Salah lebih terbuka tinggalkan Liverpool

Salah lebih terbuka tinggalkan Liverpool

TEKA-TEKI mengenai masa depan bintang Liverpool, Mohamed Salah kini memasuki fasa baharu apabila ejennya dilaporkan telah memulakan rundingan rasmi dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.Perkembangan mutakhir ini hadir selepas pemain berusia 33 tahun itu dikatakan telah memberi 'lampu hijau' kepada wakilnya untuk menguruskan perpindahan lumayan ke Timur Tengah tersebut.Salah sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah Al-Ittihad pernah mengemukakan bidaan sensasi berbilai ratusan juta pada tahun 2023.Liverpool bagaimanapun menolak tawaran tersebut dan berjaya memujuk Salah menandatangani kontrak baharu sehingga 2027.Namun, perselisihan faham yang berlaku dengan pengendali pasukan, Arne Slot pada awal musim ini telah menyebabkan masa depannya di Anfield kembali menjadi tanda tanya.Difahamkan, Salah kini jauh lebih terbuka untuk menyertai Al-Ittihad berbanding situasinya 12 bulan lalu.Juara Saudi itu kini mempunyai ruang kewangan yang kukuh selepas berpisah dengan Karim Benzema dalam satu perpindahan kontroversi, selain telah menjual N'Golo Kante pada Januari lalu.Kontrak bekas pemain Liverpool, Fabinho pula bakal tamat pada Jun ini, manakala Moussa Diaby turut dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah, sekali gus mengosongkan posisi sayap kanan yang menjadi 'makanan' Salah.Musim ini menyaksikan prestasi Salah sedikit merosot apabila hanya meledak enam gol, rekod terendahnya sejak berhijrah ke Merseyside pada 2017.

Rumah ibadat perlu ikut undang-undang

Rumah ibadat perlu ikut undang-undang

KUALA LUMPUR: Semua pihak wajib mematuhi undang-un­dang ditetapkan termasuk ber­kaitan penggunaan tanah dan pembinaan rumah ibadat.  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, seba­rang isu pembinaan rumah ibadat perlu diselesaikan menerusi saluran sah demi mengekalkan keharmonian, tole­ransi dan semangat muhibah rakyat. Titah Seri Paduka, sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh ... Read more The post Rumah ibadat perlu ikut undang-undang appeared first on Utusan Malaysia .

RAMADAN | Kerajaan Pahang memaklumkan waktu bekerja bagi penjawat awam negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini, bermula selewat-lewatnya jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. 

#BuletinTV3 #BeritaTerkini #penjawatawam #Pahang #Ramadan

Berita penuh di

RAMADAN | Kerajaan Pahang memaklumkan waktu bekerja bagi penjawat awam negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini, bermula selewat-lewatnya jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #penjawatawam #Pahang #Ramadan Berita penuh di

RAMADAN | Kerajaan Pahang memaklumkan waktu bekerja bagi penjawat awam negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini, bermula selewat-lewatnya jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #penjawatawam #Pahang #Ramadan Berita penuh di