'Alhamdulillah, dua sahabat saya telah dibebaskan'- Firdaus Wong

'Alhamdulillah, dua sahabat saya telah dibebaskan'- Firdaus Wong

SHAH ALAM – Dua aktivis yang sebelum ini direman susulan himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) telah dibebaskan pada Isnin.Perkembangan itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menerusi hantaran di Facebook yang merujuk kepada penyelaras himpunan GARAH, Zamri Vinoth dan pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahri."Alhamdulilah, dua sahabat saya yang ditahan reman telahpun dibebaskan sebentar tadi."Walaupun masih ‘jet lag’, saya tetap ke sana untuk memberikan sokongan kepada mereka," katanya.Terdahulu, kedua-dua aktivis berkenaan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran himpunan tersebut.Dalam pada itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama tidak bersetuju dengan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah."Isu agama? Cikgu Chandra dan ramai rakyat Malaysia berlainan agama juga tidak bersetuju dengan kuil haram!"Isu perkauman? Tamim Dahri seorang Melayu, Zamri Vinoth berketurunan India manakala saya Cina," katanya.

Pembenihan awan akan dilaksanakan bermula Rabu ini

Pembenihan awan akan dilaksanakan bermula Rabu ini

JOHOR BAHRU – Operasi pembenihan awan dijadualkan pada 11, 12 dan 15 Februari ini di Empangan Machap, Layang dan Ulu Sungai Sedili Kecil sebagai usaha meningkatkan peluang hujan di kawasan tadahan air. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, operasi tersebut melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara ... Read more The post Pembenihan awan akan dilaksanakan bermula Rabu ini appeared first on Kosmo Digital .

Seleweng dana, SPRM rakam percakapan pendakwah bebas

Seleweng dana, SPRM rakam percakapan pendakwah bebas

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan seorang pendakwah bebas serta seorang ketua jabatan kewangan dan perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah negeri Kedah susulan siasatan berhubung kes penyelewengan dana di pusat dakwah tersebut. Menurut sumber, kedua-dua suspek hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan. “Kedua-dua ... Read more The post Seleweng dana, SPRM rakam percakapan pendakwah bebas appeared first on Kosmo Digital .

Maritim Selangor bantu pindah penumpang kapal persiaran diserang strok

Maritim Selangor bantu pindah penumpang kapal persiaran diserang strok

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor melaksanakan misi bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) terhadap seorang penumpang wanita yang mengalami strok di dalam sebuah kapal persiaran ketika dalam perjalanan dari Phuket, Thailand ke Singapura, petang semalam.Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi APMM Selangor menerima permohonan bantuan pemindahan mangsa dari kapal persiaran Ovation of the Seas, kira-kira jam 3.53 petang."Pesakit yang dikenali sebagai Tan Yok Ah, 84, telah dibawa menggunakan Bot Penggalang 10 dari posisi pertemuan di kedudukan 3.2 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong, sekitar jam 5.35 petang dan selamat tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah kira-kira 6 petang hari yang sama."Setibanya di jeti, pesakit segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut bersama dua petugas perubatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam masa sama, Abdul Muhaimin berkata, pihaknya bersiap siaga memberikan bantuan kecemasan dan kemanusiaan di perairan negara tanpa mengira masa dan keadaan. - Bernama

Norita Abbas penerima Anugerah Khas Seri-Ibu

Norita Abbas penerima Anugerah Khas Seri-Ibu

KUALA LUMPUR: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan Anugerah Khas Seri-Ibu kepada pereka rekaan songket dari Yayasan Tuanku Nor Zahirah, Norita Abbas yang menampilkan Songket Kilauan Warisan sempena Piala Seri-Ibu Kraf 2026.  Anugerah Khas Seri-Ibu, dipilih secara peribadi Tengku Ampuan Pahang bagi mengiktiraf individu atas komitmen luar biasa serta sumbangan sepanjang ... Read more The post Norita Abbas penerima Anugerah Khas Seri-Ibu appeared first on Utusan Malaysia .

Dua kakitangan MBPJ maut kemalangan di Gerik.

Dua kakitangan MBPJ maut kemalangan di Gerik.

GERIK – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 96.4, Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu di Gerik hari ini. Nahas tersebut mengorbankan dua kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahmad Mir Hakim Abdul Haziman, 38, dan Nurul Alia Razak, 33, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis ... Read more The post Dua kakitangan MBPJ maut kemalangan di Gerik. appeared first on Kosmo Digital .

Pemimpin Pas, UMNO puji ketegasan PM tangani rumah ibadat tidak sah

Pemimpin Pas, UMNO puji ketegasan PM tangani rumah ibadat tidak sah

SHAH ALAM - Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu."Terima kasih YAB PMX, inilah sebenarnya yang dituntut oleh peserta himpunan malam kelmarin (Sabtu) iaitu pematuhan kepada undang-undang, tidak lebih dari itu."Peraturan sudah ada, undang-undang sudah ada, patuh jelah. Tahniah kepada semua aktivis dan penggerak," katanya pada Isnin.Turut senada dengan Ahli Parlimen Pasir Mas itu ialah Ahlli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.Menurut Mohd Puad, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas ketegasan kerajaan itu.Beliau menambah, negara tidak sewajarnya dibebankan dengan polemik, kontroversi, debat dan pertikaian yang memanaskan hubungan kaum di negara ini."Saya sokong pendirian tegas PMX agar rumah ibadat haram tidak kira apa agama dirobohkan. Buat operasi seluruh negara. Habis cerita."Pihak penguatkuasa mesti berani. Bawa polis masa operasi perobohan. Tahan mereka yang cuba menghalang," katanya menerusi hantaran di platform sama.Dalam pada itu, anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Aziz turut menyokong kenyataan tegas Anwar.Jelasnya, ketegasan yang dibuat Perdana Menteri itu kena pada tempatnya."Ketegasan pada tempatnya adalah suatu hikmah dan terpuji. Tahniah DS Anwar Ibrahim Perdana Menteri atas ketegasan."Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Emosi marah, gembira, teruja jika diletakkan pada mizan (pertimbangan) yang tepat akan melahirkan komuniti yang hidup dalam keadaan harmoni," katanya.Anwar pada Isnin dilapor berkata, kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.Walaupun keputusan itu bakal mengundang kontroversi katanya, Malaysia mempunyai undang- undang yang perlu dihormati oleh semua.