‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’

‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’

JOHOR BAHRU – Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan.  Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang.  “Insya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah ... Read more The post ‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’ appeared first on Kosmo Digital .

Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

KUCHING City FC membawa masuk pemain warisan negara, Gabriel Palmero, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depan pemain kelahiran Sepanyol itu menjelang saingan Liga Super musim ini.Pengesahan itu dibuat menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi kelab berkenaan hari ini yang menyaksikan Palmero kini sah menjadi sebahagian daripada skuad The Cats bagi menghadapi baki kempen liga.Sebelum ini, daripada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang diberi kebenaran untuk kembali beraksi, Palmero merupakan satu-satunya pemain yang masih belum memiliki kelab, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kariernya.Situasi tersebut mula mendapat perhatian apabila pemerhatian di media sosial mendapati Palmero mengikuti akaun rasmi Kuching City FC di Instagram, sekali gus menguatkan petunjuk perpindahannya ke Sarawak.Terdahulu, Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, pernah membuka ruang kepada kemungkinan pasukannya mendapatkan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara bagi memperkukuh kekuatan pasukan.Kehadiran Palmero dijangka memberi nilai tambah kepada jentera Kuching City FC, khususnya dari segi variasi serangan serta pengalaman antarabangsa dalam usaha pasukan Sarawak itu meningkatkan daya saing dalam saingan Liga Super musim ini.

PGA lumpuhkan sindiket seludup migran

PGA lumpuhkan sindiket seludup migran

SEREMBAN - Sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan selepas 22 warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di sini, awal pagi Ahad.Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, kesemua 22 tangkapan warga Indonesia itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, manakala empat lagi lelaki ialah tekong laut."Turut dirampas dalam operasi ini ialah dua kenderaan jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan selain enam unit telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit."Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM239,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Beliau menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Briged Tengah PGA merekodkan 39 serbuan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini di kawasan tanggungjawab meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."Hasilnya, seramai 161 individu ditangkap dengan rampasan mencecah RM8 juta," ujarnya.Tambah beliau, pihak polis menyeru kerjasama masyarakat untuk menjadi barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan.

PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah

PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah

KUALA LUMPUR: Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) tidak gagal meskipun sasaran 80 peratus tahap sara diri (SSL) belum dicapai. Menafikan kegagalan program itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kekangan utama pelaksanaannya berpunca daripada penglibatan sektor swasta yang masih tidak mencukupi, mengehadkan peluasan projek ke kawasan tertentu sahaja. ... Read more The post PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah appeared first on Utusan Malaysia .