Helo tahun baharu, helo Hanya Suri

Helo tahun baharu, helo Hanya Suri

DI kala sedang menjalani rutin harian sambil melayari media sosial yang kononnya ‘sekadar tengok’, saya tiba-tiba berhenti lama pada satu koleksi yang menarik perhatian. Mungkin juga sebab kita bakal melangkah ke tahun baharu dan fasa set semula hidup, maka almari pakaian pun rasa hendak mula dengan cerita baharu. Minggu ini, kita lihat koleksi Monogram Collection ... Read more The post Helo tahun baharu, helo Hanya Suri appeared first on Utusan Malaysia .

Pisah tidur sebab suami berdengkur

Pisah tidur sebab suami berdengkur

PETALING JAYA – Tidak mahu tidur terganggu selain dibebani dengan masalah kecurangan pasangan antara punca ramai suami isteri memilih tidur bera­singan atau sleep divorce. Trend yang sema­kin popular itu turut berpunca daripada masalah dengkur, ke­tagihan permainan video selain mahu tidur berkualiti menjadi faktor memi­lih untuk ‘berpisah’ ketika tidur. Kebiasaannya pasangan memilih sama ada tidur berlainan ... Read more The post Pisah tidur sebab suami berdengkur appeared first on Kosmo Digital .

Fantasi media jadi tragedi remaja

Fantasi media jadi tragedi remaja

NEGARA baru-baru ini digemparkan dengan insiden tragis apabila seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam rakan perempuan berumur 16 tahun. Kes yang memilukan ini membuka tirai kepada persoalan lebih besar, apakah yang sedang berlaku dalam dunia emosi remaja kita?  Kita kini hidup dalam era garis pemisah antara realiti dan dunia digital semakin pudar. Laporan Digital ... Read more The post Fantasi media jadi tragedi remaja appeared first on Utusan Malaysia .

Waktu kerja kerani sekolah perlu dirombak

Waktu kerja kerani sekolah perlu dirombak

CADANGAN menyemak semula waktu kerja kerani sekolah bukan isu baharu, namun semakin mendesak untuk diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).  Realitinya, operasi harian sekolah berbeza sama sekali daripada pejabat kerajaan biasa. Selepas pukul 3 petang, pejabat sekolah bukan lagi ruang sibuk tetapi menjadi sunyi tanpa urusan yang memerlukan ... Read more The post Waktu kerja kerani sekolah perlu dirombak appeared first on Utusan Malaysia .

Atasi kelemahan GST sebelum dilaksanakan

Atasi kelemahan GST sebelum dilaksanakan

PETALING JAYA: Struktur sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu disemak dan dinilai sebelum ia dikembalikan bagi mengelak kelemahan sistem itu berulang. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan di Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, meskipun GST merupakan sistem percukaian terbaik, namun ia perlu diperbetulkan dahulu demi memastikannya tiada pihak mengambil ... Read more The post Atasi kelemahan GST sebelum dilaksanakan appeared first on Utusan Malaysia .

Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan

Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan

PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia menyuarakan hasrat untuk mengekalkan stamina serta tahap kecergasan menjelang saingan musim baharu yang akan bermula pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena 6 Januari ini. Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan, dia dan pasangan, Soh Wooi Yik sudah pun mengikuti proses pemulihan yang sudah termasuk dalam program latihan, ditambah ... Read more The post Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan appeared first on Kosmo Digital .

Rakyat Myanmar tidak yakin pilihan raya Ahad ini berlangsung adil

Rakyat Myanmar tidak yakin pilihan raya Ahad ini berlangsung adil

YANGON: Myanmar bersiap sedia mengadakan pilihan raya pada 28 Disember ini, kali pertama sejak tentera melakukan rampasan kuasa pada 2021. Namun, dengan bekas pemimpin Aung San Suu Kyi dipenjarakan, parti politik utama dibubarkan dan kira-kira satu per tiga negara berada di kawasan konflik atau dikuasai pemberontak, ramai meragui janji junta mengenai pilihan raya akan ‘bebas ... Read more The post Rakyat Myanmar tidak yakin pilihan raya Ahad ini berlangsung adil appeared first on Utusan Malaysia .

