Pakej pembedahan estetik pempengaruh dipersoal

Pakej pembedahan estetik pempengaruh dipersoal

PETALING JAYA – Promosi pakej pembedahan estetik oleh seorang pempengaruh media sosial yang bukan pengamal perubatan kini dipersoalkan. Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pempengaruh itu tidak menjawab persoalan asas berhubung dakwaan promosi meragukan yang dibuat sebelum ini. “Jika beliau bukan pengamal perubatan mahupun wakil pusat perubatan, atas dasar ... Read more The post Pakej pembedahan estetik pempengaruh dipersoal appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Subsidi gula akan dikurangkan

PARLIMEN: Subsidi gula akan dikurangkan

KUALA LUMPUR: Subsidi gula akan dikurangkan dan mekanisme pelaksanaannya bakal diumumkan dalam masa terdekat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya bersetuju terhadap cadangan mengurangkan subsidi gula yang kini sedang dibincangkan bersama Kementerian Kewangan. “Jadi pada asasnya kita bersetuju dan sebab itu kita sedang meneliti bersama Kementerian ... Read more The post PARLIMEN: Subsidi gula akan dikurangkan appeared first on Utusan Malaysia .

Hamzah, Muhyiddin tidak hadir di Parlimen

Hamzah, Muhyiddin tidak hadir di Parlimen

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin.Difahamkan Hamzah kini berada di luar negara bagi menguruskan pelajaran anaknya dan sudah memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.Sementara Muhyiddin pula berada di Mahkamah Persekutuan Putrajaya sejak pagi Isnin berhubung pendengaran keputusan mengenai kes hasutan bekas Perdana Menteri itu sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undang Negeri Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu pada Ogos 2024.Kes tersebut berkait dakwaan bahawa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 ahli Parlimen.Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang berdepan dengan krisis kepimpinan melibatkan kedua-dua tokoh tersebut.Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan lembaga disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut, dan sebarang keputusan adalah muktamad.Pada malam Ahad, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara yang hadir dalam perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin.

59kg ganja dijumpai dalam bungkusan baju bundle

59kg ganja dijumpai dalam bungkusan baju bundle

TUMPAT – Tanda tanya mengenai sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan selama lebih sehari di kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini terjawab apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menjumpai hampir 59 kilogram (kg) ketulan ganja mampat dalam bungkusan baju terpakai atau bundle di dalam kenderaan tersebut kira-kira dua minggu lalu. Rampasan ... Read more The post 59kg ganja dijumpai dalam bungkusan baju bundle appeared first on Kosmo Digital .