Dakwaan salah guna kuasa, SPRM digesa siasat naib canselor sebuah universiti awam

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat naib canselor sebuah universiti awam atas pelbagai dakwaan salah laku termasuk penyelewengan dan rasuah,Pengerusi Pembela Tanah Air (Peta) Melaka Mohd Zamri Abu Bakar berkata, pihaknya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM selepas menerima dokumen dakwaan salah laku itu daripada beberapa sumber sejak sebulan lalu."Kami telah melakukan penelitian terhadap semua bahan yang diterima dan mengumpulkannya menjadi satu dokumen lengkap untuk diserahkan kepada SPRM agar tindakan lanjut dapat dibuat," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.Menurut beliau, antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk pembayaran berulang kali kepada individu sama bagi pelbagai tujuan sehingga mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit melalui baucar serta invois.Beliau mendakwa terdapat juga penggunaan dana universiti bagi membiayai khidmat peguam luar yang didakwa mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadi pihak tertentu dalam pentadbiran."Jika benar berlaku, ia satu penyalahgunaan kuasa kerana wang universiti adalah dana awam yang perlu diurus secara berintegriti dan telus," ujarnya.Selain itu, Mohd Zamri turut mempersoalkan beberapa lantikan kontraktor yang didakwa dibuat secara sebut harga dan bukannya tender terbuka atau terhad, termasuk dakwaan membabitkan individu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak pengurusan tertinggi.Mohd Zamri berkata, pihaknya juga menerima maklumat berhubung isu perjawatan dalam pentadbiran universiti termasuk lantikan pegawai yang didakwa tidak memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi sesuatu skim perkhidmatan.Dalam masa sama, beliau membangkitkan persoalan mengenai pengurusan sebuah program atau entiti berkaitan pendidikan dan latihan teknikal yang didakwa menerima dana mencecah jutaan ringgit tetapi mencatatkan kerugian pada peringkat awal penubuhan."Kami difahamkan prestasi kewangan program tersebut tidak menunjukkan perkembangan memberangsangkan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap tadbir urus dan pemantauan," katanya.Tambah beliau, terdapat juga dakwaan berhubung keputusan pentadbiran tertentu yang didakwa dibuat tanpa kajian terperinci sehingga menyebabkan pembaziran sumber.Sehubungan itu, Mohd Zamri berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk meneliti setiap dokumen dan maklumat yang dibekalkan.

[VIDEO] Dakwaan salah guna kuasa, SPRM digesa siasat naib canselor sebuah universiti awam

Terjun laut selamatkan diri daripada kebakaran

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga Orang Asli termasuk dua anaknya nekad terjun ke laut bagi menyelamatkan diri setelah rumah mereka terbakar di Kampung Teluk Jawa, di sini pagi tadi. Kuik Toh, 43, berkata, dia bersama isteri, Semah Jumaat, 52, dan dua anaknya tiada pilihan lain setelah bahagian depan rumah mereka terbakar dan tiada ruang untuk melarikan ... Read more The post Terjun laut selamatkan diri daripada kebakaran appeared first on Utusan Malaysia .

Jana MyPesara bantu pesara terlibat bidang perniagaan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan Jana MyPesara, sebuah program pembiayaan mikro yang bertujuan membantu pesara untuk menjalankan aktiviti menjana pendapatan dan mengukuhkan daya tahan kewangan mereka semasa persaraan. Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata, pesara sektor awam telah menyumbang khidmat bakti yang amat besar kepada negara dan ramai ... Read more The post Jana MyPesara bantu pesara terlibat bidang perniagaan appeared first on Kosmo Digital .

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, 1.572 tan syabu bernilai RM78.6 juta dirampas

KUANTAN – Cubaan sindiket dadah antarabangsa membawa masuk dadah jenis syabu bernilai RM78.6 juta ke negara ini melalui perairan negara berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi khas semalam. Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya menahan dua buah kapal iaitu kapal tangki dan ... Read more The post Sindiket dadah antarabangsa tumpas, 1.572 tan syabu bernilai RM78.6 juta dirampas appeared first on Kosmo Digital .

China’s demographic crisis has moved from theory to fact

China’s demographic crisis is no longer a distant projection buried in academic journals or UN forecasts. It has become an observable fact, confirmed by official statistics and increasingly felt across Chinese society. In January 2026, China’s National Bureau of Statistics reported that the country recorded its lowest birth rate since 1949. Fewer than eight million […] The post China’s demographic crisis has moved from theory to fact appeared first on Asia Times .

Polis bantuan didenda RM600 buang puntung rokok

SEREMBAN – Seorang polis bantuan didenda RM600 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuang sisa pepejal, iaitu puntung rokok, di tempat awam bukan di dalam tong sampah yang disediakan. Mohd Hashim Mohd Nor, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas ... Read more The post Polis bantuan didenda RM600 buang puntung rokok appeared first on Kosmo Digital .