Beri ruang jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Anwar

Beri ruang jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Anwar

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap dakwaan serta perkara berbangkit dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan dijalankan secara telus dan terbuka tanpa melindungi mana-mana individu.Beliau berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan perlu diberi ruang untuk meneliti perkara berkenaan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil."Sekarang biar dikaji dulu, kes kena tahu dulu, apakah serius, apakah ada asas, baru kita (ambil tindakan). Jangan oleh kerana kita menjadi mangsa ataupun tertekan, terus nak guna peluang ini nak tekan. Tak boleh jadi, biar ia diteliti dahulu," kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.Beliau menjawab soalan berhubung kewajaran untuk Azam direhatkan daripada jawatan berkenaan.Pada masa sama, Anwar menasihati warga SPRM supaya kekal berani dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras gejala korupsi dalam negara.Perdana Menteri berkata, sebarang perkara berbangkit tidak seharusnya mengganggu peranan SPRM secara keseluruhan kerana tindakan tegas terhadap kesalahan integriti lazimnya akan menimbulkan reaksi daripada pihak terlibat.Beliau berkata, tekanan terhadap usaha membanteras rasuah dalam negara masih rendah, sama ada di Parlimen, luar Parlimen atau dalam kalangan ahli politik dan sesetengah badan bukan kerajaan, malah kes berprofil tinggi juga kurang mendapat sokongan.Sehubungan itu, Anwar berkata, SPRM perlu terus menjalankan tugas dengan berani dan tegas tanpa mempedulikan pandangan luar demi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit dikaitkan dengan Azam.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar.Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur. - Bernama

Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor

Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor

MUAR – Seorang bekas pelatih tinju yang mendakwa mengalami halusinasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menceroboh tiga rumah serta mencederakan kontraktor di Pagoh, Ahad lalu. Asokdass Jayacevanagendra, 34, yang juga penganggur itu mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kartini Kasran. Mengikut pertuduhan pertama ... Read more The post Bekas pelatih tinju berhalusinasi dituduh ceroboh, cederakan kontraktor appeared first on Kosmo Digital .

'Iya ke?' - Soal Azam Baki kepada Rafizi berkait dakwaan serbuan SPRM

'Iya ke?' - Soal Azam Baki kepada Rafizi berkait dakwaan serbuan SPRM

SHAH ALAM - "Iya ke?".Itu reaksi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa suruhanjaya itu akan melakukan satu serbuan terhadapnya susulan laporan berhubung penyelewengan melibatkan pelaburan berjumlah RM1.11 bilion.Menurut Azam, beliau berpegang kepada kenyataan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti dokumen berkaitan kes itu."SPRM sedang meneliti dokumen yang dikemukakan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) semalam (Khamis)."Kertas siasatan belum dibuka lagi, jadi kenapa Rafizi maklum beliau bakal diserbu? SPRM hanya melakukan tugas dengan telus dan mengikut undang-undang," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Sebelum itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa maklumat mengenai serbuan berkenaan dimaklumkan oleh satu sumber dalaman SPRM kepadanya pada pagi Jumaat.Rafizi bagaimanapun menegaskan beliau bersedia untuk sekali lagi melalui pengalaman intimidasi daripada pihak berkuasa ekoran tindakannya membangkitkan isu penyelewengan melibatkan SPRM seperti dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg.Pada Khamis, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang bekas menteri di sebuah kementerian.Ia membabitkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat luar negara yang didakwa melibatkan nilai hampir RM1.1 bilion dan dimeterai pada awal tahun lalu.Laporan itu dibuat secara bersama oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) di Ibu Pejabat SPRM.

Siasat dakwaan 'Mafia Korporat' dikaitkan SPRM - Puad

Siasat dakwaan 'Mafia Korporat' dikaitkan SPRM - Puad

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa supaya siasatan dijalankan bagi menentukan kebenaran berhubung dakwaan menerusi video 'Mafia Korporat' yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau menyifatkan pendedahan itu amat menjejaskan imej kerajaan dan SPRM."Kena siasat segera kebenarannya, kalau benar buat permbersihan total terhadap SPRM."Sebaliknya jika ia cerita palsu, ambil tindakan undang-undang. Amat merunsingkan jika ia benar. Takut ia sudah berakar umbi dan sukar untuk dipulihkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Mohd Puad berkata, rakyat perlu diberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut."Tidak guna SPRM dilihat tegas, ada pegawai tinggi tentera didakwa dan pemimpin politik ditangkap tetapi di dalam SPRM ada mafia."Isunya reform terhadap SPRM. Siapa polis terhadap SPRM? Jawatankuasa aduan SPRM macam tidak ada kuasa menyiasat salah laku jenayah pegawai SPRM," katanya lagi.Beliau berkata, satu unit khas perlu diwujudkan bagi membolehkan orang ramai membuat aduan terhadap salah laku pegawai SPRM.Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di media sosial pada Khamis menyorot laporan sebuah media antarabangsa yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil daripada aktiviti jenayah.