PARLIMEN: Bantuan kepada pelajar Palestin tidak guna dana kerajaan

PARLIMEN: Bantuan kepada pelajar Palestin tidak guna dana kerajaan

KUALA LUMPUR: Bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar Palestin yang melanjutkan pengajian di negara ini tidak melibatkan peruntukan dana kerajaan, sebaliknya sumbangan sektor korporat dan orang ramai. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, bantuan berkenaan disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah kelolaan Kementerian Luar. Katanya, antara penyumbang dana ... Read more The post PARLIMEN: Bantuan kepada pelajar Palestin tidak guna dana kerajaan appeared first on Utusan Malaysia .

Isu kuil haram, Cikgu Chandra ditahan muat naik hantaran sensitif di Facebook

Isu kuil haram, Cikgu Chandra ditahan muat naik hantaran sensitif di Facebook

PETALING JAYA: Seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra, ditahan susulan memuat naik kenyataan berbaur sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam di Facebook, semalam.     Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki berhubung perkara itu selepas melihat paparan Facebook dimuat naik penama, Cikgu Chandra pada 10 malam, kelmarin.  Katanya, ... Read more The post Isu kuil haram, Cikgu Chandra ditahan muat naik hantaran sensitif di Facebook appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: 30 perkhidmatan baharu kerajaan diintegrasi dalam MyGOV

PARLIMEN: 30 perkhidmatan baharu kerajaan diintegrasi dalam MyGOV

KUALA LUMPUR: Lebih 30 perkhidmatan baharu kerajaan bakal diintegrasikan ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia termasuk MySejahtera, MyJPJ dan MyBorderPass bagi memudahkan akses rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, proses integrasi itu dilaksanakan secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan bersifat umum, berimpak tinggi serta kerap digunakan rakyat termasuk fungsi mengemukakan permohonan ... Read more The post PARLIMEN: 30 perkhidmatan baharu kerajaan diintegrasi dalam MyGOV appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Guna MyKad beli minyak masak paket bersubsidi

PARLIMEN: Guna MyKad beli minyak masak paket bersubsidi

KUALA LUMPUR: Pembelian minyak masak paket bersubsidi menggunakan kad pengenalan (MyKad) merupakan alternatif kepada aplikasi Mobile eCOSS bagi memudahkan rakyat khususnya warga emas dan golongan tidak memiliki telefon pintar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sistem eCOSS akan diintegrasikan dengan platform MyKasih serta mengkaji penggunaan MyKad generasi baharu ... Read more The post PARLIMEN: Guna MyKad beli minyak masak paket bersubsidi appeared first on Utusan Malaysia .

Isu pemilikan saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki

Isu pemilikan saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki

KUALA LUMPUR - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengambil maklum penjelasan yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pengisytiharan pemilikan saham.Pengerusinya, Tan Sri Mohammad Salim Fateh Din berkata, keperluan pengisytiharan harta telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam, sekali gus memenuhi kehendak tatakelola rasmi perkhidmatan awam."Ia selaras dengan kerangka tadbir urus perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa dan melalui saluran rasmi yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohammad Salim turut menegaskan bahawa integriti SPRM sebagai institusi penguatkuasaan tidak boleh dihakimi melalui tohmahan atau naratif mengelirukan yang tidak berasaskan fakta."Apatah lagi apabila ia mengabaikan mekanisme semak dan imbang serta peranan badan pemantau bebas yang diwujudkan oleh undang-undang," katanya.Beliau menambah bahawa LPPR ialah salah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694), dan memainkan peranan menasihati, meneliti serta menilai perjalanan SPRM dari sudut dasar, strategi, tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaannya.Dalam perkembangan berkaitan, Azam sebelum ini menjelaskan bahawa beliau telah melepaskan semua pegangan saham sejak Julai tahun lalu dan telah mengisytiharkannya melalui Sistem HRMIS kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Sebelum itu, laporan Bloomberg mendakwa Azam memiliki 17.7 juta unit saham Velocity, syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia, berdasarkan pemfailan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Nilai saham itu dianggarkan hampir RM800,000 berdasarkan penutupan dagangan Isnin lalu. - Awani

Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah

Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, tersentuh apabila anak sulungnya, Ahamad Ayden Adrean, 9, menghubunginya untuk menemaninya ke sekolah. Jelas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astilla, 32, hatinya luluh kerana ini kali pertama Ayden membuat permintaan ringkas yang menuntut perhatiannya. “Ayden buat panggilan video dan tanya, ‘Mummy, esok buat apa?’. Bila saya beritahu ... Read more The post Bella Astillah menangis, tersentuh Ayden pertama kali minta hantar ke sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Juruteknik dituduh pecah amanah

Juruteknik dituduh pecah amanah

JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094, lima tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Rizal Sangaiman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu ... Read more The post Juruteknik dituduh pecah amanah appeared first on Utusan Malaysia .

Hantar mesej lucah, bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000

Hantar mesej lucah, bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000

IPOH - Seorang bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita, dua tahun lepas.Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Danian Syed Mustapha Basri, 42, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara lima bulan bagi setiap kesalahan sekiranya gagal membayar denda.Mengikut dua pertuduhan pertama, Syed Danian didakwa menggunakan perkhidmatan Messages telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks yang lucah sifatnya dengan niat untuk mengganggu orang lain di Bemban, Jalan Bemban dekat Batu Gajah, pada 7.45 dan 7.50 pagi, 13 Dis 2024.Pertuduhan ketiga pula, Syed Danian didakwa melakukan kesalahan sama di kawasan Taman Bemban Permai dekat Batu Gajah, pada 3.34 pagi, 14 Dis 2024.Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.Syed Danian yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum dengan alasan dia perlu menanggung tiga anak termasuk seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU).Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab dan Pegawai Pendakwa MCMC Nadzirah Idris bagaimanapun mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kandungan mesej yang dihantar sangat keterlaluan sehingga menjejaskan maruah dan emosi mangsa.Mahkamah menetapkan denda RM10,000 dan penjara lima bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan barang ekshibit iaitu satu telefon bimbit milik tertuduh dilucut hak kepada MCMC untuk tujuan pelupusan. - Bernama