Indeks volum perkhidmatan berkembang 6.5% pada suku keempat 2025

Indeks volum perkhidmatan berkembang 6.5% pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Indeks volum perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.5 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2025 kepada 167.7 mata, didorong oleh peningkatan aktiviti merentasi semua segmen perkhidmatan, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut dipacu terutamanya oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan ... Read more The post Indeks volum perkhidmatan berkembang 6.5% pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Hasil sektor perkhidmatan RM677.8 bilion pada suku keempat 2025

Hasil sektor perkhidmatan RM677.8 bilion pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Hasil sektor perkhidmatan Malaysia berkembang 8.0 peratus tahun ke tahun kepada RM677.8 bilion pada suku tahun keempat 2025, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan hasil sektor itu sebanyak RM2.6 trilion bagi tahun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut dipacu oleh perkembangan meluas merentasi ... Read more The post Hasil sektor perkhidmatan RM677.8 bilion pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

MSN tunggu 'lampu hijau' Kabinet anjur LTdL 2026

#BHSukan Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka mengambil alih penganjuran LTdL yang berstatus UCI ProSeries ( bermula 2026, menggantikan MSN yang

MSN tunggu 'lampu hijau' Kabinet anjur LTdL 2026 #BHSukan Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka mengambil alih penganjuran LTdL yang berstatus UCI ProSeries ( bermula 2026, menggantikan MSN yang

Mustapha Dekati Masyarakat Menerusi Ziarah Kasih Dan Program Pendidikan

Mustapha Dekati Masyarakat Menerusi Ziarah Kasih Dan Program Pendidikan

JEMPOL, 10 Feb – Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Mustapha Nagoor meneruskan komitmen mendekati rakyat apabila berkesempatan menziarahi Abu Koming di Felda Serting Hilir 5 yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan di kawasan perkampungan Felda Serting Hilir Kompleks. Jelasnya, kunjungan Ziarah Kasih tersebut dilakukan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral [...]

Taktik jadi rumah sewa stor simpanan barang terlarang tumpas

Taktik jadi rumah sewa stor simpanan barang terlarang tumpas

KUANTAN: Taktik sindiket jenayah menjadikan kediaman tidak berpenghuni sebagai lokasi penyimpanan dadah dan barang seludup terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang  menumpaskan kegiatan itu menerusi dua serbuan di Mentakab dan Kuantan, baru-baru ini. Dalam operasi berkenaan, JKDM Pahang merampas pelbagai jenis dadah, rokok serta minuman keras dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2.3 ... Read more The post Taktik jadi rumah sewa stor simpanan barang terlarang tumpas appeared first on Utusan Malaysia .

Pusat tahanan kapal milik Maritim Malaysia akan dibina di Pasir Puteh

Pusat tahanan kapal milik Maritim Malaysia akan dibina di Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merancang pembinaan sebuah pusat tahanan kapal (PTV) di Kelantan bagi menampung keperluan operasi penguatkuasaan khususnya melibatkan rampasan kapal asing yang melanggar undang-undang perairan negara.Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pusat tahanan khas itu dicadang dibina di kawasan Sungai Semerak dengan keluasan kira-kira 0.2 hektar bagi menempatkan kapal yang ditahan hasil operasi penguatkuasaan."Ketika ini kami menempatkan kapal yang ditahan di kawasan sama tetapi secara sewaan."Pemilik tanah bersetuju menjual tapak berkenaan kepada kerajaan dan kawasan itu didapati sangat sesuai untuk dijadikan pusat tahanan kapal secara kekal," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Malaysia negeri Kelantan di Ibu Pejabat Maritim Kelantan, Tok Bali, di sini, pada Selasa.Menurut Mohd Rosli, secara purata pusat tahanan berkenaan mampu menempatkan antara enam hingga lapan kapal bersaiz besar malah sehingga 10 kapal bergantung kepada saiz.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Rosli, berkata, Maritim Malaysia turut merancang pembangunan Pejabat Maritim Pengkalan Kubor di atas tanah seluas kira-kira dua hektar bagi memperkukuh kawalan dan kehadiran agensi itu di kawasan sempadan perairan Kelantan.Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua projek iaitu PTV dan Pejabat Maritim Pengkalan Kubor itu masih berada pada peringkat awal yang sudah dipersetujui di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dibawa ke Rolling Plan 2."Sasaran pelaksanaan bermula 2027 tertakluk kepada kelulusan lanjut."Buat masa ini kos yang terlibat hanyalah kos tanah. Anggaran kos tanah bagi projek Pengkalan Kubor sekitar RM4 hingga RM5 juta, manakala tapak pusat tahanan kapal di Tok Bali dianggarkan sekitar RM2 hingga RM3 juta," katanya.Sementara itu, Mohd Rosli memaklumkan bahawa Kompleks Maritim Tok Bali bernilai RM232 juta akan mula dibina tahun ini selepas diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).Beliau berkata, projek yang kini berada di peringkat awal termasuk fasa pra-perolehan itu dijangka mengambil tempoh kira-kira tiga tahun untuk disiapkan, melibatkan setahun proses awal dan dua tahun pembinaan."Kompleks ini merangkumi pembinaan pejabat, jeti sepanjang kira-kira 200 meter, kuarters anggota serta kemudahan lokap dan sokongan operasi lain," katanya.Mengulas prestasi operasi, Mohd Rosli, berkata tahap pematuhan undang-undang maritim negara berada pada tahap baik apabila Maritim Malaysia berjaya mengekalkan kadar tangkapan di bawah tiga peratus selari dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan."Tahun lalu, lebih 250,000 pemeriksaan vesel dijalankan di seluruh negara, namun jumlah tangkapan tidak mencecah 2,000 kes, iaitu kurang daripada dua peratus."Ini menunjukkan tahap pematuhan masyarakat terhadap undang-undang maritim semakin baik," katanya.Dalam perkembangan majlis itu, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi bertukar ke ibu pejabat dan mengalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penyelarasan dan Operasi Maritim.Jawatan Pengarah Maritim Kelantan kini disandang Kepten Maritim Kamal Mohamad yang sebelum ini bertugas di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Dakwaan padang awam diswastakan tidak tepat – Zairil

Dakwaan padang awam diswastakan tidak tepat – Zairil

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri menafikan dakwaan bahawa tanah taman awam di Seri Tanjung Pinang, Tanjong Tokong di sini telah diletakkan di bawah pengurusan sebuah sekolah antarabangsa swasta sehingga menjejaskan akses orang awam. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan berhubung penswastaan padang awam tersebut adalah tidak tepat dan ... Read more The post Dakwaan padang awam diswastakan tidak tepat – Zairil appeared first on Utusan Malaysia .

'Saya simpati...harap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan' - Ahmad Zahid

'Saya simpati...harap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan' - Ahmad Zahid

KUALA NERUS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa simpati terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman penjara terhadap pemimpin itu pada Selasa.Ahmad Zahid berkata, beliau berharap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian tersebut."Saya berharap keluarga beliau tabah dan sabar menghadapi dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan selaras dengan proses perundangan yang sedang berjalan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penggulungan Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026 di sini, pada Selasa.Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula hari sama selepas disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, kira-kira 12 tahun lalu.Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali selepas menerima rayuan pendakwaan untuk mensabitkan semula bekas Naib Presiden UMNO berkenaan.Dalam keputusan itu, pemimpin berusia 77 tahun berkenaan turut dikenakan denda berjumlah RM15.45 juta.Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan adalah enam tahun berbanding hukuman asal 54 tahun penjara.

[VIDEO] 'Saya simpati...harap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan' - Ahmad Zahid