'Saya memilih hadir demi hala tuju parti' - Mas Ermieyati

'Saya memilih hadir demi hala tuju parti' - Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR- Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin memberitahu ada pihak yang cuba menghalangnya menghadiri taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik di sini pada Sabtu.Tegasnya beliau tetap hadir demi menentukan hala tuju parti ke arah yang lebih baik."Hari ini ada sahabat minta saya tidak datang, bagi ucapan tetapi saya memilih untuk hadir."...Dan berucap kerana saya yakin hidup ini adalah pilihan dan pilihan memerlukan pengorbanan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program itu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini pada Sabtu yang turut dihadiri oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.[ Berita penuh akan menyusul]

Pemecatan dilakukan secara tergesa-gesa – Rais

Pemecatan dilakukan secara tergesa-gesa – Rais

PETALING JAYA: “Pemecatan dilakukan secara tergesa-gesa tanpa hormat kepada pepatah Melayu ‘biduk lalu kiambang bertaut.” Demikian kata pengasas Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Rais Yatim susulan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pimpinan lain parti itu. Susulan pemecatan tersebut, Rais meletakkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengukuhan Bersatu kerana melihat nasihat jawatankuasa tersebut ... Read more The post Pemecatan dilakukan secara tergesa-gesa – Rais appeared first on Utusan Malaysia .

Cecair Methadone milik bapa, tersalah beri kepada tiga beradik - Polis

Cecair Methadone milik bapa, tersalah beri kepada tiga beradik - Polis

KAJANG - Cecair berbahaya jenis Methadone yang tidak sengaja diberikan kepada tiga beradik hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut adalah milik bapa mereka.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini siasatan masih belum selesai namun penemuan awal menunjukkan kejadian berlaku tanpa sebarang unsur jenayah."Berdasarkan siasatan awal, kita tidak nampak unsur sengaja atau niat. Ia lebih kepada kecuaian ibu bapa yang membawa kepada pengabaian."Siasatan juga menunjukkan ubat berkenaan adalah milik bapa kepada kanak-kanak tersebut yang sedang menjalani rawatan menggunakan metadon. Ia diperoleh daripada tempat yang sepatutnya," katanya selepas Program Walkabout Langkah Selamat Santuni Komuniti Kajang di MRT Stadium Kajang di sini pada Sabtu.Beliau berkata, kecuaian dipercayai berlaku apabila ubat berkenaan tersalah beri, berkemungkinan disebabkan keadaan tergesa-gesa.Mengulas mengenai keadaan terkini dua beradik terbabit, Shazeli berkata, kedua-duanya masih dirawat di hospital."Keadaan dua kanak-kanak ini menunjukkan pemulihan yang positif. Setakat ini, mereka masih di bawah rawatan doktor dan menunjukkan proses pemulihan yang baik. Tarikh discaj bergantung kepada penilaian pihak hospital," ujarnya.Jelasnya, ibu bapa berusia 35 dan 44 tahun kepada kanak-kanak terbabit pula telah diberikan jaminan polis."Kita memberi jaminan polis kerana memahami situasi keluarga ini supaya mereka dapat menguruskan kebajikan, khususnya berkaitan urusan anak yang meninggal dunia," katanya.Dalam kejadian pada Rabu lalu, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 membabitkan kematian kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikatakan diberi cecair Methadone oleh ibunya.Seksyen itu memperuntukkan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.Insiden itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya secara tidak sengaja.Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Sungai Ramal Baru, Kajang, dengan tiga beradik itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.