Isu rumah ibadat tanpa kebenaran mesti ikut peraturan, elak jejas keharmonian awam - Zulkifli

Isu rumah ibadat tanpa kebenaran mesti ikut peraturan, elak jejas keharmonian awam - Zulkifli

KUALA LUMPUR - Isu pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa perlu ditangani secara berfakta, berlandaskan undang-undang dan dipantau secara berterusan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah itu penting agar tidak menimbulkan keresahan dan menjejaskan ketenteraman awam.Beliau berkata, pihaknya menjunjung kasih dan menyatakan sokongan penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa."Pendirian ini menegaskan kepentingan kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik serta keharmonian masyarakat majmuk."Setiap pembinaan rumah ibadat hendaklah melalui proses permohonan yang sah dan mendapat kelulusan pihak berkuasa serta pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Zulkifli turut menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan mematuhi saluran yang ditetapkan demi menjaga keharmonian serta kepentingan bersama.Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah agar isu pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran dapat dihentikan dan dimuktamadkan.Baginda juga berkenan dengan pendirian dan ketegasan Kerajaan Persekutuan yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembinaan rumah ibadat yang dibina tidak mengikut undang-undang.Titah Sultan Sharafuddin, pendirian tegas itu selari dengan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh baginda iaitu memastikan setiap pembangunan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan tadbir urus yang baik.Semalam, ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Negara, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat dibina secara tidak sah tanpa mematuhi peraturan bagi memastikan keselamatan dan kematangan negara pada masa hadapan.- Bernama

Pembeli online sebenarnya ketagihan Dopamin

Pembeli online sebenarnya ketagihan Dopamin

PETALING JAYA – Segelintir pengguna pasti mengalami perasaan teruja untuk menanti bungkusan pembelian secara dalam talian sampai di depan rumah. Bagi mereka, bunyi hon motor abang posmen itu adalah bunyi paling merdu dan pada masa sama jantung berdegup laju diringi perasaan teruja membuak-buak untuk koyakkan plastik kurier. Bagaimanapun, selepas lima minit ‘unboxing’, rasa teruja itu ... Read more The post Pembeli online sebenarnya ketagihan Dopamin appeared first on Kosmo Digital .

Masjid Selangor perlu bebas fahaman ekstremisme – Amirudin

Masjid Selangor perlu bebas fahaman ekstremisme – Amirudin

GOMBAK – Masjid dan surau di seluruh Selangor perlu kekal sebagai institusi neutral yang menyatukan rakyat tanpa dipengaruhi sentimen politik, perbezaan pandangan atau fahaman melampau. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri terus komited memperkukuh peranan masjid dan surau sebagai pusat ibadah, pendidikan serta penyatuan ummah, sambil menolak sebarang bentuk ekstremisme dan ... Read more The post Masjid Selangor perlu bebas fahaman ekstremisme – Amirudin appeared first on Kosmo Digital .

General : Houses Of Worship Built Illegally Must Be Addressed Based On Law And Facts – Zulkifli

General : Houses Of Worship Built Illegally Must Be Addressed Based On Law And Facts – Zulkifli

KUALA LUMPUR, Feb 10 (Bernama) -- The issue of houses of worship built without complying with existing laws and regulations must be addressed based on facts, grounded in the rule of law, and subjected to continuous monitoring to prevent public unease and safeguard peace, says Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan.

Ada calon lebih baik berbanding Carrick – Legenda Man United

Ada calon lebih baik berbanding Carrick – Legenda Man United

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Jaap Stam mencadangkan jurulatih Olympique Marseille, Roberto De Zerbi sebagai calon paling tepat untuk menjadi pengurus baharu The Red Devils pada kempen musim depan. Sebagai rekod, pengurusan tertinggi United ketika ini sedang giat mencari pengendali baharu selepas memecat Ruben Amorim bulan lalu dengan Michael Carrick diberikan kontrak jangka pendek sehingga ... Read more The post Ada calon lebih baik berbanding Carrick – Legenda Man United appeared first on Kosmo Digital .