Isu pemilikan saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki

Isu pemilikan saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki

KUALA LUMPUR - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengambil maklum penjelasan yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pengisytiharan pemilikan saham.Pengerusinya, Tan Sri Mohammad Salim Fateh Din berkata, keperluan pengisytiharan harta telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam, sekali gus memenuhi kehendak tatakelola rasmi perkhidmatan awam."Ia selaras dengan kerangka tadbir urus perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa dan melalui saluran rasmi yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohammad Salim turut menegaskan bahawa integriti SPRM sebagai institusi penguatkuasaan tidak boleh dihakimi melalui tohmahan atau naratif mengelirukan yang tidak berasaskan fakta."Apatah lagi apabila ia mengabaikan mekanisme semak dan imbang serta peranan badan pemantau bebas yang diwujudkan oleh undang-undang," katanya.Beliau menambah bahawa LPPR ialah salah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694), dan memainkan peranan menasihati, meneliti serta menilai perjalanan SPRM dari sudut dasar, strategi, tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaannya.Dalam perkembangan berkaitan, Azam sebelum ini menjelaskan bahawa beliau telah melepaskan semua pegangan saham sejak Julai tahun lalu dan telah mengisytiharkannya melalui Sistem HRMIS kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Sebelum itu, laporan Bloomberg mendakwa Azam memiliki 17.7 juta unit saham Velocity, syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia, berdasarkan pemfailan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Nilai saham itu dianggarkan hampir RM800,000 berdasarkan penutupan dagangan Isnin lalu. - Awani

Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah

Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, tersentuh apabila anak sulungnya, Ahamad Ayden Adrean, 9, menghubunginya untuk menemaninya ke sekolah. Jelas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astilla, 32, hatinya luluh kerana ini kali pertama Ayden membuat permintaan ringkas yang menuntut perhatiannya. “Ayden buat panggilan video dan tanya, ‘Mummy, esok buat apa?’. Bila saya beritahu ... Read more The post Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Juruteknik dituduh pecah amanah

Juruteknik dituduh pecah amanah

JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094, lima tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Rizal Sangaiman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu ... Read more The post Juruteknik dituduh pecah amanah appeared first on Utusan Malaysia .

Hantar mesej lucah, bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000

Hantar mesej lucah, bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000

IPOH - Seorang bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita, dua tahun lepas.Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Danian Syed Mustapha Basri, 42, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara lima bulan bagi setiap kesalahan sekiranya gagal membayar denda.Mengikut dua pertuduhan pertama, Syed Danian didakwa menggunakan perkhidmatan Messages telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks yang lucah sifatnya dengan niat untuk mengganggu orang lain di Bemban, Jalan Bemban dekat Batu Gajah, pada 7.45 dan 7.50 pagi, 13 Dis 2024.Pertuduhan ketiga pula, Syed Danian didakwa melakukan kesalahan sama di kawasan Taman Bemban Permai dekat Batu Gajah, pada 3.34 pagi, 14 Dis 2024.Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.Syed Danian yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum dengan alasan dia perlu menanggung tiga anak termasuk seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU).Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab dan Pegawai Pendakwa MCMC Nadzirah Idris bagaimanapun mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kandungan mesej yang dihantar sangat keterlaluan sehingga menjejaskan maruah dan emosi mangsa.Mahkamah menetapkan denda RM10,000 dan penjara lima bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan barang ekshibit iaitu satu telefon bimbit milik tertuduh dilucut hak kepada MCMC untuk tujuan pelupusan. - Bernama

Kunjungan hormat Persatuan Famili Saadi ke atas Tan Sri Badri

Kunjungan hormat Persatuan Famili Saadi ke atas Tan Sri Badri

PERSATUAN Famili Saadi, iaitu persatuan yang mengumpul dan menaungi salasilah kaluarga dan waris Haji Saad baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi RHB Bank, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir. Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Famili Saadi, Ir. Fuad Abas bertujuan  mendapatkan khidmat nasihat dan berbincang mengenai hala tuju dan program yang ... Read more The post Kunjungan hormat Persatuan Famili Saadi ke atas Tan Sri Badri appeared first on Utusan Malaysia .

Penularan kes tibi di sekolah masih terkawal

Penularan kes tibi di sekolah masih terkawal

NIBONG TEBAL : Situasi penularan penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering khususnya di sekolah-sekolah yang mempunyai asrama ketika ini dilaporkan masih terkawal. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bertindak berdasarkan saranan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Kita (KPM) ikut garis panduan yang disediakan oleh KKM dan jika ada ... Read more The post Penularan kes tibi di sekolah masih terkawal appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: 3.96 juta belia sertai program Rakan Muda tahun lalu

PARLIMEN: 3.96 juta belia sertai program Rakan Muda tahun lalu

KUALA LUMPUR: Seramai 3.96 juta daripada 9.66 juta belia di negara ini menyertai program Rakan Muda pada tahun lalu, melepasi sasaran sebanyak 2.42 juta orang. Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kejayaan itu menunjukkan program yang diperkenalkan semula pada 2023, mencapai tahap capaian yang meluas. Beliau berkata, pada tahun ini, Kementerian Belia ... Read more The post PARLIMEN: 3.96 juta belia sertai program Rakan Muda tahun lalu appeared first on Utusan Malaysia .

'Saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh' - Jiran

'Saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh' - Jiran

KAJANG - Seorang jiran mendakwa anak bongsu kepada keluarga yang terlibat dalam kes tiga kanak-kanak dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone, sering bermain dengan anaknya di kaki lima hadapan rumah di sini.Jiran yang enggan dikenali itu berkata, kanak-kanak bongsu mangsa tidak menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan sebelum kejadian."Anak mangsa yang bongsu selalu main dengan anak saya di kaki lima depan rumah."Boleh dikatakan hampir setiap petang dia bermain dengan anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah flat di Sungai Ramal Baru di sini.Menurutnya, dia turut difahamkan bahawa kanak-kanak dalam keluarga berkenaan dikatakan kurang sihat."Setakat yang saya tahu, saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh. Anak-anak mereka pun selalu datang ke sini, jadi kami memang perasan pergerakan harian mereka," katanya.Pada Rabu, media melaporkan, polis menahan ibu bapa tiga kanak-kanak itu bagi membantu siasatan selepas seorang daripada kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berhubung tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan kira-kira jam 9.01 pagi Rabu.Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 11 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Manakala, dua lagi mangsa masing-masing berusia sekitar 10 dan lima tahun menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).Susulan kejadian itu, Shazeli berkata, polis telah menahan ibu dan bapa mangsa berusia lingkungan 35 dan 44 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.