AS arah kapal dagang jauhi perairan Iran

AS arah kapal dagang jauhi perairan Iran

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada kapal dagang berdaftar membawa bendera negaranya supaya mengelakkan perairan wilayah Iran di rantau Teluk susulan risiko pencerobohan dan ditahan oleh pihak berkuasa Teheran. Nasihat itu dikeluarkan ketika Washington meningkatkan kehadiran tenteranya di rantau berkenaan susulan ketegangan yang semakin memuncak dengan Teheran. Jabatan Pengangkutan AS menerusi Pentadbiran Maritim (MARAD) ... Read more The post AS arah kapal dagang jauhi perairan Iran appeared first on Utusan Malaysia .

Operasi pembenihan awan dilaksana di tiga negeri

Operasi pembenihan awan dilaksana di tiga negeri

KUALA NERUS: Operasi pembenihan awan akan dilakukan di tiga negeri iaitu Johor, Perak dan Kedah bermula hari ini sebagai langkah proaktif menangani kesan cuaca panas serta penurunan paras air empangan di beberapa negeri terlibat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pembenihan awan bagi Monsun Barat Daya itu diselaraskan Agensi Pengurusan ... Read more The post Operasi pembenihan awan dilaksana di tiga negeri appeared first on Utusan Malaysia .

Isaac aktif ulas kafe untuk bekerja

Isaac aktif ulas kafe untuk bekerja

DI tengah-tengah budaya kerja fleksibel yang semakin berkembang, ada segelintir anak muda memilih untuk menjadikan kafe sebagai ruang bekerja kondusif. Bagi seorang pemuda, hobi membuat ulasan kafe mesra kerja (work-friendly cafes) bermula sekadar berkongsi pengalaman peribadi mencari ruang yang tenang, selesa dan mempunyai sambungan internet stabil. Namun, minat tersebut kini berkembang menjadi satu platform perkongsian ... Read more The post Isaac aktif ulas kafe untuk bekerja appeared first on Kosmo Digital .

PGA rampas vape lebih RM3 juta, tahan 18 lelaki

PGA rampas vape lebih RM3 juta, tahan 18 lelaki

KOTA BHARU – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis rokok elektronik (vape), perisa dan komponen bernilai RM3.03 juta dalam siri serbuan serentak melibatkan negeri-negeri Pantai Timur menerusi Op Bersepadu E-Cigarette Mega pada Selasa.Operasi besar-besaran bermula jam 2 hingga 6 petang itu menyaksikan 18 premis diserbu serentak di Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu, Bachok), Terengganu (Kuala Terengganu, Jerteh).Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, seramai 18 lelaki ditahan bagi membantu siasatan."Beberapa premis turut dikenakan tindakan denda dan kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Akta Perlesenan Tred dan Perindustrian 2019 serta undang-undang kecil PBT."Hasil risikan dan pemantauan rapi mendapati premis-premis terbabit aktif menjalankan kegiatan penjualan rokok elektronik secara terbuka tanpa mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 157 pegawai dan anggota PGA, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Menurut beliau, rampasan keseluruhan melibatkan 193.53 liter cecair vape pelbagai perisa bernilai RM2,267,111, 10,745 unit peranti e-cigarette bernilai RM734,825 dan 1,287 unit aksesori e-cigarette bernilai RM25,740.Ujarnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM3,027,676.Beliau memberitahu, selain rampasan, tindakan penguatkuasaan turut melibatkan pengeluaran denda dan kompaun oleh KKM dan PBT dengan Pahang merekodkan denda tertinggi sebanyak RM110,000, diikuti Terengganu RM20,000."Kompaun turut dikenakan di Pahang (RM7,250) Kelantan (RM6,000) dan Terengganu, RM2,000."PGA akan terus memperkukuh kerjasama antara agensi bagi membanteras kegiatan penjualan rokok elektronik yang menyalahi undang-undang kerana ia bukan sahaja melanggar peraturan, malah mengancam keselamatan dan kesihatan awam," katanya.Sementara itu, Ahmad Radzi meminta orang ramai tampil menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penjualan vape haram di kawasan masing-masing.Ujarnya, kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terus terpelihara dan negara kekal aman serta sejahtera.

AKPS gagalkan cubaan seludup hampir 100 tan beras di sempadan Malaysia-Thailand

#BHKes Pemeriksaan mendapati kedua-dua lori kontena terbabit membawa beras tanpa sebarang pengisytiharan dari negara jiran yang disembunyikan di belakang kontena dengan tujuan mengelirukan

AKPS gagalkan cubaan seludup hampir 100 tan beras di sempadan Malaysia-Thailand #BHKes Pemeriksaan mendapati kedua-dua lori kontena terbabit membawa beras tanpa sebarang pengisytiharan dari negara jiran yang disembunyikan di belakang kontena dengan tujuan mengelirukan

AKPS gagalkan cubaan seludup hampir 100 tan beras di sempadan Malaysia-Thailand #BHKes Pemeriksaan mendapati kedua-dua lori kontena terbabit membawa beras tanpa sebarang pengisytiharan dari negara jiran yang disembunyikan di belakang kontena dengan tujuan mengelirukan

Usaha membangunkan ekosistem e-sukan di Negeri Sembilan

Usaha membangunkan ekosistem e-sukan di Negeri Sembilan

INDUSTRI sukan elektronik atau e-sukan kini semakin mendapat perhatian sebagai satu cabang pembangunan belia yang berpotensi besar, selari dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup generasi muda. Di Negeri Sembilan, usaha membangunkan ekosistem e-sukan secara tersusun digerakkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (NSEA) yang diterajui Presidennya, Abdul Akif Rahim yang juga Tokoh Belia Negeri Sembilan ... Read more The post Usaha membangunkan ekosistem e-sukan di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital .

Lelaki maut jatuh dalam kolam ikan

Lelaki maut jatuh dalam kolam ikan

IPOH - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di Batu Kurau, malam Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an dan bomba menerima panggilan pada 8.02 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau digerakkan ke lokasi.Beliau berkata, setibanya anggota bomba di tempat kejadian 16 minit kemudian, didapati mangsa terbaring di tebing kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri."Setelah pasukan perubatan Kementerian Kesihatan tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.Operasi bomba tamat pada 9.38 malam. - Bernama

Megat Shahriman sedia pulih imej FAM

Megat Shahriman sedia pulih imej FAM

PETALING JAYA: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin jaringan hubungan luas yang dimilikinya di dalam dan luar negara mampu menjadi pemangkin kepada usaha memulihkan imej Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kesediaannya menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu didorong oleh rasa tanggungjawab terhadap masa depan ... Read more The post Megat Shahriman sedia pulih imej FAM appeared first on Utusan Malaysia .

Mungkin keputusan positif daripada CAS

Mungkin keputusan positif daripada CAS

SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John memberi bayangan kemungkinan keputusan rayuan barisan pemain Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bakal berakhir dengan nada positif. Menurutnya, masih ada peluang untuk melihat keputusan CAS berpihak kepada kem negara selepas badan penghakiman antarabangsa itu meluluskan permohonan penangguhan hukuman penggantungan dikenakan ... Read more The post Mungkin keputusan positif daripada CAS appeared first on Kosmo Digital .