Penceramah wajib jaga tertib kalamullah

Penceramah wajib jaga tertib kalamullah

CERAMAH dan kuliah agama di masjid sering diselitkan ayat al-Quran dan hadis untuk memperkukuh hujah dan memberi sokongan ilmiah. Fenomena ini positif kerana menunjukkan al-Quran tetap menjadi rujukan utama dalam dakwah. Namun, persoalan penting timbul berkaitan cara bacaan dan sebutan ayat suci tersebut sama ada perlu dibaca mengikut tajwid dan makhraj tepat atau boleh diucapkan ... Read more The post Penceramah wajib jaga tertib kalamullah appeared first on Utusan Malaysia .

‘Ingatlah kawan yang tengah susah’

‘Ingatlah kawan yang tengah susah’

PARA penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diharap agar tidak menarik ‘brek tangan’ atau meninggalkan badan induk itu walaupun sekiranya mereka tewas dalam kes di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) nanti.Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sokongan berterusan daripada segi penajaan rakan korporat dilihat amat kritikal demi kelangsungan pembangunan bola sepak negara."Orang kata jangan kita berkawan atau bersahabat pada waktu yang senang sahaja. Pada waktu gembira, kita bersama tetapi apabila rakan kita ditimpa susah, kita menambah kesusahan mereka dengan menjauhkan diri. Harap penaja ingatlah kawan pada waktu susah."Penaja perlu fikirkan juga tentang pembangunan bola sepak negara kita. Kalau penaja tarik diri, memang tiada apalah kita. Program FAM untuk pembangunan akar umbi dan berkaitan masa depan bola sepak negara akan terjejas," katanya kepada Sukan Sinar.Beliau mengulas mengenai kemelut isu pemalsuan dokumen membabitkan FAM dan tujuh pemain warisan negara yang kini sudah dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).Sebelum ini, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan beberapa penaja sudah menghubungi badan induk itu untuk mengetahui situasi sebenar isu tersebut.Dijangkakan keputusan di CAS nanti akan menjadi penunjuk arah kepada penaja sama ada mereka ingin meneruskan tajaan atau tidak kepada FAM.Mengulas lanjut, Pekan mengakui bahawa dari sudut perniagaan, penaja mempunyai hak untuk menamatkan kontrak sekiranya persatuan sukan terpalit dengan isu kontroversi yang boleh menjejaskan imej jenama mereka.Jelasnya, penaja juga berdepan tekanan daripada pihak berkepentingan dan pemegang saham yang pasti mempersoalkan dana dalam situasi sebegini."Memang biasanya dalam perjanjian penajaan ada peraturan berkaitan isu-isu begini. Jika terpalit kontroversi, kebanyakan penaja tidak mahu terlibat dan mereka ada hak untuk tamatkan hubungan."Jadi ini satu perkara yang kita tidak boleh buat apa-apa. Tetapi pada waktu sama, kita harap ada kesetiaan penaja yang masih kekal walaupun berlaku insiden membabitkan atlet atau persatuan."Kadang-kadang apa yang berlaku mungkin bukan disengajakan oleh FAM. Kita harap penaja faham dan terus menyokong demi kepentingan sukan negara," ujarnya.

Agentic AI jadikan operasi lebih laju, murah, pintar

Agentic AI jadikan operasi lebih laju, murah, pintar

TAHUN 2026 dijangka menjadi detik penting yang mengubah cara organisasi mengurus rangkaian dan mengautomasi operasi harian. Jika sebelum ini kecerdasan buatan (AI) bertindak sebagai alat ramalan atau pembantu digital, kini muncul evolusi baharu yang lebih berkuasa iaitu Agentic AI. Tidak seperti AI tradisional yang menunggu arahan, Agentic AI dianggap lebih berdikari kerana mampu merancang, membuat ... Read more The post Agentic AI jadikan operasi lebih laju, murah, pintar appeared first on Utusan Malaysia .