Tubuh segera pasukan rumah ibadah haram

Tubuh segera pasukan rumah ibadah haram

KUALA LUMPUR: Penubuhan segera pasukan petugas khas nasional bagi menangani isu pencerobohan berlarutan perlu dilaksanakan segera dalam masa tempoh sebulan. Ketua Penyelaras sementara Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Hanif Kathri Abdullah menuntut penubuhan segera pasukan petugas khas nasional dengan terma dan mengambil kira pandangan dan cadangan gerakan itu. “Selepas dibentuk jawatankuasa itu dicadang menjalankan ... Read more The post Tubuh segera pasukan rumah ibadah haram appeared first on Utusan Malaysia .

'Rafizi lontar kenyataan di media sosial hanya buat ahli PKR berkelahi' - Dzul Hilmi

'Rafizi lontar kenyataan di media sosial hanya buat ahli PKR berkelahi' - Dzul Hilmi

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilihat lebih banyak meluahkan pandangan di media sosial sebagai tidak membantu usaha memperkukuh parti, malah berisiko mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli akar umbi.Exco AMK Malaysia yang juga Ketua Biro Media Baru AMK Malaysia, Dzul Hilmi Zainol berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen yang memenangi kerusi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH), Rafizi seharusnya menggunakan saluran dalaman parti untuk menyampaikan sebarang teguran atau pandangan.Menurutnya, tindakan melontarkan kenyataan secara terbuka di media sosial hanya menyebabkan ahli berkelahi sesama sendiri dan menimbulkan suasana kurang sihat dalam parti."Jika benar mahu memperjuangkan kebenaran, perkara tersebut wajar dibincangkan dalam platform rasmi parti, bukannya sekadar di media sosial."Inilah yang kita namakan sebagai perangai diva," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, beliau berkata, teguran Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen PKR Selangor baru-baru ini merupakan mesej jelas kepada semua pimpinan dan ahli parti supaya memberi tumpuan kepada kerja memperkukuh organisasi, bukan mencetuskan polemik dalaman.Sabtu lalu, Anwar ketika berucap pada konvensyen berkenaan menegaskan bahawa PKR memerlukan individu yang fokus dan sanggup bekerja keras bagi memastikan mandat rakyat terus dipelihara."PKR mesti ingat, fokus dalam kerja ini. Mandat ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, kekal. Tidak mahu bekerja, keluar. Sanggup bekerja, tumpu membangun dan memperkukuh parti, kekal. Berleter, merengek tidak habis-habis boleh keluar kerana kerja kita masih banyak," katanya.Dalam pada itu, Dzul Hilmi berkata, beliau yakin jika Rafizi bukan Ahli Parlimen ketika ini, situasinya mungkin berulang seperti episod selepas Pemilihan Parti Keadilan 2018 apabila beliau tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tidak memegang jawatan sebagai wakil rakyat.Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan bahawa Rafizi tidak mahu PH terus menerajui kerajaan."Saya yakin beliau sedar bahawa kerajaan hari ini berada pada landasan memperjuangkan nasib rakyat dan masa depan negara."Semasa beliau menjawat jawatan sebagai menteri, isu rakyat dan usaha membersihkan negara juga menjadi agenda utama kepimpinan kerajaan," katanya.

MyKiosk bukan projek ‘gajah putih’ – KPKT

MyKiosk bukan projek ‘gajah putih’ – KPKT

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa projek MyKiosk sebagai ‘gajah putih’ adalah tidak tepat susulan inisiatif itu berjaya membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, semakan bersama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati kadar pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75 peratus, manakala MyKiosk 2.0 pula mencatatkan ... Read more The post MyKiosk bukan projek ‘gajah putih’ – KPKT appeared first on Utusan Malaysia .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO UK) dalam siasatan berterusan membabitkan IJM Corporation Bhd berhubung transaksi kewangan dan pelaburan di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Berita penuh:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO UK) dalam siasatan berterusan membabitkan IJM Corporation Bhd berhubung transaksi kewangan dan pelaburan di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion. Berita penuh:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO UK) dalam siasatan berterusan membabitkan IJM Corporation Bhd berhubung transaksi kewangan dan pelaburan di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion. Berita penuh: