PPZ-MAIWP lancar Kempen Ramadan, pupuk nilai memberi

PPZ-MAIWP lancar Kempen Ramadan, pupuk nilai memberi

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Ramadan bagi tahun 1447H/2026M kelmarin bagi menggalakkan umat Islam menyempurnakan kewajipan berzakat, di samping mempromosi perkhidmatan, saluran bayaran serta program menarik sepanjang Ramadan. Mengangkat tema ‘Ikhlas Memberi, Tulus Membantu’, kempen tersebut bertujuan menanam nilai memberi dengan penuh keikhlasan, agar setiap ... Read more The post PPZ-MAIWP lancar Kempen Ramadan, pupuk nilai memberi appeared first on Kosmo Digital .

Hampir 200 kes kudis buta di penempatan Orang Asli Gua Musang

Hampir 200 kes kudis buta di penempatan Orang Asli Gua Musang

GUA MUSANG – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 199 kes jangkitan skabies atau kudis buta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di daerah ini sepanjang tahun lalu. Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, kes terbabit dikesan di dua penempatan Orang Asli di pedalaman daerah ini iaitu di Pos Balar dan Pos Belatim. Katanya, ... Read more The post Hampir 200 kes kudis buta di penempatan Orang Asli Gua Musang appeared first on Kosmo Digital .

Rumah ibadat tanpa kelulusan: Proses tindakan bukan orang perseorangan tapi bersama PBT

Rumah ibadat tanpa kelulusan: Proses tindakan bukan orang perseorangan tapi bersama PBT

PUTRAJAYA – Proses tindakan berkaitan isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan tidak dilakukan oleh individu secara perseorangan, sebaliknya dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat."Perdana menteri ada mengambil maklum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor dan juga mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor yang telah diadakan semalam khusus berkait isu pengurusan rumah-rumah ibadat yang tidak mendapat kelulusan tuan tanah, PBT dan kerajaan negeri, sekiranya melibatkan tanah persendirian ataupun tanah kerajaan."Yang berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa proses tindakan bukan oleh orang perseorangan tetapi bersama dengan PBT," katanya ketika sidang media mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet pada Khamis.Terdahulu, Kerajaan Selangor menyarankan tiga langkah segera berkaitan isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara.Tiga langkah berkenaan merupakan pemilik tanah perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak polis menyiasat, notis rasmi perlu dihantar kepada pihak penceroboh dan Pejabat Daerah dengan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) diaktifkan untuk meneliti perkara itu dan langkah ketiga JKD bertindak sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkaitan.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri menyambut baik kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai penyelarasan proses terutama di peringkat PBT."Insya-ALLAH ia akan dapat diuruskan dengan lebih baik," katanya.

Anwar ucap tahniah kemenangan besar presiden baharu Bangladesh

Anwar ucap tahniah kemenangan besar presiden baharu Bangladesh

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Tarique Rahman serta parti itu atas kemenangan besar dalam pilihan raya negara berkenaan. Menurut Anwar, kemenangan tersebut membuktikan kejayaan proses demokrasi apabila rakyat Bangladesh menyatakan pendirian mereka secara jelas melalui peti undi selepas melalui tempoh penuh cabaran luar ... Read more The post Anwar ucap tahniah kemenangan besar presiden baharu Bangladesh appeared first on Kosmo Digital .