Jual emas palsu boleh didenda sehingga RM25,000 - KPDN

Jual emas palsu boleh didenda sehingga RM25,000 - KPDN

KUALA TERENGGANU – Mana-mana peniaga yang didapati menjual emas atau perak tidak tulen boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata, tindakan itu diambil mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994, Akta Perihal Dagangan 2011.Menurutnya, bagi kesalahan tersebut, pertubuhan perbadanan boleh dikenakan denda sehingga RM25,000, manakala individu pula boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali."Ketulenan emas dan perak merupakan perkara serius kerana ia melibatkan kepentingan serta hak pengguna," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, KPDN Terengganu telah menjalankan pemantauan serta pemeriksaan ketulenan logam berharga di tiga premis menjual barangan kemas di sekitar daerah ini pada Ahad sebagai langkah melindungi pengguna khususnya menjelang musim perayaan.Mohd Mufsi berkata, pemeriksaan berkenaan dijalankan menggunakan peralatan pengujian berteknologi Radas Sinaran X (XRF) bernilai kira-kira RM150,000 yang diperoleh pada 2025 dan dikendalikan oleh pegawai terlatih serta diperakui, termasuk Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Pekerja Sinaran (PS).Katanya, penggunaan teknologi itu membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan lebih tepat, telus dan berintegriti serta akan diperluaskan ke seluruh negeri dari semasa ke semasa."Hasil pemeriksaan mendapati semua unit simpanan stok (SKU) barang kemas emas 916 yang diperiksa menepati piawaian ketulenan seperti yang dilabelkan."Ini menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan peniaga barangan kemas di negeri Terengganu,"katanya.Jelas beliau, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, KPDN Terengganu tidak merekodkan sebarang aduan berkaitan penipuan ketulenan logam berharga di seluruh negeri."KPDN Terengganu akan terus komited memastikan urus niaga barangan kemas di pasaran dilaksanakan secara adil, telus dan mematuhi perundangan sedia ada demi melindungi kepentingan pengguna," katanya.

2,403 lepasan tahfiz Darul Quran lanjut pelajaran di IPTA, IPTS

2,403 lepasan tahfiz Darul Quran lanjut pelajaran di IPTA, IPTS

KUALA LUMPUR – Seramai 2,403 graduan Darul Quran melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang melibatkan peringkat diploma serta ijazah sehingga tahun 2024. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merekodkan bilangan graduan tertinggi ... Read more The post 2,403 lepasan tahfiz Darul Quran lanjut pelajaran di IPTA, IPTS appeared first on Kosmo Digital .

Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta ditipu sindiket phone scam

Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta ditipu sindiket phone scam

KUANTAN – Seorang penolong pengurus wanita mengalami kerugian RM1.313 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 11 Disember lalu apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa sebagai wakil syarikat kurier.Menurutnya, mangsa diberitahu kononnya menerima satu bungkusan mengandungi barangan terlarang sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.Beliau berkata, suspek kedua memperdaya mangsa dengan mendakwa wang simpanannya perlu disiasat bagi mengenal pasti sumber kewangan, sekali gus menyebabkan mangsa berasa takut dan cemas."Mangsa seterusnya diarahkan mengeluarkan wang simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelaburan Public Bank Mutual sebelum memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek."Sebanyak lima transaksi pemindahan wang dilakukan ke akaun berkenaan dalam tempoh 24 Disember 2025 hingga 4 Januari lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.313 juta," katanya.Yahaya berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi suspek apabila nombor telefon yang digunakan telah disekat."Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.Tegasnya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi."Orang awam yang mengesyaki diri mereka menjadi mangsa penipuan dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.

NASIONAL | Kerajaan menegaskan pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi peraturan undang-undang adalah tidak diizinkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan kuasa untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu berkenaan

NASIONAL | Kerajaan menegaskan pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi peraturan undang-undang adalah tidak diizinkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan kuasa untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu berkenaan

NASIONAL | Kerajaan menegaskan pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi peraturan undang-undang adalah tidak diizinkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan kuasa untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu berkenaan

140,000 barang boleh dibeli guna Sara termasuk makanan sejuk beku

140,000 barang boleh dibeli guna Sara termasuk makanan sejuk beku

PUTRAJAYA- Sebanyak 140,000 jenis barangan layak dibeli menggunakan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) Untuk Semua termasuk barangan sejuk beku selepas kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan makanan itu. Kementerian Kewangan berkata, perluasan kategori makanan sejuk beku dalam kategori Sara seterusnya menjadikan sebanyak 15 kategori barangan asas boleh dibeli. “Berdasarkan maklum balas yang diterima, kerajaan bersetuju untuk ... Read more The post 140,000 barang boleh dibeli guna Sara termasuk makanan sejuk beku appeared first on Kosmo Digital .

Ayaneo Reveals Pocket Play Specifications; Features MediaTek Dimensity 9300

Ayaneo Reveals Pocket Play Specifications; Features MediaTek Dimensity 9300

Back in December, Ayaneo revealed that it is launching its first gaming smartphone, the Pocket Play. At the time, the company kept many of the phone’s details under wraps and only chose to show off the device’s distinctive design. Now, the brand has confirmed some of the phone’s specifications, including the screen and chipset. As […] The post Ayaneo Reveals Pocket Play Specifications; Features MediaTek Dimensity 9300 appeared first on Lowyat.NET .

Kategori makanan sejuk beku kini layak di bawah SARA

Kategori makanan sejuk beku kini layak di bawah SARA

PETALING JAYA: Kerajaan menambah kategori makanan sejuk beku ke dalam senarai barangan yang layak di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Langkah itu menjadikan keseluruhan 15 kategori barangan asas kini boleh dibeli menerusi inisiatif berkenaan. Menurut Kementerian Kewangan, penambahan kategori makanan sejuk beku tersebut turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA kepada sebanyak ... Read more The post Kategori makanan sejuk beku kini layak di bawah SARA appeared first on Utusan Malaysia .