'Saya kini sah bercerai' — Sharifah Aleya

PELAKON dan penyampai radio, Sharifah Aleya, mengejutkan para peminat apabila berkongsi khabar duka tentang perpisahan rumah tangganya.Aleya mengesahkan dirinya kini sah bercerai dengan suami, Mohammed Azam Abdullah, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.Pemilik nama sebenar, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, berkongsi, video tersebut sebenarnya menghimpunkan rakaman momen hidupnya sejak November 2025, sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi status terkini kepada umum."Assalamualaikum, video reel ini merupakan kompilasi kenangan yang dirakam dan dikongsi sejak November 2025."Saya berkongsi pada hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh idah. Saya kini sah bercerai. Alhamdulillah," ungkap wanita berusia 44 tahun itu.Walau diuji dengan episod perpisahan, anak sulung daripada empat beradik itu memaklumkan dirinya dan anak-anak berada dalam keadaan baik serta saling menguatkan antara satu sama lain."Kami dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain mengharungi fasa ini."Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat luar biasa," kongsinya.Dalam nada penuh tertib, Aleya menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah, selain memohon doa daripada orang ramai."Perkongsian ini dibuat untuk elak fitnah dan untuk maklumkan kepada semua kami dalam keadaan baik, insya-ALLAH."Jika tidak keberatan, selitkanlah nama saya dan anak-anak dalam doa kalian. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan dan mengampuni kami," kongsinya lagi.Untuk rekod, Aleya dan Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ali Abdullah, 11, dan Ahyan Abdullah, 9.Sebelum itu, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 namun berpisah pada Februari 2012. Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, kini berusia 17 tahun.Walau badai melanda, Aleya memilih untuk melangkah dengan tenang ditemani doa, sokongan keluarga dan kekuatan seorang ibu yang terus berdiri demi anak-anak tercinta.

MGB sempurnakan majlis ‘topping out’ Idaman Perdana@Puncak Alam

SHAH ALAM - MGB Berhad (MGB) menyempurnakan majlis ‘topping out’ bagi projek Rumah Idaman Perdana @ Puncak Alam, sekali gus menandakan struktur utama bangunan projek berkenaan berjaya disiapkan.MGB yang juga syarikat pembinaan dan pemaju hartanah serta pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang di bawah LBS Bina Group Berhad memaklumkan, projek itu dibangunkan di atas tanah seluas 10.52 ekar dengan kedudukan strategik di Puncak Alam.Idaman Perdana merangkumi 1,048 unit kediaman yang direka untuk menyediakan gaya hidup selesa dan lestari bagi keluarga di kawasan bandar.Setiap unit mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air serta dua petak letak kereta.Selain itu, setiap unit turut dilengkapi kabinet, kabinet dapur, penyaman udara serta pemanas air dan sedia untuk didiami.Idaman Perdana merupakan projek terbaharu serta projek kelima yang mencapai tahap ‘topping out’ dalam siri Rumah Idaman MBI.Pada tahun 2025, MGB menyiapkan kerja ‘topping out’ bagi dua projek masing-masing di Idaman Sari dan Idaman Cahaya Fasa 2.MGB turut menyerahkan milikan kosong kepada 1,448 pemilik rumah di Idaman Melur pada Julai 2025.Kumpulan itu kekal konsisten untuk menyiapkan sejumlah 7,210 unit rumah mampu milik di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI.Kesemua rumah dibina menggunakan teknologi pratuang IBS bagi memastikan hasil yang konsisten dan berkualiti tinggi, selain melalui proses pembinaan yang menggunakan sumber secara cekap dan lestari serta meminimumkan pembaziran.Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, kejayaan ‘topping out’ Idaman Perdana menandakan permulaan positif bagi tahun 2026."Kumpulan kini selangkah lebih dekat dalam menyediakan lebih banyak ruang kediaman berkualiti kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Lembah Klang."Sehingga kini, lebih daripada 2,700 pemilik rumah telahpun berjaya memiliki unit kediaman masing-masing yang mudah diakses dengan kedudukan strategik di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI, dan angka ini dijangka terus meningkat apabila lebih banyak projek kami menghampiri fasa penyiapan dan diserahkan kepada pemilik rumah."Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan perniagaan, pihak berkepentingan dan pembeli atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menyediakan rumah berkualiti yang memperkaya kehidupan," ujarnya.

Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera patuh syariah

HULU TERENGGANU – Ketibaan bulan Ramadan pada minggu depan amat bermakna buat keluarga Mohamad Sakri Kadir, 58, apabila mereka berpindah rumah baharu sumbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Tok Dor di sini. Rumah tersebut dibina menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kos pembinaan RM79,000. Mohamad ... Read more The post Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera patuh syariah appeared first on Kosmo Digital .