Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri

#BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri #BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri #BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini

Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini

KUALA LUMPUR – Desas-desus akhirnya terjawab, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan bakal melepaskan jawatannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada akhir bulan ini selepas tiga tahun berkhidmat. Menurut Suhaimi, 64, pengundurannya daripada jawatan tersebut dengan sukarela dan mengakui pengalamannya di RTM adalah luar biasa. “Sebenarnya ini sebahagian daripada perjalanan hidup, memang akan ... Read more The post Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini appeared first on Kosmo Digital .

51,363 pekerja terima manfaat Dasar Gaji Progresif

51,363 pekerja terima manfaat Dasar Gaji Progresif

KUALA LUMPUR: Seramai 4,025 majikan melibatkan 51,363 pekerja telah menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) dan memenuhi syarat kenaikan pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kerajaan akan terus meneliti panduan gaji DGP kerana tempoh yang diberikan adalah sehingga 2027. “Jadi tahun ini, insya-Allah saya cuba meneliti supaya DGP dapat terus digunapakai. “Kita memerlukan juga ... Read more The post 51,363 pekerja terima manfaat Dasar Gaji Progresif appeared first on Utusan Malaysia .

Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri

Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri

JOHOR BAHRU, 10 Feb — Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan dasar bertaraf dunia sebagai sebahagian daripada agenda transformasi negeri, dengan pembangunan modal insan dijadikan teras utama. Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha ini bertujuan meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam negeri serta memastikan Johor kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar. [...]

SMC catat kejayaan pembedahan ke-100 menggunakan teknologi AiBLE

SMC catat kejayaan pembedahan ke-100 menggunakan teknologi AiBLE

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini berjaya mencatat pembedahan tulang belakang robotik Suite Pembedahan Robotik Tulang Belakang AiBLE™ yang ke-100. Teknologi yang dilancarkan di SMC pada Februari 2025 merupakan generasi baharu sokongan berpandukan robotik untuk pembedahan tulang belakang, yang memberikan ketepatan, konsistensi, dan kecekapan. Ketua ... Read more The post SMC catat kejayaan pembedahan ke-100 menggunakan teknologi AiBLE appeared first on Kosmo Digital .

Azam Baki perlu letak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan

Azam Baki perlu letak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki wajar meletak jawatan jika kerajaan masih berdiam diri tanpa memberi sebarang penjelasan dalam isu melibatkan pemilikan saham syarikat. Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkhidmatan Azam juga perlu ditamatkan serta-merta demi menjaga nama baik SPRM dan integriti institusi negara sekiranya ... Read more The post Azam Baki perlu letak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan appeared first on Utusan Malaysia .

'Hanya lima minit nak sampai rumah'

'Hanya lima minit nak sampai rumah'

BATU GAJAH – Perjalanan pulang yang tinggal kira-kira lima minit untuk tiba di rumah bertukar menjadi detik terakhir buat tiga sekeluarga dalam tragedi kemalangan di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki S Sarala Devi, 34, ibunya, G Sarasbathy, 65, serta anak tunggalnya, S Shaastikka, 3, bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.Sarala Devi dan ibunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit manakala kanak-kanak tersebut menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Gajah.Jiran mangsa, P Vasu, 53, berkata, lokasi kemalangan itu sebenarnya tidak jauh dari rumah keluarga berkenaan di Kampung Harewood, Batu 2, Tanjung Tualang."Lagi lima minit sahaja mereka hendak sampai rumah. Kawasan itu pula mempunyai lampu jalan yang terang dan sudah lama tidak berlaku kemalangan di situ," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Batu Gajah pada Selasa.Menurut Vasu, dia dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut oleh rakan-rakan sekitar jam 10 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian."Saya nampak dia dan emaknya di dalam kereta. Saya panggil-panggil tetapi tiada respons. Selepas itu, saya pergi melihat anaknya pula… kanak-kanak itu telah dikeluarkan oleh orang awam dan diletakkan di seberang jalan."Saya panggil juga tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas," katanya dengan nada sebak.Vasu berkata, Sarala Devi dikenali sebagai seorang yang baik dan disenangi jiran-jiran."Sejak suaminya meninggal dunia, dia tinggal di sini untuk menjaga ibu dan bapanya. Dia memang seorang yang sangat bertanggungjawab," katanya.Seorang lagi jiran yang juga sepupu mangsa, J Puspalatha, 43, berkata, kali terakhir dia berbual dengan Sarala Devi adalah kira-kira jam 5.50 petang pada hari kejadian.Katanya, ketika itu mangsa mahu keluar ke klinik kesihatan berhampiran kerana anaknya mengalami batuk dan demam."Petang itu dia menghantar anak saya ke kelas tuisyen terlebih dahulu. Selepas itu barulah dia pergi ke klinik. Dia memang baik, ramah dan banyak membantu saya," katanya.Sementara itu, abang sulung mangsa yang merupakan pegawai polis, Inspektor S Saravanan berkata, kali terakhir mereka bertemu kira-kira dua minggu lalu sempena Thaipusam.Beliau yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Harewood sebelum upacara terakhir dijalankan mengikut adat pada Rabu."Saya sangat rapat dengan ibu kerana saya anak sulung. Begitu juga dengan adik saya… dia adik bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga," katanya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pemandu kenderaan Toyota Hilux berusia 27 tahun yang terlibat dalam nahas tersebut didapati positif dadah jenis tetrahidrokannabinol (THC).Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.