusan Malaysia .

TERAJU perkenal empat program, pacu penskalaan syarikat bumiputera

TERAJU perkenal empat program, pacu penskalaan syarikat bumiputera

PETALING JAYA: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperkenalkan empat program baharu bagi memacu penciptaan nilai dan mempercepat penskalaan syarikat bumiputera berpotensi, selaras dengan hala tuju PuTERA35 dan agenda Ekonomi Madani. Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Junady Nawawi, empat program baharu, Ascend, Enhance, XCelerate dan Dana Pengambilalihan Strategik Bumiputera (BSAF) akan berfungsi sebagai pemudahcaraan berstruktur bersama rakan ... Read more The post TERAJU perkenal empat program, pacu penskalaan syarikat bumiputera appeared first on Utusan Malaysia .

Nafas lancar Pelan Reformasi 2.0, bangkit kukuh

Nafas lancar Pelan Reformasi 2.0, bangkit kukuh

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melancarkan Pelan Reformasi Nafas 2026-2030 (Nafas 2.0) sebagai langkah strategik memperkukuh tatakelola, hala tuju perniagaan serta kelestarian institusi itu demi kepentingan ratusan ribu warga peladang di seluruh negara. Pelan bertemakan Transformasi, Pemerkasaan dan Berdaya Saing itu menjadi kerangka utama penstrukturan semula Nafas, merangkumi pembaharuan pengurusan, pengukuhan integriti dan ... Read more The post Nafas lancar Pelan Reformasi 2.0, bangkit kukuh appeared first on Kosmo Digital .

Curi bateri kereta, polis tahan lelaki Indonesia

Curi bateri kereta, polis tahan lelaki Indonesia

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki Indonesia yang dilaporkan aktif mencuri bateri kereta sekitar Dato Senu, Sentul dekat sini, Jumaat lalu.  Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD ... Read more The post Curi bateri kereta, polis tahan lelaki Indonesia appeared first on Utusan Malaysia .

LIHAS 2026 sasar RM100 juta nilai padanan perniagaan

LIHAS 2026 sasar RM100 juta nilai padanan perniagaan

PUTRAJAYA - Langkawi International Halal Showcase 2026 (LIHAS 2026) menyasarkan nilai padanan perniagaan sebanyak RM100 juta pada penganjuran yang akan berlangsung November depan.Ketua Pegawai Operasi Sekretariat LIHAS Sdn Bhd (LIHAS), Shazzwan Shawaluddin berkata, sasaran tersebut ditetapkan sebagai langkah berhati-hati memandangkan edisi kali ini merupakan penganjuran sulung di Langkawi."Disebabkan ini adalah debut ataupun yang pertama, jadi kami mengambil langkah yang lebih tenang ataupun selamat dengan jangkakan lebih kurang dalam RM100 juta," katanya ketika ditemui pada pra pelancaran LIHAS di sini pada Rabu.Ujar beliau, LIHAS yang berkonsep 'business meets nature' menggabungkan elemen perniagaan dan pelancongan dalam satu platform halal antarabangsa."Penganjuran LIHAS di Langkawi untuk mempromosikan negara daripada sektor pelancongan dan halal pada masa yang sama."Kita juga bekerjasama dengan pihak industri perhotelan bagi memperkukuh padanan antara halal dan pelancongan," katanya.Menurut Shazzwan, setakat beberapa negara telah menyatakan minat untuk menyertai LIHAS termasuk Afrika Selatan, Korea Selatan dan China dengan fokus utama diberikan kepada penyertaan negara ASEAN."Penganjuran LIHAS di Langkawi akan diteruskan pada tahun-tahun yang tidak melibatkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) bagi mengelakkan pertindihan acara," katanya.LIHAS yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri berlangsung selama tiga hari bermula 5 November dijangka menghimpunkan kira-kira 800 peserta.Selain itu ia bakal menampilkan pelbagai pengisian termasuk sesi padanan perniagaan yang dimulakan lebih awal sebelum acara berlangsung, misi perdagangan, demonstrasi masakan, persidangan serta podcast.Penganjur turut merancang penganjuran kejohanan golf sebagai platform tidak formal bagi memperkukuh jaringan perniagaan dalam kalangan pemain industri.