[VIDEO] NGO desak SPRM siasat bekas menteri libatkan dana RM1.1 bilion

PUTRAJAYA- Tiga badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas menteri berkaitan perjanjian Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing membabitkan dana sehingga hampir RM1.1 bilion.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, laporan rasmi dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) di ibu pejabat SPRM pada Khamis bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.Menurutnya, laporan itu dibuat susulan aduan serta persoalan yang diterima daripada orang ramai berhubung satu perjanjian kerajaan dengan syarikat luar negara."Cuma saya ingin katakan kami telah menerima banyak aduan dan juga persoalan daripada masyarakat ingin bertanya tentang satu perjanjian Kerajaan Malaysia dengan satu syarikat luar yang membabitkan sehingga hampir RM1.1 bilion yang dilakukan awal tahun lepas," katanya kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut kerana terikat dengan akuan janji kerahsiaan.Syed Hasan menjelaskan, perjanjian tersebut didakwa dimeterai sekitar Mac tahun lalu dan kini menimbulkan tanda tanya berhubung status pelaksanaannya."Persoalan sekarang tidak tahu ke arah mana perjanjian tersebut ataupun projek tersebut."Ia membabitkan seorang bekas menteri. Itu saja yang boleh saya sebut."Saya harap pihak SPRM akan menyiasat sama ada ada salah laku, salah guna kuasa dan juga ia membabitkan seorang bekas pegawai yang berkhidmat dengan syarikat ini pula," katanya.Menurutnya, antara persoalan utama yang dibangkitkan sama ada bayaran telah dibuat sepenuhnya atau sebahagian serta tujuan sebenar pembayaran tersebut.Beliau turut meminta SPRM meneliti aliran wang kerajaan bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku.Beliau turut mendakwa kementerian terlibat merupakan kementerian penting yang mempunyai kepentingan besar kepada negara serta ekonomi.Sehubungan itu, beliau berharap siasatan dapat dijalankan secara telus demi memastikan dana awam diuruskan dengan penuh integriti serta memelihara kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

NGO desak SPRM siasat bekas menteri libatkan dana RM1.1 bilion

Bekas ketua keselamatan dedah Netanyahu dipukul anak sendiri

TEL AVIV –  Anak lelaki Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yair dihantar untuk tinggal di Miami selepas menyerang bapanya secara fizikal, demikian menurut bekas ketua keselamatan peribadi Netanyahu, Ami Dror  seperti laporan laman berita The Cradle dan PressTV. Dalam wawancara bersama akhbar Israel, Maariv pada 7 Februari lalu, Dror berkata, Yair juga menyerang anggota pasukan ... Read more The post Bekas ketua keselamatan dedah Netanyahu dipukul anak sendiri appeared first on Kosmo Digital .

MPH rai kecemerlangan industri buku

MPH rai kecemerlangan industri buku

KUALA LUMPUR – MPH Bookstores meraikan kecemerlangan industri buku menerusi Anugerah Juara Buku melibatkan 10 kategori buku bahasa Melayu dan Inggeris dalam mengiktiraf serta menghargai bakat dan dedikasi penulis serta penerbit. Majlis anugerah itu berlangsung di Aurum Theatre, The Exchange TRX Mall dengan kehadiran 200 tetamu, manakala penyampaian anugerah kepada pemenang adalah daripada pencipta kandungan ... Read more The post MPH rai kecemerlangan industri buku appeared first on Kosmo Digital .

Ada yang tabur garam di kubur Akiko Okumura

PETALING JAYA – Suami kepada Allahyarham Akiko Okumura yang juga usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridz Okumura, meluahkan rasa sedih selepas mendakwa kubur arwah isterinya dikhianati pihak tidak bertanggungjawab. Dalam satu perkongsian di Facebook pagi ini, Ridz berkata beliau dihubungi oleh penjaga kubur yang memaklumkan bahawa kubur ... Read more The post Ada yang tabur garam di kubur Akiko Okumura appeared first on Kosmo Digital .

Tiga NGO lapor SPRM isu perjanjian RM1.1 bilion babit bekas menteri

PUTRAJAYA: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang bekas menteri sebelum ini di sebuah kementerian. Laporan itu dibuat secara bersama oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) ... Read more The post Tiga NGO lapor SPRM isu perjanjian RM1.1 bilion babit bekas menteri appeared first on Utusan Malaysia .

Pilih presiden bukan seperti sembang kedai kopi

PENCALONAN individu yang bakal menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak boleh dibuat bersandarkan sentimen ‘kedai kopi’ kerana memilih calon terbaik adalah menjadi tanggungjawab besar bagi setiap ahli gabungan. Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan The Red Warriors (TRW), Datuk Mohd. Irwan Rizal menjelaskan ahli gabungan mempunyai ‘kuasa mutlak’ untuk membuat pencalonan namun setiap calon harus ada ... Read more The post Pilih presiden bukan seperti sembang kedai kopi appeared first on Kosmo Digital .