Marrybrown tembusi pasaran Mesir

Marrybrown tembusi pasaran Mesir

PETALING JAYA: Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) halal tempatan terus memperkukuh empayar globalnya dengan menembusi pasaran Mesir menerusi kerjasama strategik bersama syarikat hartanah terbesar negara itu. Langkah signifikan itu direalisasikan menerusi pemeteraian perjanjian francais antara Marrybrown dengan Talaat Moustafa Retail (TMR), anak syarikat Talaat Moustafa Group (TMG) yang merupakan konglomerat hartanah dan hospitaliti terkemuka ... Read more The post Marrybrown tembusi pasaran Mesir appeared first on Utusan Malaysia .

Features : Reciting The Shahada; A Reward Beyond Words

Features : Reciting The Shahada; A Reward Beyond Words

Hearing prospective new brothers and sisters recite the shahada, signifying their acceptance of Islam, is a great blessing for Lukman Shamsul Bahrin, and at that very moment, the “price” of the many challenges he has faced while carrying out missionary work among the Orang Asli feels fully repaid. For about the past six months, Lukman, 34, has been steadfastly spreading the teachings of Islam in three Orang Asli villages in the Kuala Kangsar district, braving various risks to reach his destinations, including natural disasters and encounters with wild animals. “I have worked in various fields before, but my heart has always been drawn to this kind of work. Since childhood, I was exposed to religious talks by my father, who took me to lectures in many places.

Kanak-kanak bersama ibu dan nenek maut kemalangan babit Myvi, Hilux

Kanak-kanak bersama ibu dan nenek maut kemalangan babit Myvi, Hilux

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak bersama ibu dan neneknya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang di sini pada malam Isnin.Dalam kejadian itu, mangsa S Sarala Devi, 34 dan G Sarasbathy, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam sebuah Perodua Myvi manakala S Shaastikka, 3, difahamkan meninggal dunia di Hospital Batu Gajah.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.45 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba empat minit kemudian.Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah Toyota Hilux."Kedua-dua mangsa wanita tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi."Ketua operasi melakukan penilaian awal dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas hidraulik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sabarodzi berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital oleh kenderaan lain sebelum jentera tiba.Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Operasi menyelamat melibatkan enam anggota bomba dengan bantuan 15 anggota polis dan empat petugas KKM menggunakan sebuah jentera FRT sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam.

TVET iktiraf masa hadapan OKU

TVET iktiraf masa hadapan OKU

PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar menyediakan kemahiran tetapi merupakan alat transformasi yang memberi pengiktirafan sebenar kepada orang kelainan upaya (OKU).  Pengiktirafan ini bukan kosmetik atau sekadar simbol tetapi menyentuh dimensi ekonomi, sosial, psikologi dan peranan mereka dalam masyarakat. Selama ini, OKU sering dilihat dari perspektif kebajikan sebagai penerima bantuan, subjek simpati, ... Read more The post TVET iktiraf masa hadapan OKU appeared first on Utusan Malaysia .

Sampai bila pelakon badan besar hanya dapat watak ‘badut’?

Sampai bila pelakon badan besar hanya dapat watak ‘badut’?

BILA difikir-fikir, terlalu kurang naskhah tempatan terutama filem yang mengangkat karakter utama seorang wanita dengan umur dan saiz badan berbeza. Paling mutakhir mungkin Tiga Janda Melawan Dunia pada 2022, selepas itu hampir tidak ada. Berbeza dengan gaya cerita dan naskhah Hollywood yang berani menampilkan representasi wanita berbadan besar sebagai watak utama dalam pelbagai genre seperti ... Read more The post Sampai bila pelakon badan besar hanya dapat watak ‘badut’? appeared first on Utusan Malaysia .

Betul ke duit derma sampai ke Gaza?

Betul ke duit derma sampai ke Gaza?

ADA satu jenayah yang lebih halus daripada mencuri duit. Ia ialah mencuri kepercayaan. Dan kepercayaan, bila sudah retak, sukar ditampal walaupun dengan air mata Palestin sekalipun. Dua kes terbaru melibatkan seorang ustaz dan sebuah badan amal berkait sumbangan Gaza tidak sekadar mengheret individu ke bilik siasatan. Ia menyeret bersama satu soalan besar yang kini berlegar ... Read more The post Betul ke duit derma sampai ke Gaza? appeared first on Kosmo Digital .

Penebusan SARA lebih lancar berbanding sebelum ini

Penebusan SARA lebih lancar berbanding sebelum ini

ALOR SETAR: Penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mula disalurkan sema­lam dilihat lebih lancar, selain menjadi tunjang kepada kebanyakan penerima yang memerlukan, khususnya golo­ngan berpendapatan rendah. Penerima juga bersyukur mendapat inisiatif itu menje­lang perayaan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba minggu depan. Penerima, Nuruldiah Dollah, 46, berkata, bantuan SARA berjumlah RM100 secara sekali ... Read more The post Penebusan SARA lebih lancar berbanding sebelum ini appeared first on Utusan Malaysia .