Piala Malaysia: JDT selangkah ke separuh akhir selepas benam Melaka FC 5-0

Piala Malaysia: JDT selangkah ke separuh akhir selepas benam Melaka FC 5-0

PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah Melaka FC 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.Tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan Ajdin Mujagic hasil sepakan penjuru Hector Hevel.Penyerang kelahiran Bosnia itu terus menjadi duri dalam daging kepada pelawat apabila menggandakan jaringan tiga minit kemudian selepas menyempurnakan sepakan percuma Hevel untuk menjadikan kedudukan 2-0.Tersentak dengan dua jaringan awal JDT, Melaka FC cuba bangkit dan hampir merapatkan jurang pada minit ke-11, namun rembatan Simen Alexander Lyngbo tersasar.Percubaan jarak jauh Dino Kalesic pada minit ke-20 pula mudah dikawal penjaga gol JDT Christian Abad Amat.Penyerang berbisa, Bergson da Silva turut berpeluang menambah jaringan untuk Harimau Selatan pada minit ke-40, namun tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Melaka FC Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa.Memasuki babak kedua, skuad bimbingan Xisco Munoz terus mengasak gawang lawan dan hasilnya, Mujagic berjaya melengkapkan hatrik pada minit ke-61.Melaka FC terus berputih mata apabila JDT melebarkan jurang jaringan menerusi Manuel Hidalgo yang menambah gol pada minit ke-72.Marcos Guilherme yang bijak menggelecek untuk melepasi halangan Muhammad Haziq Aiman, menyempurnakan jaringan kelima tiga minit kemudian sekali gus memastikan dominasi mutlak tuan rumah.Juara bertahan itu hampir menambahkan derita skuad bimbingan E. Elavarasan menerusi Teto Martin, namun beliau dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.Keputusan kekal 5-0 sehingga tiupan wisel penamat.Bekalan selesa yang diraih meletakkan Harimau Selatan semakin hampir ke separuh akhir, dengan aksi kedua suku akhir bertemu Melaka dijualkan pada 25 Februari ini. - Bernama

Ajaran ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ dikesan di Telok Mas

Ajaran ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ dikesan di Telok Mas

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu sebuah kediaman di Telok Mas dekat sini selepas mengesan pengamalan ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang mengangkat Muhammad bin al-Hassan al-Askari sebagai Imam al-Mahdi, semalam. Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan susulan penemuan bahan berkaitan ajaran terbabit termasuk ... Read more The post Ajaran ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ dikesan di Telok Mas appeared first on Kosmo Digital .